w a n n u r s y a r i f a h

myNOVEL BAB 2/EPS 3 (Menghargai Kehadiran Mu)



    


Sedutan lepas...
Apabila betul-betul berada di muka hadapan bengkel itu,mulut nya yang pertama membuka suara.
"Kerulll..!!".
"Eh..mana dia ni ?".Adila ruang bengkel.Tidak ada kelibat sesiapa.lalu dia melangkah beberapa meter ke dalam dengan pelahan.Yang ada beberapa buah kereta pelangan disitu.
Di akhirnya melihat sepasang kaki.Ada seseorang terbaring.Dia segera ke tempat kaki itu.
"Kerul!!".
--------------------------------------------------------
Bab 2/Episod 3
"Kerul!!.".Dila terhenti seketika.
"Aku is la dila".Iskandar menyahut pangilan Dila sekalipun bukan namanya yang di sebut.
"Ohh..is rupanya".Dila menganguk.Baru dia tahu,yang sedang terbaring membaiki kereta itu adalah Iskandar.
"Kerul mana is ?".Dia menyambung pertanyaan semula.Dia tida mahu berlengah.Namun Iskandar yang sibuk membaiki kenderaan ingin meminta pertolongan dari Adila.
"Tolong hulurkan spannar 21' kat dalam box tu dila".pinta Iskandar pada Dila.
"Spannar 21' ?".Soal Dila dengan dahi yang berkerut.
"Yap!".Jawap Iskandar.
"Kejap".
"Haa nah".Dila mencapai spannar itu di dalam box.spannar itu ada di tanda dengan angka 21' pada tepinya.Dila memberikan pula kepada Iskandar.
"Ha..tepat sekali".Iskandar menyambut spannar itu dan meneruskan kerja-kerjanya di bawah kereta itu.
"Is..kerul mana.cepat la.aku tanya ni".Adila menyoal lagi setelah soalannya tadi masih tidak di jawap oleh iskandar.
"Kau tengok kat dalam box tu ada tak spannar 22'..tolong carian kejap".Kata Iskandar yang kusyuk menyelesaikantugasnya.
"Spannar 22" ?"Adila dengan kepalanya yang senget ke bahu mengintai ke bawah kereta.Dia melihat Iskandar terlalu asyik dengan kerjanya.
"Nanti kejap.Aku cari".Jawap Dila.Dia mengetap-ngetap bibirnya tanda geram.Dia mencari apa yang di minta oleh Iskandar.
Sedang mencari sesuatu di dalam box biru itu,dia terpandang pula kerul.orang yang di cari nya saat ini.Kerul waktu itu sedang berbincang dengan salah seorang pelangan berhampiran sebuah kereta yang telah siap di baiki.Mereka baru pulang dari menguji kereta proton persona di jalan raya.Mata Dila galak dan luas apabila melihat kerul.
"Kat situ rupanya kau.Jenuh aku cari".Bisik Adila pelahan.Namun suaranya di dengari Iskandar.
"Dah dapat ke spannar tu dila ? Bak mari".Soal Iskandar.
"Dah.Aku letak kat sini okey".Adila mengeluarkan perkakas tersebut dan meletakkan di sisi paha Iskandar.
Dia lalu bangun dan berjalan menuju kearah kerul berada.
"Huh!..banyak cantik muka dia,semua nak kita buat".
"Rasa kan!!".Bisik Dila.Bengang dengan layanan Iskandar padanya tadi.

Iskandar mencapai perkakas yang di letakkan oleh Dila sebentar tadi.Dia terperanjat.
"Ish..biar betul dia ni".Iskandar merasa benda tajam di jarinya.Dia menyentuh benda yang tajam.lalu secara sportan melaung dengan berseloroh setelah melihat perkakas itu dengan matanya.
"Weii!!"
"Ni bukan spannar la dol..".
"Ni gergaji besi".
"Hadoyai".Rintih Iskandar sendirian.
Jeritan Iskandar membuatkan Adila berasa puas.Dia tersenyum sipi dapat mengenakan rakan sekerja nya tu.
Bersambung dalam Bab 2 Episod 4...

Tag : myNOVEL
0 Komentar untuk "myNOVEL BAB 2/EPS 3 (Menghargai Kehadiran Mu)"

Popular Posts

Back To Top