w a n n u r s y a r i f a h

DOA YANG DI TOLAK ALLAH S.W.T


DOA RASULULLAH S.A.W YANG DI TOLAK OLEH ALLAH S.W.T

Terdapat doa yang Rasulullah s.a.w tidak di pekenankan oleh Allah s.w.t.

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa :

"Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah s.a.w sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah s.a.w.Kemudian Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t.

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah s..w pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :

"Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak."

Antara doa doa Rasulullah s.a.w kepada Allah adalah seperti berikut:

*Rasulullah .s.aw telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya ia tidak membinasakan umatnya dengan musim susah yang berpanjangan. Doa Rasulullah s.w.t ini di pekenankan oleh Allah s.w.t.

*Rasulullah s.a.w telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya umatnya ini di tidak binasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).Doa Rasulullah s.a.w ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t.

*seterusnya Rasulullah s.a.w telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya umatnya tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi doa Rasulullah s.a.w  tidak diperkenankan (telah ditolak).

Allah maha mengetahui tentang kejadian manusia seperti mana telah Allah s.w.t berfirman kepada malaikat seperti di dalam ayat al-quran berikut:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
(Surah Al-Baqarah 2:30)

"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah
(beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk
memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan
menjadilah ia dari golongan yang kafir."( Al-Baqarah 2:34 )

Cukup sampai sini dulu,insyallah jumpa lagi di entri akan datang.
Jazzakallahu khairan

Tag : ISLAM
0 Komentar untuk "DOA YANG DI TOLAK ALLAH S.W.T"

Popular Posts

Back To Top