w a n n u r s y a r i f a h

myNOVEL Bab 1 (Menghargai Kehadiran Mu)





  myNOVEL@www.wannursyarifah.com
    Menghargai Kehardiran Mu
    Pengenalan
Novel ini adalah sebuah karya hasil penulisan empunya website ini iaitu hak milik www.wannursyarifah.com.Dengan tujuan adalah perkongsian bahan bacaan untuk tatapan umum.Semua isi kandungan ini berpandukan fakta,kisah,pengalaman,mahupun rekaan yang di himpunkan bersama sebagaimana yang terkandung di dalam novel ini.Sebarang bentuk salinan untuk tujuan rujukkan mahupun simpanan haruslah menghubungi kami terlebih dahulu serta mengikut budi bicara kami dalam menetapan keputusan.Harap maklum.kami tidak bertangungjawap jika novel ini di salah guna atau mendatangkan kemudaratan di pihak ketiga.Hak cipta terpelihara ©.(Kami bermaksud penulis atau juga mereka berkaitan yang menyumbang idea secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan novel ini)

   Sinopsis novel
Maaf.sinopsis Belum di dapati untuk novel ini.

Selamat membaca...

Nukilan cinta hati
"Aku duduk di sebuah kerusi.Pandangan ini ku hadapkan ke balik taman-taman yang mekarnya si bunga.Mencari erti kedamaian dan kebahagian.Dalam lintasan sang merpati,aku mencari erti kebebasan hati.
   Singgahnya si kupu-kupu di kelopak bunga,lantas melayangkan ingatan ku terhadap mu yang singgah di hati ku.Kupu-kupu itu pergi!kenapa ia pergi?biarlah ia bersatu dengan si bunga.Terdetik saat di kau pergi.Mengapa engkau pergi?kemana tuju mu?hati ku mula seperti dulu.
   Cahaya mentari menyinari si bunga.Mekarlah si bunga itu.Kau tiba lagi.Kali ini dengan sinaran kasih.Tahukah di kau,hati ku tidak pernah menyulami sinaran itu?Tidak pernah menerima cahaya kasih.Belum pernah sehangat yang kau bawa bersama ini.
   Dan,berkatalah hati ku.cukuplah kali ini!tidak perlu lagi engkau buktikan!kau telah melahirkanya.Melahiran kasih sayang hati ku pada mu,setelah kau mengasihi ku sebelum itu.
   Sesungguhnya itu,mahukah engkau tahu,bahawa kau yang ku hargai selama ini.Dan,aku juga amat mencintaimu "Yang"...wahai si gadis nakal"
Menghargai Kehardiran Mu
Bab satu (1)
Aku melihat model terbaru proton.Ada menampakkan ciri-ciri permodenan.Malah model terbaru ini jelas berbeza dari segi rekaan jika nak di bandingkan dengan model-model terdahulu."Suprima!"Itulah nama model terbaru keluaran proton.Aku dapat melihatnya dari bilik pameran proton ini.Pasti ramai yang akan menempahnya.Bisik hati aku.
  "Macam mana kerul?cun tak model terbaru ni?"
Kata iskandar,sahabat aku yang bertugas di bahagian mekanikal tempat ini.
  "Huh!!kau ni apahal tiba-tiba datang?"Aku terkejut selepas di segah oleh is dari belakang secara tiba-tiba.
"Hehe...rilek la.Tak kan teruja dengan suprima kot?"-iskandar memperli aku sebaik sahaja melihat riaksi terkejut dengan segahannya.
  "Apahal plakk??!! Eh..tapi betulah,model ni nampak perbezaan ketara la dengan model-model sebelumnya."-Ujar ku pada is.
  "Memang lah ketara kerul...Engkau cuba tengok baik-baik,banyak bezanya tu.kalau tak,tak ada lah dorang nak bagi nama suprima kat model baru ni.Lagipun kerul,zaman dah berubah.Cita rasa pengguna pasti la sememangnya berubah-ubah."-Jelas iskandar dengan panjang lebar.Seperti tampak ciri-ciri perunding jualan gayanya.Tak melambangkan bahawa dia adalah juru mekanik di sini.
   "Ialah tu.Cakap saja lebih.Kerja tadi dah siap belum?karang owner dia datang petang nanti."Aku sengaja mematikan perbualan bertopikkan suprima.Sengaja mahu mengalihkan perbualan kami ke hal yang lain.
  "Kerja tadi?yang tu bereh boh! Eh tapi bahagian permasangan tali keselamatan tempat duduk belakang kau tolong buat ek?".
Iskandar nyata mengharapkan aku untuk menyiapkan tugasan terakhir.Tapi apa-apa pun,biarlah selepas makan tengah hari.Aku lapar sekarang ni.
  "Tuu aje?orait.lepas makan aku settle kan".Jawap ku pada is.
Aku kemudian berjalan menuju kearah puch card staff untuk merekod waktu keluar makan tengahari.Iskandar pula menuruti aku sambil dia mengusap-usap perut separa kempis nya tu.Aku agak,kedatangan dia menemui aku secara tiba-tiba sebentar tadi,tidak lain untuk mencari aku supaya bersama keluar makan.
  "Orait!! Aku setuju kata kau tu.Apa-apa hal,tangki yang kosong perlu di isi terlebih dahulu.Baru mesin boleh berkerja".ujar is dengan meletakkan tangan kanannya di bahu kiri aku.
  Dan kami meninggalkan suprima tadi.Berlalulah kami menuju ke bilik puch card dan seterusnya ke warung kak wati yang menjadi warung tetap bagi kami.Namun,aku berangapan,pasti cerita-cerita tentang suprima,bakal menjadi topik perbualan hangat di warung kak wati.
  "Oitt..!! Tunggulah aku".Syarifah Azliyang.Gadis yang bertugas di bahagian khidmat pelangan proton.Berlari-lari anak selepas meletakkan kembali puch card nya ke rak tersebut.Aku menoleh ke belakang.Pasti Iskandar berbunga hatinya.Mana tidaknya,gadis idaman kalbunya akan turut serta pada tengah hari ini.Aku tersenyum melihat Iskandar yang memperlihatkan gaya dengan memperbetulkan baju nya agar kelihatan kemas di mata Yang.
Bersambung ke Bab 2...

Tag : myNOVEL
0 Komentar untuk "myNOVEL Bab 1 (Menghargai Kehadiran Mu)"

Popular Posts

Back To Top