w a n n u r s y a r i f a h

SURAH AL-FATIHAH:Surah dan makna (Kedudukan dalam Al-Quran:1)

ﺑِﺴْﻢِ ﭐﻟﻠَّﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

ﭐﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِّ ﭐﻟْﻌَـٰﻠَﻤِﻴﻦ
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ
Ar-rahmâni r-rahîm
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

ﻣَـٰﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﭐﻟﺪِّﻳﻦ
Mâliki yawmi d-dîn
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"

ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan"

ﭐﻫْﺪِﻧَﺎ ﭐﻟﺼِّﺮَ ٰﻁ ﭐﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"

ﺻِﺮَ ٰﻁَ ﭐﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ
ﻏَﻴْﺮِ ﭐﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ
ﻭَﻻَ ﭐﻟﻀَّﺎۤﻟِّﻴﻦَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim
ghayri l-maghdhûbi `alayhim
wala dh-dhâllîn
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"

Mengenai Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah lebih di kenali dengan sebutan 'Ummul Kitab' dan penghulu bagi surah² Al-Quran yang.lain.Surah Al-Fatihah ini menjadi surah permulaan dalam turutan susunan Surah² yang terdapat di dalam Al-Quran.

Al-Fatihah disebut Ash-Shalah, kerana Al-Fatihah itu sebagai termasuk syarat sahnya solat.
Selain itu, Al-Fatihah disebut juga Asy-Syifa'. Berdasarkan hadis riwayat ad-Darimi
dari Abu Sa'id, sebagai hadis marfu', "Fatihatul kitab itu merupakan syifa' (penyembuh)
dari setiap racun."

Juga disebut ar-Ruqyah. Berdasarkan hadis Abu Sa'id, iaitu ketika menjampi (ruqyah)
seseorang yang terkena sengatan, maka Rasulullah saw bersabda, "Dari mana engkau
tahu bahawa Al-Fatihah itu adalah ruqyah."

Surah Al-Fatihah diturunkan di Mekkah (Makkiyah). Demikian dikatakan Ibnu Abbas,
Qatadah, dan Abu al-'Aliyah. Tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa surah ini turun
di Madinah. Ini menurut pendapat Abu Hurairah, Mujahid, Atha' bin Yasar, dan
az-Zuhri. Ada yang berpendapat, surat Al-Fatihah turun dua kali, sekali turun di
Mekah dan yang sekali lagi di Madinah.

Pendapat pertama lebih serupa dengan firman Allah, "Dan Sesungguhnya Kami telah
berikan kepadamu sab'an minal matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang)." (Al-
Hijr: 87). Wallahu a'lam.

JAZZAKALLAHU KHAIRAN

4 Komentar untuk "SURAH AL-FATIHAH:Surah dan makna (Kedudukan dalam Al-Quran:1)"

Popular Posts

Back To Top