w a n n u r s y a r i f a h

3 PERKARA TIDAK AKAN TERPUTUS SESUDAH MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum.

Terdapat 3 perkara sesudah mati yang tidak akan terputus oleh orang islam yang sentiasa sampai kepada si mati.Maka eloklah kita mengetahui bahawa masih ada manfaatnya akan 3 perkara yang memang besar balasannya.

Adapun 3 perkara tersebut antaranya;



1-ilmu yang bermanfaat.

Ilmu yang berguna untuk kehidupan dunia akhirat.Dalam islam,ilmu mendapat tempat yang tinggi.Mereka yang menuntut ilmu,termasuk dalam perkara yang mulia.mereka yang menyampaikan ilmu pula sangat lah beruntung.Ilmu yang di sampaikan olehnya,kelak akan memberikan pahala berganda selagi mana orang yang mengamal atau mengikut apa yang dipelajari dari si mati pada masa hidupnya.

Mengikut apa yang di sampaikan oleh Abu Hurairah r.a.,(saya ringkaskan ye)
"Mereka yang menyembunyikan sesuatu ilmu,kelak akan masuk neraka.
Jika mereka di tanya tentang sesuatu ilmu oleh seseorang,namun dia menyembunyikannya,neraka lah tempatnya".
kalau anda rajin pergi surau dan dengar ceramah agama tu,rajin² la kongsikan pada yang tidak dapat datang sama ye.



2-Amal jariah/sedekah

Yang keduanya perkara tidak akan terhenti sesudah mati adalah amal jariah mita atau pun lebih mudah yang ramai orang gemar buat adalah sedekah.Sedekah bukan setakat yang ada pada nilai wang,malah boleh sedekah dengan biskut,roti,makanan,beras dan lain-lain lagi mengikut keperluan mereka yang memelukan.boleh juga bersedekah dengan selimut atau tanah yang kita ada sekadar mampu sahaja.Kini banyak dan ramai orang yang mempunyai lebihan atau banyak tanah telah mewakafkan tanah mereka untuk di dirikan sekolah,masjid,surau,rumah anak yatim,dan macam-macam lagi.Ia juga termasuk dalam perbuatan amal jariah.Semoga mereka-mereka ini mendapat sebaik-baik balasan.Insyallah.

Mengikut hadist yang di riwayatkan oleh Al-Baihaqi-Al-Hakim-Ibnu Khuzaimah;

“Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya (pada hari Kiamat)
hingga diputuskan di antara manusia atau ia berkata: “Ditetapkan hukuman
di antara manusia.” Yazid berkata: ”Abul Khair tidak pernah melewati satu
haripun melainkan ia bersedekah padanya dengan sesuatu, walaupun
hanya sepotong kueh atau bawang merah atau seperti ini.” (HR Al-Baihaqi
– Al-Hakim – Ibnu Khuzaimah)

Jadi marilah kita bersedekah walaupun dengan sepotong roti.



3-Doa anak soleh

Dan yang terakhirnya 3 perkara tidak akan putus sesudah mati adalah doa anak yang soleh,solehah,muslimah,ahli agama,dan lain lain yang termasuk dalam istilah di atas seperti taat pada ibu bapa semasa ibu bapanya masih ada.Untungnya kedua ibu bapa ini kelak adalah doa anak mereka kepada mereka akan tetap sampai kepada mereka walau telah meninggal dunia.

Harap kita akan ada anak yang soleh dan solehah kelak.Insyallah.Ameen Yaa Rabb.

Harap ini memberi manfaat buat anda.Jazzakallahu khairan.

0 Komentar untuk "3 PERKARA TIDAK AKAN TERPUTUS SESUDAH MENINGGAL DUNIA"

Popular Posts

Back To Top