w a n n u r s y a r i f a h

RINDU YANG PERGI

RINDU YANG PERGI

Assalamualaikum

Novel rindu yang pergi adalah sebenarnya sebuah novel pertama saya miliki.semasa bercuti di kelantan,ada satu expo karnival di tepi pantai suatu ketika dulu iaitu dalam tahun 2004.semasa berkunjung ke expo karnival tu,saya terdetik untuk singgah di satu gerai pameran yang menempatkan banyak novel² yang menarik.dan paling mencuri perhatian mata saya adalah rindu yang pergi.selepas membuat keputusan untuk membeli novel ni,saya terus membayar harga sebanya rm13.00.kira murah juga la.

Novel ni masih berbalut rapi dengan pembalut lut sinar.bila dah balik k.l saya pun membacanya.memang tak menghampakan la kualitinya.seronok dan terasa penghayatan yang di bawakan oleh setiap watak yang ada di dalam novel ni.novel ni masih tersimpan rapi di atas almari rumah umie saya.


Ini lah rupa novel rindu yang pergi tu

Nia karmila ni seorang cikgu pada mulanya,akan tetapi mengalami simptom penyakit kronik yang berperingkat.peringkat ini berubah dari satu tahap ke tahap yang lebih serius yang mana memelukan rawatan serta penjagaan secara berterusan.nia karmila ni terpaksa mengambil ubat ubatan yang berterusan.

Dalam rutin hariannya sedikit sebanyak memberkan impak besar seperti lemah lesu,lembam pada anggota badan,rambut keguguran dan lain² lagi hingga memelukan cuti sakit yang panjang.

Nia karmila sudah berkahwin,namun sikap suaminya agak kurang menyenangkan selain kurang sifat tanggungjawap keatas isteri.malahan juga,nia karmila sering di tuduh sebagai mengikis harta suaminya sendiri sedangkan si suaminyalah yang kerap menggunakan wang nia karmila.

Cerita ni memang best.konsepnya tidak lari dari luar tajuk yang tidak berkaitan.apabila kita membaca di awal sehingga pertengahan novel ini,kita akan berpihak kepada nia karmila,malahan juga akan menaruh harapan yang tinggi agar nia karmila segera sembuh dari keperitan hidupnya.walaupun dalam lemah serta tidak bermaya,malah terbaring lumpuh sekalipun,tanggungjawap nya kepada Allah s.w.t,tetap di tunaikan dengan solat.

Semasa detik² di masukkan ke dalam hospital di sebabkan penyakitnya sudah memasuki fasa kritikal,nia karmila hanya mampu berkerusi roda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain.di hospital itu,nia mendapat seorang kawan yang mata nya tidak dapat melihat.antara babak yang lucu adalah rakannya yang buta itu akan menolak kerusi roda nia,sementara nia menjadi juru pandu.kiri,kanan,terus,atau berhenti menjadi ungkapan utama mereka.

Apabila kita memasuki ke akhir² cerita ini,kita akhirnya akan mengerti,perharapan kita untuk melihat nia karmila hidup ceria menjadi kenyataan.sebelum permergian nia karmilah ke alam akhirat yang hakiki,nia sempat membuat wasiat istimewa khusus untuk sahabatya.Sepasang mata nia karmila telah di hadiahkan kepada sahabat suka dukanya sepAnjang menjadi teman di hospital itu.

Sahabatnya merasa terharu di kurniakan pemberian yang tiada bandingnya oleh seorang insan yang berhati murni seperti nia.dengan hadiah yang cukup tidak ternilai itulah dia mampu melihat semula alam ciptaan Allah sebagai mana pernah di ceritakan semasa nia masih hidup kepadanya bertapa indahnya alam ini.

Kini sahabat nya memiliki apa yang nia miliki.baginya,nia masih bersamanya.oleh itu aan di jaga hadiah itu sebaik mungkin.nia pasti gembira melihat dunia ini walaupun pada tubuh yang baru..

Begitulah serba ringkas isi dalam kisah rindu yang pergi.saya tak tahu sama ada novel ni masih ada di pasaran atau tidak.ia di tulis oleh fazie hanna kalau tak silap saya seorang cikgu.(tak pasti lah).

Itu sahaja ulasan saya mengenai novel ini,berapa bintang nak bagi? 5 bintang saya bagi pada hasil kerjna fazie hanna.ada satu lagi novel milik adik saya yang saya suka.nanti saya ceritakan lagi mengenai novel tu ye.nak kena memanjat atas almari tu..huhu :-p

Baiklah,jumpa lagi dalam edisi akan datang,ma'as salama yaa ikhawah ^_^×

Tag : NOVEL
4 Komentar untuk "RINDU YANG PERGI"

Wah...besnya... abak tak suka baca novel..tngok cerita je

Hee.memang best.novel tu pown x tebal sgt.ringan jew.tpi puas haty

Novel pertama yang saya miliki tahun 2005,
di kedai buku pekan gerik,
Tiap2 kali baca mata berkaca tersentuh dengan jalan cerita
kerana novel RINDU YANG PERGI lah saya jadi kaki novel
sayangnya NOVEL RINDU YANG PERGI telah hilang pergi
meninggalkan saya

ye memang,jalan ceritanye sangat sedih.Telah hilang pergi ? memang kena lah tajuknya buku tu. .rindu yang pergi. .

Popular Posts

Back To Top