w a n n u r s y a r i f a h

MINAT YANG TERPEMDAM:Seni sastera



S E G M E N - P E R I B A D I - K U
Salam ceria sahabat yang saya kasihi.haa ayat di situ nun di atas tu hihi,bukan segment GA ya,tu segmen untuk saya menenangkan jiwa raga yang rasa seperti ingin terbang tinggi ke angkasa.(ke inginan ku mengatasi bayangan mata ini)
Naa..harus saja kita langsung pada pokoknya,anak² sihat? Pandai² la menjaga diri yaa.jadi entry kali ini saya nak anda beri peluang pada saya untuk mengarap satu dua luahan kalbu di hari rabu.
Untuk mengenangkan kembali serangkap dua puisi pujanga saya yang pernah saya zahirkan apabila di buai rindu takala merindu,sungguh pada siapa yang di rindu,tiadalah saya tahu.
Puisi ini saya cipta pada suatu masa lalu,yakni pada tahun 2008,wahhduh..lama tu..mari lekas menghayati detiknya
Ku merenung lautan,
Aku sendiri cuba untuk memahami,
Memendam rindu,
Pada siapa ku ingati,
Dan siapa pula yang merindui,
Sedang diri ini,
Masih memujuk,
Hati ini,
Dalam kelukaan
*harus ingat ini sekadar mengimbau nostagia sahaja.jangan pernah lebih dari itu uhu.
Sebenarnya,saya sangat suka menulis dan mencipta seni kata.saya juga ada menulis novel(proses edit semula masih belum siap sebab saya kesuntukan masa).dan kerana itu juga,saya sangat tertarik pada seni bahasa yang terdapat dalam blogger mr.karukord
.apabila anda klik link tersebut,anda boleh membaca dan menghayati seni tulisan seorang blogger yang berbakat dalam seni sastera.
Bukan mudah untuk mencari style dan gaya atau yang mempunyai ciri ciri persamaan yang ada dalam diri kita.apabila kita sudah jumpa,maka itu kita secara automatik akan terzahir minat yang sama.mungkin selama ini sahabat sahabat saya hanya mengenali saya dalam bidang perubatan dan keagamaan,atas sebab saya jarang berbicara soal sastera.biasalah,itu semua anugerah yang Allah beri.
Bakat terpemdam saya ni hanya mengisi keadaan dan masa yang tertentu,idea dan keadaan yang tidak sibuk.masa sebelum masuk belajar tu masa saya memang tak terhad.jadi dapat la saya siapkan selama hampir 8 bulan untuk menghasilkan sebuah novel ciptaan sendiri.(saya belum selesai edit semula.agaknya tunggu saie ada anak kowt baru siap hihi.masa takk mengizinkanlah awok).
Benda yang nak di edit tu cuma sedikit je,nak menyusun semula tu yang letih tu.alih² saya biarkan dalam almari saja.nanti ada masa saya buka semula hobi lama.cukuplah tu untuk setakat ni menyusuri hari hari lalu.cuma nak bawa anda tenangkan minda saja.jumpa lagi akan datang insyallah.
0 Komentar untuk "MINAT YANG TERPEMDAM:Seni sastera"

Popular Posts

Back To Top