w a n n u r s y a r i f a h

SEGMENT IBADAH:Pengertian riba


Cik Misi cumey
Kalau ada jururawat kecik ni di hospital mesti kanak kanak dah tak perlu takut jumpa doktor.

Pengertian Riba
Assalamualaikum saudara dan saudari yang di rahmati oleh Allah s.w.t.
Kita berehat dulu dari menyambut kisah kisah mengenai Malaikat dan iblis.Apa yang saya ingin huraikan pada artikel kali ini adalah mengenai pegertian riba.

Sebagaimana hadist yang di riwayatkan oleh Usamah bin Zaid r.a, katanya Nabi s.a.w bersabda:�Sesungguhnya riba itu boleh berlaku pada jual beli
secara hutang (kredit).�

Disini apa yang berlaku adalah riba di dalam hutang.biasa berlaku pada masa ini.contoh contohnya seperti:

*hutang kredit kad
*hutang rumah
*hutang kereta
*hutang peti ais
*hutang television.
*dan sebagainya
(Apa sahaja berkaitan hutang,risiko terjadinya riba tetap ada.orang kata bunga la)

Riba ni amat memudaratkan.wang habis hanya pada nak bayar bunga atau disebut riba dalam islam.ini nyata menindas pada golongan yang berhutang tadi.dok bayar bunga,hutang pokok tidak berkurang,malah makin meningkat.sedang umur meningkat,hutang pula patut langsai,tapi di warisi pula pada anak anak.

Jadi islam telah mengariskan bahawa riba itu haram.Seperti mana terdapat dalam ayat al-quran,

"Allah susutkan (kebaikan harta yang
dijalankan dengan mengambil) riba,
dan Ia pula mengembangkan (berkat
harta yang dikeluarkan) sedekah-
sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak
suka kepada tiap-tiap orang yang kekal
terus dalam kekufuran, dan selalu
melakukan dosa."
Surah Al-Baqarah:276

Ayat di atas membawa erti bahawa memakan riba atau menerima riba termasuk dalam dosa dosa besar. Harta pemakan riba tidak akan diberkati Allah s.w.t.walaupun harta seseorang itu banyak,namun dari sumber riba,tidak ada gunanya andai tidak mendapat keberkatan Allah.

Sebagaimana beratnya dosa riba ini maka Rasulullah s.a.w Muhammad telah bersabda yang demikian.

Sabda ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu Anhuk.katanya, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam
bersabda: Riba itu mengandungi tujuh puluh macam dosa, yang paling ringan sekali
umpama seorang lelaki yang menekahi (mengauli) ibunya sendiri" (Riwayat Al-Imam
Ibni Majah).

Orang-orang yang memakan
(mengambil) riba itu tidak dapat
berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk Syaitan
dengan terhoyong-hayang kerana
sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian
ialah disebabkan mereka mengatakan:
"Bahawa sesungguhnya berjual beli itu
sama sahaja seperti riba". Padahal
Allah telah menghalalkan berjual beli
(berniaga) dan mengharamkan riba.
Oleh itu sesiapa yang telah sampai
kepadanya peringatan (larangan) dari
Tuhannya lalu ia berhenti (dari
mengambil riba), maka apa yang telah
diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi
haknya, dan perkaranya terserahlah
kepada Allah. Dan sesiapa yang
mengulangi lagi (perbuatan
mengambil riba itu) maka mereka
itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.
Surah Al-Baqarah:275

Ayat di atas menjelaskan perilaku pengambil riba adalah mereka di akhirat akan Allah bangkitkan dengan keadaan mereka tidak sedikit pun mampu untuk berdiri tetap,melain seperti dirasuk syaitan disebabkan perbuatan mereka di dunia yang menghalalkan riba dalam urusan jual-beli.

Pengampunan Allah s.w.t
Rahmat Allah s.w.t sangat luas.Mereka yang dahulunya mengambil riba,namun lantas meninggalkan memakan dan menerima riba(urusan yang melibatkan riba),sesudah diberi peringatan dan penerangan mengenainya,maka Allah memberi hak itu(sebelum peringatan haramnya riba) kepadanya,dan perkara itu adalah terserah kepada Allah.

Saudara dan saudari,Disini Allah memberi kita peluang agar terus menghentikan urusan yang melibatkan riba dengan peringatan peringatan yang terdapat dalam ayat al-quran.andai kata kita apabila sesudah diberi ingatan mengenainya(larangan mengambil riba),maka kita memperolehi azad seksa yang pedih dan kekal di neraka.

Haruslah saudara dari Saudari mengerti,apa yang saya kongsikan ini sebenar hanya huraian singkat dari pegertian penuh mengenai larangan riba dalam urusan berjual beli.seelok eloknya,untuk memahami lebih terperinci mengenai bagaimana riba ini boleh berlaku,haruslah kita merujuk kepada ustaz dan ustazah atau juga pakar perunding kewangan yang berlandaskan hukum syarak.
Semoga berjumpa lagi nanti insyallah

Tag : ISLAM
0 Komentar untuk "SEGMENT IBADAH:Pengertian riba"

Popular Posts

Back To Top