w a n n u r s y a r i f a h

BAGAIMANA MENJADI PROFESIONAL ?

Menjadi profesional

Assalamualaikum.tajuk untuk hari ini saya tulis bertepatan dengan keinginan kita untuk menjadi profesional dalam bidang masing masing.pro aspirasi tu tak termasuk dalam cerita ni huhu..kampus punya cerita tu.

Baik.kita fokus kepada tajuk utamanya iaitu menjadi profesional dalam bidang yang kita ceburi.bukan sahaja dalam berblogging,malahan juga dalam aspek aspek kehidupan seperti masakan,kerjaya,sukan,ekonomi,seni,perubatan dan lain lain lagi.

Apabila menjadi profesional,maka kebanyakkan keputusan dibuat juga secara profesional.tindakan dalam membuat keputusan banyak memperngaruhi aspek ciri ciri yang ada dalam diri.bukan mudah mengawal kata kata hati untuk membuat keputusan.seorang yang profesional akan berfikir sejenak sebelum membuat keputusan dalam bidang yang di ceburi.



Merangka plan dan strategi

Untuk menjadi seorang yang berkaliber dan berprofil profesional,seseorang itu harus bijak dalam merangka kerja dan plan strategi dalam membina prospek yang kukuh.

Seterusnya apabila rangka kerja telah dibuat,penilaian menerusi perbincangan bersama ahli profesional lain akan menjadi platform dalam membuat keputusan murtamad.

Dengan adanya perbincangan secara berkumpulan,kita akan dapati banyak rangka kerja boleh di huraikan dan di kemas kini kan.



Mengatur langkah bersama

Bersama dalam kumpulan untuk mencapai matlamat kerjaya dalam bidang yang diceburi.mengatur langkah dalam kumpulan akan memudahkan mencapai sasaran yang di tetapakan.

Sentiasa memberi bantuan kepada antara satu sama lain akan mempercepatkan kan seseorang itu menjadi lebih cekap dan mahir selain rangka kerja yang di murtamadkan itu boleh bertahan lebih kukuh dan berpanjangan.


Kerjaya bersama

Saat paling manis adalah mengecapi kerjayaan bersama setelah sekian lama berusaha dalam membentuk prospek yang kukuh.hasil darinya akan dapat di nikmati dengan lebih bermakna.

Setelah bertukar tukar pendapat menerusi perbincangan berkumpulan,seseorang itu akan dapat meminimakan risiko risiko yang tidak dapat di kesan secara bersendirian.mereka yang bermesyuarat akan mendapati lebih mudah mendapat kata putus yang lebih baik berbanding bersendirian.

Walaubagaimanapun,andai keputusan dibuat secara bersendirian,seseorang itu harus mempertimbangkan dahulu akan sebarang kata putus.

Untuk menjadi seorang profesional haruslah berdasarkan keputusan yang benar dan bukan berdasarkan khabad berita yang belum disahkan.ini secara tidak langsung boleh memberi kesan terhadap mutu dan peluang untuk menjadi profesional.sebarang keputusan yang boleh mencetuskan kontroversi sememangnya akan di elakkan.sebaiknya situasi menang-menang lebih menjadi pilihan.ini mungkin menjadi asas kepada kekukuhan dalam menjadi profesional.


P/s- artikel ini di tulis oleh blogger Nur.
Tujuan untuk kata² perangsang diri sendiri
Serta berkongsi pada para pembaca.
Ini tidak membawa kata putus sebenar dalam menjadi profesional.
Saya cadangkan sila dapatkan Nasihat dari profesional bertauliah
Untuk langkah seterusnya.
   ^_^×
Jazzakallahu khairan

2 Komentar untuk "BAGAIMANA MENJADI PROFESIONAL ?"

Popular Posts

Back To Top