w a n n u r s y a r i f a h

myNOVEL Bab 2 (Menghargai kehadiran mu)


SAMBUNGAN DARI BAB 1/2 (Bab 1/episod 2).  Muka surat 2

   "Oitt..!! Tunggulah aku".Syarifah Azliyang.Gadis yang bertugas di bahagian khidmat pelangan proton.Berlari-lari anak selepas meletakkan kembali puch card nya ke rak tersebut.Akumenoleh ke belakang.Pasti Iskandar berbunga hatinya.Mana tidaknya,gadis idaman kalbunya akan turut serta pada tengah hari ini.Aku tersenyum melihat Iskandar yang memperlihatkan gaya dengan memperbetulkan baju nya agar kelihatan kemas di mata Yang.
  "Wei..korang rehat tak ajak aku eah.Tak pe la kan..".
Syarifah Azliyang mendapatkan kami berdua.Dengan itu dia berjalan seiring di sebelah Iskandar.
  "Sory la sayang.kite orang bukan tak nak ajak.Tapi sendiri fahamlah.Kite orang pun ada tangki nak di isi".Iskandar mengusap-ngusap lagi perutnya seperti mana di lakukannya semasa di bilik pameran tadi.Lapar sangat agaknya si Isandar ni.Bisik hati aku.
  "Kalau ye pun,sampai hati korang tinggalkan si bunga kat taman.Ish..ishh..siapalah aku ni kan..".
Syarifah Azliyang atau lebih di kenali sebagai "Yang" memperlihatkan gaya seperti gadis yang merendah diri dan seolah-olah terpinggir dari kehidupan,tetapi bukanlah dalam nada dan gaya yang merajuk.
  "Bunga?hehe..cik Syarifah Azliyang manis sayang,jangan kan bunga,pokok pun kami akan pelawa andai termampu.Tapi,kami ni tangki dah 'empty'.Jadi,sebelum kami berdua ni tersadai kat dalam tu,baik kami 'mengisi' dulu".Aku tidak dapat menahan tawa dari terus tergelak besar.Iskandar mula bermain tarik tali dengan gadis pujaannya.
  "Ialah-ialah..!kau je yang kosong perut tu.Habis,perut aku ni..?!".Syarifah Azliyang menjenkilkan mukanya pada Iskandar.Dan berjalan laju mendahului kami.
  "Ah sudah!lapar sangat ke budak ni?".Aku mula berasa hairan dengan situasi yang melanda beberapa pekerja di syarikat ni.Tidak seperti kebiasaannya.Hari ini asal waktu makan sahaja,semua tidak dapat menahan rasa lapar.Mungkin penat agaknya melayan kunjungan pelawat yang hadir untuk melihat dengan lebih dekat model kereta terbaru yang baru di lancarkan ini kepada umum.
  Aku pun tidak tertahan laparnya perut ni semenjak dari tadi lagi.Kalau tidak kerana suprima,pasti sekarang aku sudah menyuapkan makanan ke mulut saat ini.
      
              TAMAT BAB 1 (Satu)

*********************************************************************

                     (Bab.2/eps.2)
            BAB 2  (Dua)

        JADI PERHATIAN SESEORANG 
      
   
Sejak dua menjak ini,kesihatan ku agak kurang baik.Aku cuba mencari beberapa punca yang membuatkan kesihatan ku merosot.Tetapi,itu bukan lah perkara yang menjadi kebimbangan aku tika ini.Kerana,dalam tempoh yang sama,aku dapat merasakan  seperti ada sesuatu yang cuba di sampaikan oleh Yang.
  Aku merasakan bahawa,Yang semakin mulai rapat dengan ku.Ah! Mungkin sekadar kebetulan dengan dia hanya cuba untuk mengambil berat ekoran kesihatan aku yang tidak menentu ni.Mungkin juga selepas kesihatan aku mulai baik,dia akan kelihatan seperti dulu.Dan tidak perlu lagi untuk kerap menghantar suap tulang,sup ekor,sup kambing,aah..entah apa lagi yang akan di bawanya dari rumah esok untuk hidangan tengah hari aku.Tapi,bagus juga,dapat lah aku berjimat sikit bulan ni.Taapii,aahh..berapa sudah tapi ni.sungguh banyak tanggapan persoalan pada dia.Aku tertanya-tanya,apakah Iskandar tidak berasa cemburu melihat aku dan Yang bertambah akrab..?
  Entahlah..apa yang pasti aku dan si Yang cuma sekadar sahabat karib.Tapi..hmm..tapi lagi..seribu satu persoalan.Bagaimana pula anggapan Iskandar pada kami berdua pula ?.
  Tak tahu lah apa yang di pendamkan di lubuk hati Yang pula.Biarkan saja lah.Aku kesah apa.Bukan urusan aku untuk mengambil tahu siapa cinta nya tu.Yang pentingnya,aku hidup tenang dan damai berserta kerja aku jalan.
  "Kerul.Makan sup ni.Baik untuk kesihatan tau".Yang berjalan kearah aku dengan di tangannya terdapat mangkuk tingkat.Mangkuk tingkat moden.Tidak seperti yang dulu.Apa yang di bawa oleh Yang,jauh lebih kecil dan comel.Tapi aku lebih suka yang klasik.Lebih banyak lauk boleh di letak selain boleh cukup untuk dua atau tiga orang.Tapi yang dibawa oleh Yang ni,aku seorang belum tentu cukup.
  "Iye la.Err kau tak makan sama ?".Aku meninggalkan seketika tugas pemasangan assesori kereta pelangan.Aku mencapai bekas yang di hulukan oleh Yang dan aku duduk di atas kerusi tidak jauh dari bengkel seperti mana yang telah di sediakan oleh syarikat ini.
  "Kau makan la.Aku dah makan tadi.Sup tu aku yang masak tau.Subh tadi.Tapi..sory la..dah sejuk plak kan..".
Yang menuruti langkah ku yang duduk di kerusi lembut ini.Sesuai untuk berehat.
  "Iye.Aku percaya.Bukan ke dah banyak kali kau bagi tahu aku.."
  "pandai juga kerja memasak kau ni Yang."
  "Hmm..sedap".Aku menghirup sup itu sedikit-demi sedikit.Yang sejak dari tadi asyik memehatikan aku menghirup sup buatan tangannya,jelas menunjukkan rasa lega apabila masakkannya di jamah oleh aku.
  "Iye ke ? ".
  "Sebenarnye..aku ni kerul tak lah pandai sangat bab masak memasak ni.Tapi ala kadar tu boleh la.Esok aku bawakan lagi untuk kau".Kata Yang dengan merendah diri.Dia sebaliknya mengalihkan pandangannya kearah luar bengkel.Dapat aku lihat,anak matanya tertumpu pada taman di sebelah bengkel ini.
  "Eh.tak payah la.ni pun dah cukup special."
  "Susah-susah je kau ni.Subuh-Subuh plak tu".
  "Tapi terima kasih la sebab kau buat kan sup ni untuk aku".
Aku berhenti dari menhirup kuah sup ni.Tapi tinggal suku sahaja bakinya.Lalu aku meletakkkan mangkuf kuah sup itu di atas bangku.Yang memandang ku dengan hairan.
  "Kenapa tak habiskan kuah tu ?".
  "Penat aku masak pagi tadi".
Yang menjeling matanya kearah mangkuk kuah sup itu.Jelas masih berbaki lagi sup nya.
  "Kejap.Nak tarik nafas dulu".Aku menarik nafas panjang.Dada ku mengembang tanda udara beroksigen memasuki paru-paru aku.Sejurus itu,aku melepaskan udara tersebut semula dengan pelahan-lahan.Aku kemudian bangun dan berdiri sambil tangan ku telah aku depakan kedua-duanya.Ku ulang langkah sama dan menarik nafas seperti sebelum ini beberapa kali.Yang masih duduk memehatikan aku.Matanya berkedip-kedip melihat tingkah laku aku yang secara tiba-tiba berubah.
  "kenapa kerul ?".
  "Ada yang tak kena ke ?".
Yang mengerutkan dahinya.
Aku berhenti dari mengulangi perbuatan aku yang mengundang persoalan di fikiran Yang.
  "Hurm.Rasanya aku macam dah sihat".
Aku memandang tepat ke mata Yang dan membalas pertanyaannya itu.
Jelas kelihatan wajah ceria dan sinar anak matanya dari pandangan aku.Dia lantas bangun dan bertepuk tangan dengan sopan.
  "Yeaa..aku berjaya!!.
Yang mengkat kedua belah tangannya keatas sebagai tanda kegembiraan apabila memdengar jawapan dari ku tadi.
  Aku mencapai semula bekas sup tadi yang ku letak di atas kerusi sebentar tadi.Dengan itu,aku menghirup licin saki baki sup yang ada.Yang memandangku dengan penuh harapan.
  "Habis licin kau makan.Sampai hati kau kerul".
  "Langsung tak ada bahagian untuk aku.Penat aku buat tau.Ish..ishh..sedih hati ini".
Aku nyata terperanjat dengan pengakuan Yang.Tidak ku duga.Itu yang di katakan oleh nya.Patutlah aku tengok dia seperti mengharapkan sesuatu aje dari tadi.Rupa-rupanya,mahu merasa sedikit hasil air tangan nya tu.
  "Eh.kau nak ke ?".
  "Aiseh..dah habis masuk dalam tank aku la".
  "Bukan ke kau dah makan tadi ?".Soal ku sambil memulangkan mangkuk tersebut.
'Kosong'
Kesemua isi nya licin aku habiskan.
  "Aku tak makan lagi la.Lapar tau".
  "Ingatkan kau nak bagi sikit kat aku".
  "Tengok-tengok,licin kau sebat".
  "Ish..ishh..sedih tau".
Yang membuat muka sedihnya.

Berrsambung pada bab 2/eps 2 ...

Balik ke Bab 1 (satu)

Tag : myNOVEL
0 Komentar untuk "myNOVEL Bab 2 (Menghargai kehadiran mu)"

Popular Posts

Back To Top