w a n n u r s y a r i f a h

Aku dan kereta


Foto hiasan

Aku dan kereta

Assalamualaikum semua pembaca ku,sihat hari ni?harap anda sihat la ye.untuk entri kali ini,saya nak bercerita mengenai 'aku dan kereta.haa,pengalaman ni..pengalaman parking kereta di kawasan perumahan.

Kisahnya bermula di waktu pagi,yang mana saya ingin pergi kerja,turun dari lift di rumah apartment,macam biasa tak ada apa² berlaku.

Setelah berjalan ke tempat di mana saya meletak kereta yang saya letak kereta malam tadi,tiba² kan..haa kereta saya dah tak ada..haih..hairan la saya dibuatnya.(sambil garu kepala yang tak gatal ni).

Tengok² kereta orang lain.(masa ni dah dok garu² dagu,pipi dan kepala yang tak gatal)..dalam hati terdetik "kereta siapa pula la yang dok kat sini"..

Kereta saya Bertukar pula jadi lain.haish.."ke aku salah park semalam?"..fikir saya seseorang di pagi² hari tu.orang lain sah pergi kerja,saya masih lagi dok mencari cari dimana kereta saya.

Tengok jam dah mula lewat pergi kerja.berjalan la saya sepanjang blok 1 ni mencari kereta saya tu.sambil mencari tu sempat juga la mulut ni dok berbisik sesuatu..
"Mana la kereta ni..mana la kereta.." dah macam apa dah rupa..dengan beg berat kehulur kehilir..membuatkan orang lain usha dengan penuh kepelikkan dan kehairanan yang tersangat mendalam.tak pe..saya perasan hal tu,orang dok usha² tu,tapi saya tengah mencari ni,dorang mana tahu..(usha tu maksud dia perhati atau pandang.bahasa sekolah menengah saya.)

Dengan berpeluh di dahi ni,masa dah semakin lewat.(dah memang lewat dah pun ehe)..saya call pejabat inform yang saya lewat sikit hari ni.

Dari timur ke barat blok saya mencari kereta saya tu..dah mula penat dah ni.sedang dok mencari tu,ada seorang pakcik menyapa saya.

"kamu cari apa ni dsri tadi pakcik dok tengok ke hulur ke hilir ke sana ke mari dari tadi?" kata pakcik tu..

"hai pakcik..saya penat mencari kereta saya tu..sampai sekarang belum terjumpa juga" saya buat muka kesian dan kepenatan..pakcik tu macam boleh membantu je..muka pun macam memang nak membantu..(dengan penuh harapan nusa bangsa,saya yakin pakcik tu dapat membantu saya.dapat tolong pegangkan beg pun jadi la ngee hee) tak mo marah ye..

beg saya berat dia tu ibarat batu lesung..(dah di sumbat segala macam dalam tu)..

pakcik tu terus je dok senyum².sambil berkata

"ooouhhhh (banyak nye O pakcik ni)..gitu citernye..jenuh la kamu ni dari tadi dok mencari." kata pakcik tu pada saya.

"ye pakcik.penat saya ni dah" jawap saya melepaskan lelah.

pakcik tu menganguk tanda faham.selepas tu dia menyambung berkata semula,

"dimana kamu letak kereta kamu tu?"

dengan nada yakin saya bagi tahu pada pakcik tu.saya terang satu² dari A hingga z.

"hai pakcik,semalam kereta saya tu saya parking di tempat kereta berwarna putih tu"(sambil jari saya menunjuk kearah kereta putih tu..

seterusnya saya menyambung percakapan saya kepada pakcik tu semula.(saya mengadu pada pakcik tu).

"tapi pagi ni saya ingin pergi kerja tapi kereta saya tak ada di sana,sebaliknya kereta putih tu"

"hhmmmm..(banyaknye M pakcik ni)..kamu yakin ke kamu meletakkan kereta kamu di situ semalam? tanya pakcik tu lagi..

"ye pakcik saya yakin sangat" jawap saya dengan keyakinan dan bersemangat wajar dan dedikasi..hee

kemudian pakcik tu Memandang saya dengan renungan yang tajam dan menyeramkan.

"kamu dah mencari di selurub kawasan ni" soal pakcik tu pula

"cuma disini saja pakcik"jawap saya ringkas.dah keletihan berdialog dengan pakcik ni.

"kalau kamu meletak kereta di sini,dan tak tarik handbrek,kebiasaan nya kereta kamu akan bergerak ke tempat lain"

"pergi la di blok lain.mungkin ada.insyallah"pakcik tu akhirnye pergi.kemana dia pergi tak tahu lah saya.

"bergerak tempat lain???..tercengang saya dibuatnya..mana mungkin bisa berubah arah..kereta saya tu hidup ke?..

oleh kerana mendapati kesukaran dalam mencari,saya call sahabat saya dan meminta bantuan dari dia.(tak mungkin saya dapat mencari di semua blok ni,dengan begnye lagi..pengsan saya nanti)

jadi saya tunggu sahabat saya datang jela.sambil tu saya tunggu di kedai makan blok 1 ni.



Rich Plan

dalam duduk² menunggu tu saya berdoa la pada Allah agar kereta saya di temui dan selamat.tak lama kemudian sahabat saya call dan bagi tahu yang dia dah sampai.

jadi kami berdua sama² mencari kereta saya tu dari satu blok ke satu blok.pencarian akhirnye membuahkan hasil.sahabat saya terlebih dahulu menjumpai kereta saya..tajam nye mata dia ni..

"Nur!! Nur!! kereta kau kan tu? dia menunjuk ke arah kereta saya.saya pun secepat kilat menoleh.mana!! mana!!?

"tu haa.."kata sahabat saya.dengan terperanjat saya tengok kereta saya bersendirian di selekoh blok 4 ni.berlari lari saya mendapatkan kereta kesayangan saya tu.kereta bertuah,mana kau pergi haa!! tak kira dah..rasa nak peluk cium pun ada bila dah jumpa kereta saya ni.sahabat saya tu dok senyum² jek.

lepas offlock kereta saya masuk kedalam dan tengok apa yang hilang tak.alhamdulilah semua nya baik.tak ada benda hilang dan tak ada kesan² calar atau kena langgar.

sahabat saya sempat perli,untung ler kereta boleh bergerak sendiri.saya kerut dahi dengan buat mata sepet sebelah.jeling pada dia.

bila sampai pejabat dah jadi bahan bualan orang² di pejabat."kereta bergerak sendiri"
pergi mana² orang dok tanya kereta sihat ke hari ni? atoi..staple mulut tu kang..ingat kereta saya tu macam dalam tv kowt..viper.. :-p !! begitulah al kisahnye..aku dan kereta.

Izinkan saya mengulas mengenai insuran kereta dan road tax kenderaan ye..disini pihak Richplan4u ada menawarkan kadar yang istimewa sepanjang bulan mac 2014 ini.

Tawaran seperti berikut:

TAWARAN
“ Up to 15% OFF for Insurance and Road tax” yes!! Rich Plan menawarkan kadar diskaun tersebut kepada anda sehingga 31 mac ini."Potongan sehingga 15% untuk insuran dan cukai jalan, tempahan awal bermula sekarang hingga ke 31 Mac”
Andai kata cukai jalan dan insurans kenderaan anda tamat pada september depan,anda masih boleh dapatkan diskaun ini sekarang dengan prebook (tempahan)awal awal.Anda boleh melawat laman RichPlan untuk mendapatkan tawaran ini sekarang.
http://bit.ly/1qs0xI9

FAEDAH DAN MANFAAT
Dengan Richplans4u,kita tidak perlu beratur untuk renew roadtax,insurans kenderaan.cukup hanya mengisi borang secara online sahaja.banyak lagi faedah faedah yang kita akan perolehi dengan Richplans4u.Kita juga akan dapat diskaun.
http:// bit.ly/1kdPjU2 

Saya rasa RichPlans4u dah pun memberikan kita kaedah yang terbaik dan termudah.online saja dah boleh renew roadtax serta insurans.memang saya suka la kan..tambah tambah kalau kita ni kaki shoping online..klik klik dah selesai urusan.sambil bantal di sebelah atau di bawah.nak lebih maklumat?lawati la laman tersebut.

P/s-saya suka trailer merah dalam citer transformer tu.sebab transformer tu baik n kuat. ^_^×

0 Komentar untuk "Aku dan kereta"

Popular Posts

Back To Top