w a n n u r s y a r i f a h

Detik 3 MAC 1924



3 mac 1924
Assalamualaikum.Tarikh 3 mac bermula dari 1924 mungkin menjadi detik pahit buat diri seseorang muslim.Kerana harus di ketahui bahawa dari tarikh ini di mana kejatuhan zaman kekalifahan islam telah di jatuhkan oleh proksi musuh islam.
Sebagaimana yang kita ketahui,Khilafah Islamiyyah telah bermula sejak zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w lagi, iaitu dengan bermulanya zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, seterusnya pemerintahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, serta beberapa kerajaan lain sebelum kejatuhan kerajaan Islam yang
terakhir, iaitu kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Sudah agak lama saya tidak mengetengahkan info mengenai daulah khilafah ni.Jadi pada kali ini semperna tarikh yang memang sentiasa di ingati di dalam ingatan hampir semua orang islam.Maaf bukan tak nak menulis mengenainya,cuma sekarang trend penulisan saya di blog ni lebih kepada info mengenai Malaikat.insyallah akan saya update lagi pada siri/entri akan datang.Tapi marilah mengetahui maklumat yang sedikit ini.harus sikit sikit dulu.
Mustafa Kemal Antantuk
Bagi kebanyakkan orang islam sendiri,nama Mustafa Kemal Atantuk sudah cukup menaikan rasa benci.Ia tidak boleh di nafikan.Umum sedia maklum bahawa Mustafa Kemal Atantuk adalah punca segala kejatuhan Daulah Khilafah di zaman Uthmaniyyah.Dia mengkianati agama islam dan orang islam.Dia juga bertindak sendirian tanpa mempedulikan adanya Khalifah namun di mengenepikan Khalifah itu.Bermula dari dia juga banyak berlaku perubahan dari positif ke negatif termasuk dalam hal hal kehidupan,agama,ekonomi dan lain lain.Dan saya tahu,Mustafa Kemal Atantuk ini sedang di kerjakan secukup rasa oleh para malaikat azab.Oleh itu eloklah kiranya saya memberikan sedikit pengkongsian ini untuk semua berpandukan dari sumber yang ada.
MUSTAFA KEMAL ATARTUK
Mustafa Kemal Atartuk merupakan dalang dan pengkhianat di sebalik kejatuhan kerajaan
Uthmaniyyah dan pembubaran Khilafah Islamiyyah khususnya. Mustafa dilahirkan di Salonica pada
12 Mac 1881. Salonica merupakan kota orang Yahudi yang mempunyai penduduk seramai 140 000
orang. 20 000 daripada mereka merupakan orang Yahudi Aldunama, iaitu kaum Yahudi yang
berpura-pura memeluk agama Islam.
KEPERIBADIANNYA
Sewaktu kecil, Mustafa Kemal Atartuk sangat dibenci dan disisihkan oleh rakan rakannya yang lain. Beliau sering bertengkar dengan guru, dan sentiasa akan merasa senang jika beliau berjaya menyakiti seseorang. Beliau juga disifatkan mempunyai perangai yang lebih teruk daripada binatang. Beliau bukan seorang yang berperikemanusiaan, sentiasa menunjukkan kesombongan diri, sering
bergelumang dengan maksiat, menjadikan arak dan judi itu sebagai makanan hariannya. Beliau
juga sangat membenci bangsa Arab.Hairan saya,bagaimana beliau boleh di angkat menjadi pemimpin???!!!
PENDIDIKANNYA
Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Fatimah, yang merupakan sebuah sekolah agama
yang masyhur. Namun kerana ayahnya amat membenci syeikh-syeikh agama, Mustafa telah
dipindahkan ke sekolah lain yang berdasarkan sukatan pelajaran Barat dalam pendidikannya. Pada
usia dua belas tahun, beliau telah menyertai sebuah sekolah tentera di Salonica. Di sinilah guru-
gurunya menggelarkannya dengan nama ‘Kemal’ yang bererti bijak dalam pelajaran dan
matematik.
Pada tahun 1985, sewaktu berusia 17 tahun, beliau telah menyertai Sekolah Tentera Monaster dan
pada 1989, beliau menyertai Sekolah Tentera Istanbul. Di sini beliau mula bergiat dalam bidang
politik dan menyertai gerakan-gerakan rahsia. Pada tahun 1902 pula mendapatkan pendidikan di
Akademi Staf Komando dan lulus pada tahun 1905.
Mustafa Kemal Atartuk merupakan seorang tentera Turki yang telah membuat konspirasi dengan pihak Barat, untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah dan menjadikan Turki sebuah republik yang
mengamalkan dasar sekular. Dia meninggal dunia pada Khamis, 10 November 1938, kerana
menghidapi pelbagai penyakit, dia antaranya Sirosis Hepatis kerana pengambilan alkohol yang
banyak, penyakit kelamin (GO) serta beberapa penyakit lain yang memeritkan.
PERISTIWA-PERISTIWA SEBELUM KEJATUHAN KHILAFAH
Rentetan daripada peristiwa terlibatnya Kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama yang
telah banyak menyumbang kepada kejatuhan kerajaan ini, banyak peristiwa yang telah berlaku
sebelum kejatuhan Khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924M.
Peperangan Yunani-Turki
Peperangan di antara tentera Yunani dan tentera Mustafa Kemal Atartuk ini merupakan
peperangan yang telah lama diatur. Negara-negara bersekutu telah pergi berjumpa dengan
perdana menteri Yunani, Venizelos, dan menyatakan sokongan mereka agar Yunani menjalankan
misi menjatuhkan Khilafah Islamiyyah. Vinezelos kemudiannya bersetuju setelah mendapat
dorongan daripada paderi-paderi, juga setelah menetapkan beberapa syarat seperti penyerahan
Konstantinopel kepada Yunani jika kemenangan menyebelahi mereka.Atas persetujuan ini, Perancis kemudiannya menghantar dua orang wakil ke Turki bagi memaklumkan rancangan Freemasonary kepada Turki.
Bantuan dari Perancis berbentuk kelengkapan perang yang cukup untuk 40,000 orang tentera dan bala tentera seramai 8,000 orang dari Syria telah disediakan. Amerika dan Itali terlibat di dalam pembelian dan penjualan senjata,manakala Rusia menampung perbelanjaan pembelian ini.
Pertempuran di antara tentera Yunani dan tentera Turki berlangsung selama beberapa kali,
sebelum akhirnya mereka dikalahkan oleh tentera Turki. Serangan pertama pada 10 Julai 1920
menyaksikan pengunduran tentera Turki, manakala pertempuran kedua pada 23 Ogos 1921 juga
menyaksikan kekalahan teruk bagi pihak tentera Turki. Namun pada 13 September 1921,
peperangan yang berlaku di Saqoria memperlihatkan kekuatan tentera Turki yang dipimpin oleh
Mustafa Kemal Atartuk mengalahkan tentera Yunani.
Kemengan tentera Turki ini telah memberi keyakinan dan kepercayaan kepada umat Islam akan kepimpinan Mustafa Kemal. Mereka mula menumpukan perhatian kepada beliau dan tidak lagi mempedulikan Khalifah. Sikap ini telah menepati matlamat Freemason dan Barat dalam menjulang nama Mustafa Kemal Atartuk.
MUKTAMAR LUZAN I
Muktamar ini telah diadakan pada tarikh 28 Oktober 1922M. Muktamar ini membabitkan perwakilan
dari Kerajaan Sementara Ankara, serta perwakilan dari Kerajaan Uthmaniyyah, serta negara-negara
bersekutu. Jemputan kepada perwakilan Kerajaan Uthmaniyyah adalah sebagai tanda keadilan
semata-mata. Di dalam Muktamar ini, tidak dibincangkan mengenai kepentingan bersama, tetapi
untuk sebulat suara memutuskan bahawa Turki akan dibentuk menjadi sebuah negara Republik,
dan kerajaan Uthmaniyyah akan dihapuskan.
Turki diisytiharkan secara rasmi sebagai sebuah negara Republik pada 17 November 1922 oleh
Majlis Kebangsaan Turki di Ankara. Walau bagaimanapun, jawatan khalifah masih lagi dikekalkan,
namun atas urusan-urusan yang berkaitan dengan agama sahaja.
MUKTAMAR LUZAN II
Muktamar Luzan tidak hanya berhenti pada ketika itu, namun ia terus diadakan buat kali kedua,
dengan beberapa perancangan sulit yang telah dibincangkan oleh wakil Mustafa Kemal Atartuk
iaitu Esmet Inono, dan wakil Negara-negara Bersekutu iaitu Lord Qiruzon. Perancangan sulit yang
diadakan adalah seperti berikut:
a. Mustafa Kemal Atartuk hendaklah berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Turki daripada
Islam.
b. Jawatan Khalifah hendaklah dihapuskan.
c. Saki-baki pejuang Islam hendaklah dihapuskan atau dihalau keluar daripada Turki.
d. Gaya hidup Islam hendaklah digantikan dengan gaya hidup barat yang bercanggahan dengan
ajaran Islam.
PERJANJIAN ANTARA ESMUT INONO DAN LORD QIRUZON
Perjanjian ini berlaku lebih kurang lapan bulan selepas Muktamar Luzan II diadakan. Perjanjian
yang ditandatangani ini ialah perjanjian bahawa Turki hendaklah membebaskan Qobrus, Syam,
Iraw, Al-Jazair, Tunis, Mesir dan Libya daripada pemerintahnnya. Matlamatnya jelas, bahawa
Inggeris berhajat untuk meluaskan jajahannya setelah kejatuhan Khilafah Islamiyyah nanti.
MUKTAMAR LUZAN 1923M
Muktamar Luzan pada 1923M telah menetapkan beberapa syarat yang wajib diterima Turki. Syarat-
syarat tersebut ialah:
a. Pemutusan semua hal yang berkaitan dengan Islam daripada Turki
b. Penghapusan Khalifah untuk selama-lamanya
c. Mengeluarkan Khalifah dan para penyokong Khalifah dan Islam dari negeri Turki, serta
mengambil harta Khalifah
d. Mengambil undang-undang sivil menggantikan undang-undang Turki yang lama.
PEMBUBARAN KHILAFAH ISLAMIYYAH-3 MAC 1924M
Setelah lama merancang secara teliti serta mengadakan pakatan-pakatan rahsia, membawa masuk
unsur-unsur negatif kepada kerajaan Uthmaniyyah, serta kewujudan individu-individu yang
bertalam dua muka, terutamanya Mustafa Kemal Atartuk yang menjadi dalang utama, membawa
harapan kepada Barat serta melaksanakan impian mereka untuk menghapuskan Khilafah
Islamiyyah yang menjadi nadi kekuatan umat Islam, akhirnya pada 3 Mac 1924, secara rasminya
Khilafah Islamiyyah dibubarkan.
Pada tarikh ini juga, selain pembubaran Khilafah Islamiyyah, Mustafa Kemal Atartuk dengan
rasminya telah menjalankan beberapa perubahan drastik, antaranya:
a. Mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara
b. Menutup mahkamah-mahkamah Syariah
c. Menghapuskan jawatan Menteri Syariah dan Menteri Auqaf
d. Menghalau keluar Khalifah Abdul Majid II serta semua ahli keluarganya dari Turki.
KESAN KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIYYAH KEPADA UMAT ISLAM
Kejatuhan Khilafah Islamiyyah, secara keseluruhannya memberi kesan yang amat mendalam
kepada umat Islam dari pelbagai aspek, semenjak detik kejatuhannya 90 tahun yang lalu,
sehingga ke hari ini. Dia antara kesannya adalah terhadap identiti umat Islam, agama, sosial,
undang-undang, pendidikan, ekonomi, bahasa, kesatuan umat Islam, bahasa dan pemikiran.
HILANGNYA IDENTITI UMAT ISLAM
Kesan daripada kejatuhan Turki Uthmaniyyah boleh dilihat dari sudut hilangnya identiti umat
islam yang mana tiada lagi sistem pemerintahan khilafah. Umat islam menjadi lemah sehingga
mudah dijajah satu persatu dan umat islam mula diperkotak-katikkan dan ditindas kerana
tiadanya seorang pemerintah yang adil lagi saksama.umat islam tidak lagi mampu mengamalkan
ajaran islam yang sebenarnya kerana tiada pemimpin islam.
Selain itu, umat islam hilang identiti dan maruah sebagai umat islam kerana umat islam
mengalami gejala perpecahan yang amat dahsyat.umat islam pada asalnya berada di bawah satu
khilafah Islamiyyah. Tidak timbul pada mulanya kerajaan-kerajaan kecil yang mempunyai sistem
perundangan dan identiti sendiri. Kedatangan penjajah telah memusnahkan sistem Khilafah
islamiyyah dan membahagikan Negara-negara umat islam kepada kerajaan kecil mengikut identiti
bangsa dan sempadan negeri. Maka wujudlah Negara Mesir, Iran, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain
lagi.
AGAMA
Dari sudut agama pula ialah Mustafa Kemal Atartuk telah memerintahkan pertenjemahan Al-Quran
ke dalam bahasa Turki, sehingga kehilangan makna-maknanya dan cita rasa bahasanya.
Hari cuti umat islam iaitu hari Jumaat pula, ditukarkan kepada hari ahad, menyamai hari cuti
mingguan orang kristian. Sambutan hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha dihapuskan kerana
dikatakan mengganggu ketenteraman rakyatnya.
Kaum muslimin Turki pula dilarang menunaikan Haji. Kalendar barat diambil sebagai ganti kalendar Hijriyyah. Kaum muslimin dipaksa menyerukan azan dengan bahasa Turki. Ini kerana, pernah suatu ketika dia mendengar azan subuh dari masjid berdekatan dengan istananya, maka dia memerintahkan supaya tempat azan tersebut dirobohkan.
Umat Islam jiga dipaksa membaca Al-Quran Karim dengan bahasa Turki bukan dengan bahasa
arab.Selain itu, beliau terus menerus melakukan penghinaan terhadap masjid-masjid dan
mengurangkan jumlah para khatib yang mendapat bayaran dari pemerintah sehingga berjumlah
hanya 300 khatib. Dia juga memerintahkan pada mereka untuk membicarakan banyak perkara
dalam khutbah Jumaat antaranya masalah pertanian, industri, politik dan disertai dengan pujian
keatasnya.
SOSIAL
Dari segi sosial, Umat islam diharamkan memakai Tarbus (seperti songkok tinggi berwarna merah) dan menggantikannya dengan topi. Dia mewajibkan rakyat Turki memakai topi, yang merupakan simbol kekafiran dalam pandangan bangsa Turki muslim. Mustafa Kemal memerintahkan tenteranya supaya membuat tiang gantung di seluruh lapangan yang terdapat di Bandar. Bagi mereka yang menolak memakai topi, akan digantung di lapangan tersebut. Kalau dilihat tiang itu digambarkan seolah-olah seperti buaian anak kecil yang mereka pakai bermain pada hari raya.
Larangan perharamanbagi kaum wanita juga dikuat kuasakan. Kaum wanita diperintahkan untuk
menanggalkan hijab. Selain itu pemakaian tudung juga tidak dibenarkan di universiti dan sekolah,
manakala kakitangan awam wanita yang memakai tudung dianggap melakukan kesalahan dan
disingkirkan dari jawatan.
Dia juga melarang poligami yang memang menentang syariat islam, dan menyamakan persamaan
hak dan kewajipan antara lelaki dan wanita. Pemerintah memaksa wanita keluar dari rumah untuk
memegang jawatan kerajaan yang mana dahulunya wanita kebanyakannya berperanan sebagai suri
rumahtangga. Pemerintah mendorong diselenggarakan pesta-pesta tari dan drama-drama yang
menggabungkan antara lelaki dan perempuan.
UNDANG-UNDANG
Dari sudut undang-undang pula, Al-Quran tidak lagi dijadikan asas utama dalam pentadbiran
negara dan pembentukan undang-undang. Undang-undang Allah s.w.t dianggap sudah lapuk dan
ketinggalan zaman. Selain itu, Undang-undang Syariah digantikan dengan undang-undang Sivil,
atas dasar sekularisme, dan kemudian diadoptasi daripada undang-undang Swiss, Itali dan
Jerman.
PENDIDIKAN
Kesan kejatuhan Khilafah dari segi pendidikan pula ialah kebanyakan sekolah agama digantikan
dengan sekolah sekular, yang mengamalkan sistem pendidikan sekular sebagai asas dalam
pendidikan negara. Sistem ini bertujuan untuk memisahkan islam dari kehidupan keduniaan
manusia. Mereka dengan berani menutup sekolah semua sekolah dan tadika islam dengan alasan
keselamatan, yakni bagi mengelakkan tersebarnya fahaman ekstrim. Kanak-kanak pula mula
dididik supaya mencontohi masyarakat di negara barat.
Mereka juga membangunkan sekolah yang mengajar Tarian Timur dan Tarian Barat supaya negara
Islam terus lena dalam kemunduran melalui hiburan dan pelbagai bentuk maksiat yang melepasi
sempadan syara’ dan kewarasan akal yang normal.
EKONOMI
Ekonomi juga menerima tamparan hebat akibat kejatuahn Khilafah. Ekonomi Islam dihapuskan dan
diganti dengan sistem ekonomi barat seperti Kapitalis, Sosialis, Kapitalis moden atau globalisasi
ekonomidan sebagainya. Bank-bank riba berleluasa dalam negara umat Islam. Penyelenggaraan
ekonomi berasaskan riba merupakan perkara yang kebiasaan dalam kehidupan umat islam
walaupun islam dengan jelas mengharamkannya. Selain itu perkara yang jelas hukum haramnya
seperti arak dan judi diperniagakan dan dijadikan sumber kewangan utama bagi individu dan
negara tanpa mengira kesan negatif kepada masyarakat.
BAHASA
Kejatuhan Khilafah Islamiyyah tidak sahaja memberi kerosakan dalam bidang pendidikan, bahkan
dalam bahasa yang mana mereka telah menggantikan bahasa arab dan bahasa Turki dengan huruf
Latin. Dengan cara tersebut, bangsa Turki telah dapat dipisahkan secara keseluruhannya daripada
agama dan warisan mereka. Mereka yang tidak menguasai huruf latin dengan baik pada ketika itu
dihukum dengan pengharaman kerja, menarik balik kewarganegaraan, pengusiran dari tanah air
dan penjara. Selain itu, pengajaran bahasa arab dan bahasa Turki dihapuskan serta penggunaan
bahasa arab dalam penulisan dan komunikasi diharamkan.
PEMIKIRAN UMAT ISLAM
Kejatuhan Khilafah telah menyebabkan umat islam mula diterapkan dan disogokkan dengan
pemikiran sekularisme yang menanam dalam jiwa manusia bahawasanya kemajuan itu hanya
dapat dicapai dengan mengikut cara barat. Pemikiran ini amat membahayakan, kerana asas bagi
tiap sesuatu itu adalah agama, kerana tanpa agama akan rosaklah segalanya.
KESIMPULAN
Kekuatan umat Islam yang sebenarnya adalah Khilafah Islamiyyah. Ia merupakan sesuatu yang
dianggap Barat sebagai kekuatan dalaman umat Islam, kerana semua umat Islam bersatu dan
bernaung di bawah pemerintahan yang satu.
Namun begitu, keagungan Khilafah Islamiyyah yang bertahan selama lebih 1000 tahun lenyap
begitu sahaja, dengan kehadiran pihak Barat yang sentiasa mencari peluang menghancurkan umat
Islam, serta kehadiran munafik-munafik yang bersifat talam dua muka, membantu Barat dalam
usaha menghancurkan Khilafah.
Kesan kejatuhan Khilafah pada hakikatnya masih dirasai oleh umat Islam, dan kita sebagai umat
Islam seharusnya sentiasa mengambil pengajaran, memahami kelemahan kita sendiri, dan mencari
kekuatan untuk mengembalikan Khilafah Islamiyyah, agar semua umat Islam akan kembali bersatu
padu,sama kesatuannya pada zaman Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun yang lalu.
BIBILIOGRAFI
1. Abdullah Azzam. 2007. Turki Negara Dua Wajah. Cetakan Pertama.Kuala Lumpur: Alam Raya
Enterprise.
2. Ali Muhammad Ash-Shalabi. Terjemahan Samson Rahman MA. 2003. Bangkit Dan Runtuhnya
Khilafah Utsmaniyyah. Cetakan Pertama. Indonesia: Pustaka Al-Kausar.
3. Dikemaskini oleh H.A.R GIBB d.k.k. 1986. The Encyclopaedia of Islam-New Edition. Jilid I.
Leiden,New York: E.J Brill.
4. Malaysian Encyclopedia Research Centre Berhad. 1998. Ensiklopedia Islam. Jilid 7. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur.
5. Nik Azran Muhamed, Mahadi Haji Isa. 2009. Gerakan Freemasonary: Musuh Dalam
Menghancurkan Islam. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Hijjaz Record Sdn.Bhd.
6. Norizan Bin Sharif. 2007. Mencari Makna Di Sebalik Krisis Lebanon dan Palestin: Analisis
Kritikal Percaturan Politik Amerika dan Kuasa Serantau. Cetakan Pertama. Institut Perkembangan
Minda (INMIND).
0 Komentar untuk "Detik 3 MAC 1924"

Popular Posts

Back To Top