w a n n u r s y a r i f a h

MIMPI RASULULLAH S.A.W MUHAMMAD:Makna dan hikmahnya

Salam Maulidur Rasul
Kita masih lagi dalam bulan kelahiran Rasulullah sa.w Muhammad.Alhamdulilah,Kita berselawat keatas Nabi kita Muhammad sebagai rasa cinta dan kaseh kepada Baginda dan di berkati oleh Allah s.w.t.kelak kita akan dapat bersama dengan Baginda di akhirat.insyallah.
Perasaan yang berupa cinta & kaseh ini kadang kala hingga terbawa ke alam mimpi serta menzahirkan orang yang cintai.(bergantung pada tahap rasa cinta dia pada seseorang).
Seterusnya mengenai bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w,Di masa zaman Rasulullah s.a.w,andai Sahabat bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w,mungkin tidak ada masalah untuk mendapatkan pengesahan mengenai mimpi tersebut.bagaimanapula dengan mimpi selepas zaman Nabi Muhammad?,jadi memang ada yang bermimpi bersuar muka dengan Kekaseh Allah (Rasulullah s.a.w),aan tertapi,sukar untuk mendapat kebenaran di sebalik kisah nyata mengenai mimpi yang telah di alami.

Mengikut apa yang terdapat didalam hadist² Rasulullah,kita diberi tahh bahawa iblis di haramkan menyerupai Rasulullah s.a.w baik dalam alam nyata mahpun mimpi oleh Allah s.w.t.Adakah ini termasuk suara,bentuk fizikal,sifat²,atau keseluruhannya?(Apa sahaja mengenai Rasulullah s.a.w,iblis di haramkan sama sekali menyerupai Baginda oleh Allah s.w.t)
Tentang sabda Nabi saw.: Barang siapa yang pernah melihat aku dalam mimpi,
bererti dia benar- benar telah melihatku
• Hadis riwayat Abu Qatadah, ia berkata :
Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda : Mimpi baik ( rukyah) itu datang dari Allah
dan mimpi buruk (hilm ) datang dari setan . Maka apabila salah seorang di antara kalian
bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak
tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi
itu tidak akan membahayakannya. (Shahih Muslim No.4195)
Dan kita telah mengetahui bahawa mimpi orang mukmin itu 1 bahagian dari bahagian² juzuk kenabian.ini membawa erti mimpi bukan sekadar mainan tidur,sebaliknya ada membawa maksud tersiratnya yang tersendiri.
Hadis riwayat Abu Hurairah , ia berkata:
Dari Nabi bahwa beliau bersabda : Ketika kiamat telah mendekat, mimpi seorang muslim
hampir tidak ada dustanya . Mimpi salah seorang di antara kalian yang paling
mendekati kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara . Mimpi
orang muslim adalah termasuk satu dari empat puluh lima bagian kenabian . Mimpi itu
dibagi menjadi tiga kelompok: Mimpi yang baik , yaitu kabar gembira yang datang dari
Allah. Mimpi yang menyedihkan, yaitu mimpi yang datang dari setan . Dan mimpi yang
datang dari bisikan diri sendiri . Jika salah seorang di antara kalian bermimpi yang
tidak menyenangkan , maka hendaknya dia bangun dari tidur lalu mengerjakan salat
dan hendaknya jangan dia ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain . Beliau berkata:
Aku gembira bila mimpi terikat dengan tali dan tidak suka bila mimpi dengan leher
terbelenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama . Kata Abu Hurairah: Aku
tidak tahu apakah ia termasuk hadis atau ucapan Ibnu Sirin . ( Shahih Muslim No.4200 )(Rujukkan)
Jadi disini sukar untuk kita jelaskan dengan lebih dalam mengenai status mimpi bertemu Rasulullah s.a.w Muhammad kerana kita tidak berada di zaman Baginda.apa yang saya ingin lakukan adalah berkongsi cerita anda supaya dapat kita sama² mengetahui apa yang anda mimpikan sewaktu bertemu Rasulullah s.a.w.apa yang di sampaikan,apa yang di lakukan,bagaimana keadaan Rasulullah s.a.w di waktu itu,dan sebagainya (jika ada).
Kalau ada letak sahaja link anda di ruang komen supaya kami dapat membacanya.ini adalah mimpi yang istimewa,saya kalau boleh tak mahu terlepas membacanya.saya ingin baca pengalaman anda pula.
Jazzakallah..
Ini pengalaman saya bermimpi Rasulullah Salallah Alahi Wasallam Muhammad
Mimpi ni sekejap sahaja,dan ianya hanya sekali,saya tak pernah cerita hal ni kepada sesiapa melainkan menulis di blog dan fb.pelik kan? (Ada sebabnya kenapa saya tak cerita pada sahabat saya heee..belum masanya laa).
Baiklah,mari terus imbas mimpi di waktu.
Bismillah..
Di waktu saya sedang bermimpi tu,Hari adalah malam.tapi saya masih boleh la berjalan dan tidaklah terlalu gelap keadaannya.(nak kemana pun tak pasti la saya).
Sedang kusyuk berjalan dari arah kiri ke kanan,melepasi satu pohon yang tebal dan besar,ada satu cahaya lurus di tengah² laluan.tapi saya tak pergi kearah cahaya tu.cahaya tu terang dan memudahkan saya untuk bergerak.
Dalam ingin melangkah kaki,Secara tertiba ada satu suara yang kedengaran.suara itu seperti ini:
"Wahai umatku,berselawatlah keatasku"
Maka apabila mendengar suara itu,saya mencari dimana datangnya.seterusnya saya sambil² mencari,saya melangkah sedikit².(Rasa macam tempat tu berbukit atau tanah yang dipenuhi akar tebal)
Suara itu kedengaran lagi.
"Wahai umatku,berselawatlah keatasku"
Ayat tadi di ulang semula oleh lelaki berpakaian putih itu.dari arah situ juga terdapat cahaya terang.
Lantas saya berfikir.saya amati makna ayat itu.dalam beberapa saat.saya tidak dapat melihat wajah nya dengan jelas kerana jarak saya dengan lelaki itu lebih kurang 12kaki.yang pasti keadaannya putih dan bercahaya.Kemudian terdetik,Rasulullah?(berbisik pada diri sendiri)
"Wahai umatku,berselawatlah keatasku"-ucap lelaki itu dengan lembut dan masih berdirindisitu dengan sabar menanti jawapan saya buat kali ketiga.
Lantas itu saya membalas ucapannya dengan penuh perhormatan kepadanya:
"Yaa Rasulullah,Selawat dan salam keatas mu"-saya berselawat kepadanya seperrti apa yang dimintanya.
Kemudian saya pergi.dan lelaki itu masih tetap disitu.saya tak tahu siapa lagi dia tunggu.ssya harus teruskan menghala ke kanan.akhirnya tersedar dan terjaga.Saya berbisik..mimpi yang indah..
Itu la pengalaman saya,mengenai kebenaran nyata mimpi Rasulullah sa.w tidak la dapat saya buktikan.kerana saya pun tidak bercerita kepada sesiapa selain dalam blog dan fb.saya cuma mengharapkan jika ianya benar,Alhamdulilah syukur.dan jika tidak saya akan anggap ianya satu mimpi indah.dan anda jika ada pengalaman,kongsi juga yaa..
Jumpa lagi : )
51 Komentar untuk "MIMPI RASULULLAH S.A.W MUHAMMAD:Makna dan hikmahnya"

Saya juga pernah mengalami mimpi bertemu rasullullah.malam itu saya sholat ishak agak lewat.dalam pukul 12 mlm.jika satu waktu saya tertinggal jiwa sy rasa gelisah.malam itu suasananya agak asing bagi saya.begitu mendamaikan.selesai bersolat dan berzikir saya baring dikatil.malam itu jiwa saya amat tenang.saya seperti berada diawangan.tak pernah rasa keadaan begitu.saya terlelap.tak berapa lama saya bermimpi.saya duduk seperti seorang yg sedang sembahyang.mengadap nabi allah muhammad.dia memakai serban dan jubah berwarna putih.dan saya menyatakan didalam hati 'ya allah...nabi muhammad...'nabi ketika itu duduk seperti saya duduk ,mengadap kearah saya.cuma kedudukannya agak tinggi .selepas bermimpi rasullullah,kehidupan sy mulai berubah.tidak dapat saya nyatakan disini.segala apa yg saya ceritakan ini sekadar berkongsi dgn saudara.memandangkan saudara juga pernah mengalaminya.sekian.

Subhanallah. .ana terpengun membaca cerita saudara akhie. .alangkah seronoknya berjumpa Rasulullah s.a.w. .

Assalamualaikum..terbuka hati dengan izin Allah swt untuk berkongsi mimpi bertemu rasulullah saw..sebanyak 2 kali saya bermimpi..pertama berumur 18 tahun..dicubit rasulullah saw shingga terasa sakitnya ketika terjaga..selepas itu rasulullah saw beri minum dari tapak tangan baginda...sangat lazat...sewaktu itu juga ada saidina umar dan ali...saidatina khadijah dan aishah...kedua kira2 dua tahun lalu..rasulullah saw beri kitab berwarna hijau bercahaya...ada tulisan jawi di kitab itu..mim ha dhal dan ya..sewaktu itu juga ada imam sunnah yg empat..walahualam..

Assalm.. Mohon hubungi sy ada sedikit yg hndak sy kongsikn. 0126454383..

Waalaikumsalam,alhamdulilah. .ia suatu kurniaan sesuai buat saudara. .syukur lah dapat bertemu Rasulullah saw hatta dalam mimpi. .in sya Allah. .

ana ada bermimpi Rasulullah saw buat kali kedua. .(wallahualam). .dalam mimpi tersebut ana menarik selimut baginda. .lalu ana mahu cium kaki baginda. .tapi baginda menarik cepat2 kakinya. .baginda tak mahu kakinya dicium. .Subhanallah

Alhamdulillah...saudari juga antara umatnya yg beruntung...pernah saya dengar barang siapa yg bertemu dengannya hatta dalam mimpi Allah swt janjikan syurga untuknya...walahualam...

Alhamdulilah..tapi saudara lagi untung sebab di cubit oleh Rasulullah s.a.w sendiri..malah dapat juga diberi minum dari tangan Rasulullah s.a.w sendiri..sesungguhnye ana jeles disitu..

Alhamdulillah...saya pun tak mengharapkannya saudari...saya adalah umat rasulullah saw yg banyak melakukan kesilapan...tak layak rasanya untuk diri ini untuk diberi sebegitu...banyak dosa yg saya sudah lakukan...awal bulan ni sekali lagi saya bermimpi berjumpa rasulullah saw... Baginda saw tanya nama saya dan saya beritahu 3 kali nama saya tetapi baginda saw menggelengkan kepala sebanyak 3 kali juga...kali ke 4 saya beritahu nama yg diberi kepada saya 2 tahun dahulu... Barulah rasulullah saw hingga nampak giginya... Saya takut dan tak suka untuk gunakan nama yg diberi rasulullah saw kerana takut datangkan fitnah...nama itu adalah al mahdi...walahualam...

Subhanallah,ana pun tak sangka begitu nama saudara..

boleh ana tahu siapa imam yang empat tu ?

Imam hanafie..imam malikie...imam hambalie dan imam syafiee...saya kenal mereka kerana setiap mereka memegang kitab yg tertulis nama masing2...walahualam...

Allahuakbar.Ada apa-apakah yg mereka pesan ?

Mereka tiada berpesan apa2...waktu tu semua memegang kitab masing2 tertera nama masing2...saya diberi rasulullah saw kitab ke 5 tertera nama mahdi...walahualam...

Subhanallah,ada makna besar tu setiap dari nya memegang kitab.Nak tanye,saudara dari tariqat mana ye ?

Saya tak mengikut mana2 tariqat...saya hanya nengamalkan serba sedikit apa yg diamalkan ASWJ...maaf saudari saya masih lagi mencari dan belajar serba sedikit tentang agama...banyak perkara pelik berlaku di dalam hidup saya...kekadang sesuatu yg tak dapat di jelaskan dengan akal manusia...walahualam..

Maaf saudari...banyak perkara yg kita boleh kongsi bersama tapi saya agak kurang selesa bincang di sini...saudari boleh menghantar komen ke email saya di saatamy80@gmail .com...tq

ouh kalau kurang selesa tidak mengapalah,sebab mungkin tu dah masuk bab peribadilah kan.

sama lah saya juga.Tidak terikat pada mana2 tariqat tertentu.Saya cuma suka amalkan sunnat nabi saw sahaja.Di samping mencari islam walau diri sudah islam tapi tetap mencari cahaya islam lagi.

Bukan begitu...saya takut jika ada yg baca blog ni salah faham dan takut timbulkan fitnah...sedangkan apa yg saya alami bukan kehendak saya...banyak rahsia yg saya pegang...jika tak menimbulkan salah faham dan fitnah saya sudi berkongsi pengalaman dan pendapat kepada yg baca blog ni...sekarang saya lihat ramai yg bermegah dan menidakkan...walahualam...

Na,am,boleh kongsikan pada ana apkah amalan saudara ?

As Salam
malu rasanya utk berkongsi di sini..saya sekadar hamba Allah yg penuh dosa dan byk melakukan kesilapan..kerdil rasanya utk menulis di kalangan kalian..terbuka pintu hati utk berkongsi mimpi bertemu Rasulullah saw mlm tadi..saya telah bermimpi bertemu baginda dan seorang lagi lelaki seperti pembantu baginda..dunia waktu itu seolah seperti berada di akhir zaman..saya berbisik memohon syafaat daripada Rasullullah dan seperti tidak percaya baginda tidak menolak permohonan insan biasa seperti saya..dalam mimpi itu saya turut mengambil segumpal rambut baginda dan dimaklumkan kiamat bakal terjadi pada tanggal 27hb...wallahualam..

As Salam
malu rasanya utk berkongsi di sini..saya sekadar hamba Allah yg penuh dosa dan byk melakukan kesilapan..kerdil rasanya utk menulis di kalangan kalian..terbuka pintu hati utk berkongsi mimpi bertemu Rasulullah saw mlm tadi..saya telah bermimpi bertemu baginda dan seorang lagi lelaki seperti pembantu baginda..dunia waktu itu seolah seperti berada di akhir zaman..saya berbisik memohon syafaat daripada Rasullullah dan seperti tidak percaya baginda tidak menolak permohonan insan biasa seperti saya..dalam mimpi itu saya turut mengambil segumpal rambut baginda dan dimaklumkan kiamat bakal terjadi pada tanggal 27hb...wallahualam..

Waalaikumsalam,t.kaseh sudi kongsi tentang mimpi saudara.Saya belum pernah dengar tentang mimpi seperti itu,lebih-lebih lagi tentang tarikh itu.
Tentang drgumpal rambuy baginda,sangat beruntung.Wallahualam

Assalamualikum ...sy cuma mahu menulis , sy masih keliru dn terharu dgn mimpi ini , dn sgala puji bagiNya krn mmberi hmba yg hina peluang brmmpi tntg bginda nabi ...wallahuaklam ..dlm mmpi itu, sy mlihat bginda nbi brjubah dn brserban serta tersenyum smbil mndepa tgn seolah mnymbut tetamu kehormat mnadah tangan ke arah saya seperti sang wali yang penuh kasih seakan memberi isyarat dn kebahagiaan kpd hati ini ..waktu ini seakan terasa seperti sy di dalam air tdk psti sungai atau laut .yg pstinya bginda menadah tangan seakan menyambut diri yg hina ini dgn senyuman kbahagiaan dan baginda di tempat tinggi di atas air ..sedangkan sy telah menyelam di dalam air dgn sendiri krn kekaguman dengan hampir menenggelamkan kepala sy ..sy sedikit lemas .. Dlm ht sy adalah mengakui ...ini adalah samudera al fatihah ...sy mahu tenggelam di dalamnya ...namun ht sy gerun trhdpnya dn seakan terpesona ..sdgkan sy masih jauh dr mnjd umatnya yg trbaik .cuma mnyimpan angan2 untk mnjd yg drindui oleh bginda .. Wallahuaklambissowab .. Terasa kesedihan yg amat sangat di dalam hati ...trsedar kira2 pkl 1 stgh pagi .mlm ini .

This comment has been removed by the author. - Hapus
This comment has been removed by the author. - Hapus

Assalamualaikum, saya juga nak berkongsi sedikit tentang mimpi saya. Mimpi saya berbeza(agak moden). Dalam mimpi saya tidak bertemu dengan Nabi, saya hanya dapat mendengar suara baginda. Saya bermimpi seolah-olah Nabi telah menjadi ayah saya, waktu itu ibu saya kata yang Nabi akan pindah ke rumah saya. Barang2 Nabi telah sampai ke rumah saya tetapi Nabi belum dapat datang kerana baginda sibuk berniaga. Saya pun menunggu kedatangan Nabi, tiba2 Nabi menelefon saya(saya x tau macam mana saya tau orang yang menelefon saya ialah Nabi, dalam mimpi tu saya tahu orang itu ialah Nabi). Ketika Nabi menelefon saya, Nabi bercakap dalam bahasa arab, anehnya saya faham apa yang Nabi cakap padahal saya tidak pernah belajar bahasa Arab. Nabi memberi tahu baginda memerlukan barang2 baginda yang ada dalam rumah saya. Selepas itu, seorang lelaki datang ke rumah saya untuk mengambil barang2 tersebut. Barang2 tersebut ialah Wang untuk di dermakan kepada masjid dan selipar baginda(berwarna hitam). Setelah lelaki itu membawa barang2 baginda, saya pun terus menunggu kepulangan baginda tetapi baginda tidak muncul2 sehingga saya terjaga. Wallahualam.

assalamualaikum...saudara saat amy. sy rse terpegun membaca pengalaman saudara. semoga Allah memberi hikmah yg baik disebalik mimpi itu. insyaallah...

assalamulaikum kak nur syarifah...

assalamualaikum...saudara saat amy. sy rse terpegun membaca pengalaman saudara. semoga Allah memberi hikmah yg baik disebalik mimpi itu. insyaallah...

SubhanAllah,sangat mengkagumkan mimpi saudara alami.Alhamdulillah,berpeluang bertemu Rasulullah s.a.w hatta dalam mimpi sekalipun.Harap membawa kebaikan buat saudara.inn sya Allah : )

Waalaikumsalam,alhamdulillah,saudara juga berpeluang berbual bersama dengan Rasulullah s.a.w,cuma belum punyai rezeki melihat Rasulullah s.a.w dengan lebih dekat lagi.Tapi mimpinya tu agak ada hikmah juga.Moga ada keberkatan di dalam rumah saudara.wallahualam.

Asalamualaikum.. Saya juga pernah bermimipi bertemu dengan rasul Allah pada 10 tahun yang lepas..kisahnya pada satu pagi telah masuk waktu subuh saya ada me dengar satu suara yang memanggil saya menyuruh saya bangun dan sembahyang subuh..saya telah bertanya kepada kedua ibu bapa saya apakah mereka yang kejutkan sembahyang subuh..tetapi mereka berkata tak ada..tapi yang pastinya hati saya tenang bila saya mendengar suara yang memanggil saya pagi subuh itu..sesudah saya sembahyang subuh saya melelapkan mata kembali..dan saya bertemu seorang lelaki yang tegap susuk tubuhnya..berjubah putih dan sederhana tinggi..wajahnya bercahaya..saya ada jugak berbicara dengan lelaki yang saya jumpa dalam mimpi ini..saya bertanya siapa pak cik ini..dan dia berkata akulah nabi muhamad..dan dia berkata lagi(dalam menyebut nama saya sendiri. Wahai umatku,kerjakanla solatmu,kerana dunia ini sudah bertemu penghujungnya..dalam mimpi saya masa tu saya menangis dan tersenyum serentak..kerana saya rasa tenang bila dengar suara dan wajah nya yang bercahaya..itu saja yg sy ingin kongsikan Allahualam..walaupn sudah 10 tahun berlalu tetapi mimpi itu masih saya ingat sampai sekarang

Waalaikumsalam.SubhanaAllah,sangat beruntung saudara akhie : )
memang Rasulullah s.a.w suka mengingatkan umatnya dan sangat sayangkan umatnya.moga kita dapat bersama Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.Inn sya Allah

Assalamualaikum kepada admin dan semua yang membaca komen ini. Dengan rasa rendah diri, saya juga hendak berkongsi tentang pengalaman saya. Jujur saya katakan, saya adalah hamba yang hina dan sering kali membuat perkara mungkar. Tetapi Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, memberi peluang kepada saya utk bermimpi seindah ini. Saat saya bermimpi, entah kenapa saya berada di suatu tempat yang sangat kosong melainkan bukit-bukau yang diliputi rumput yang lembut dan menghijau. Sedang saya amati pemandangan yang cantik itu, tiba2 terdengar suara yang sangat mendayu memanggil nama saya dengan bin kan ibu saya. Lantas saya menoleh ke arah suara tersebut, maka terlihatlah seorang lelaki yang bertubuh hampir dua kali ganda besarnya daripada saya. Berbaju serba putih dan mempunyai janggut. Tetapi malangnya saya tidak dapat melihat wajahnya, kerana hanya kelihatan cahaya putih yang sangat terang tetapi tidak menyilaukan. Saya sangat takut pada ketika itu. Nak melarikan diri tetapi kaki saya kaku, hanya tercegat disitu sambil ketakutan. Lalu dikatakan kepada saya "aku adalah utusan daripada tuhanmu yang hanya menjalankan perintah untuk menyampaikan kabaran gembira dan pesanan kepada umat manusia, maka janganlah kamu takut akan diriku". Setelah itu, hati saya menjadi tenang dan berkata "bagaimana saya boleh percaya akan kata-kata tuan?" Lalu lelaki itu menjawab sambil tersenyum. Tapi malangnya saya tak ingat tentang apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Lalu dia berkata lagi, "aku disini hendak menyampaikan hadiah yang akan diberikan kepada kamu oleh tuhanmu" sambil menudingkan jarinya kearah satu bukit yang paling tinggi di tempat itu. Maka terlihatlah suatu cahaya yang amat besar sehingga saya terpaksa menundukkan kepala ke arah tanah kerana silau. Lalu saya terdengar suatu suara yang sangat garau dan kuat sekali, tetapi tidak membingitkan. "Wahai (namaku bin nama ibuku), sesungguhnya aku ingin memberi sesuatu kepadamu. Terpulanglah keatasmu untuk memilih salah satu darinya". Lalu saya mendongakkan kepala, dan saat itu saya dapati saya sedang berada di dalam sesuatu tempat yang seakan kedai runcit. Bila saya perhatikan barang2 yang ada disitu, tak ada satu barang pun yang pernah saya lihat sebelumnya. Dengan tergesa-gesa saya pun mencapai satu botol air yang berwarna jernih. Setelah itu saya terbangun dari tidur dalam keadaan tangan saya seolah-olah sedang memegang botol yang baru saya ambil semasa dalam tidur. Sambil tersenyum saya pun ucap "Allahuakbar! Terima kasih ya Allah". Waktu saya bermimpi ini kira-kira 5 tahun yang lepas. Sepanjang saya bermimpi hanya 3 orang sahaja yang saya ceritakan, iaitu ibu, ayah, dan abg sulung saya. Menurut mereka, lelaki yang berbaju putih itu mungkin adalah Nabi Muhammad SAW. Dan cahaya yang besar itu adalah Allah SWT. Sampai sekarang saya keliru. Adakah itu benar? Bolehkah kita bermimpi bertemu dgn Allah SWT? Saya serba salah nak ceritakan kepada orang lain tentang mimpi ini. Tapi, itulah pengalaman pertama dan terakhir saya buat masa ini. Kalau ada sesiapa yang arif tentang ni, tolong reply ok? Saya betul2 nak tahu. Terima kasih sebab sudi baca.

Aamiin..
Semoga kita akan mendapat syafaat du sisi nya kelak

Aamiin..
Semoga kita akan mendapat syafaat du sisi nya kelak

Waalaikumsalam.Alhamdulillah dikurniakan dengan mimpi yg indah sekali.Tentang bermimpi Allah,mungkin saya kurang ilmu untuk menjawab tentang hikmah disebaliknya.

Tapi tentu mimpi tu membawa maksud yg sgt menarik sekali.Ttg mimpi bertemu Rasulullah s.a.w ini pun sy merujuk kepada ustaz-ustaz apatah lagi mimpi bertemu Allah.eloklah bertanya yg arif akan mimpi saudara.Inn sya Allah pasti akan bertemu jawapanya.wallahualam.

As salam, nama saya Najemi. Saya ada pengalaman bermimpi jumpa nabi Muhammad saw sewaktu berumur 14 tahun.
Permulaannya mcm ni, saya telah ikut seorang lelaki Baju putih sehiggalah berhenti di suatu tempat. Saya tgok dia. Dia angkat tangan untuk menunjuk sesuatu sambil berkata " Itulah Nabi Muhammad."suara dia sangat merdu, tak mcm selalu orang cakap. Saya tengok, ada seorang lelaki berjubah putih, Serban putih sedang solat depan kaabah. Saya terpegun. Saya fikir nak pergi sebelah nabi tunggu nabi habis solar, tapi kaki tak dapat gerak dlm mass tu juga dengar ada orang buka suis lampu. Saya terus bangun dari tidur. Sya cerita pada keluarga saya. Sebenarnya, sebelum saya mimpi tu saya ada bertakbir 1000 Kali selepas solat isyak dan masa tu saya berusaha untuk sempurnakan ilmu Islam sbg org islam. Kini saya masih berusaha untuk sempurnakan Islam saya. Saya tak tahu adakah mimpi ini benar, tolong saya dan doakan saya. Terima kasih :).

As salam, nama saya Najemi. Saya ada pengalaman bermimpi jumpa nabi Muhammad saw sewaktu berumur 14 tahun.
Permulaannya mcm ni, saya telah ikut seorang lelaki Baju putih sehiggalah berhenti di suatu tempat. Saya tgok dia. Dia angkat tangan untuk menunjuk sesuatu sambil berkata " Itulah Nabi Muhammad."suara dia sangat merdu, tak mcm selalu orang cakap. Saya tengok, ada seorang lelaki berjubah putih, Serban putih sedang solat depan kaabah. Saya terpegun. Saya fikir nak pergi sebelah nabi tunggu nabi habis solar, tapi kaki tak dapat gerak dlm mass tu juga dengar ada orang buka suis lampu. Saya terus bangun dari tidur. Sya cerita pada keluarga saya. Sebenarnya, sebelum saya mimpi tu saya ada bertakbir 1000 Kali selepas solat isyak dan masa tu saya berusaha untuk sempurnakan ilmu Islam sbg org islam. Kini saya masih berusaha untuk sempurnakan Islam saya. Saya tak tahu adakah mimpi ini benar, tolong saya dan doakan saya. Terima kasih :).

Waalaikumsalam Najemi.Alhamdulillah,pengalaman yg sangat bermakna.Sangat muda nye Najemi waktu tu kan..bertuahnya dapat jumpa Nabi s.a.w dalam mimpi : )

SubhanaAllah,sangat beruntung kalian semuanya ini.

Assalamualaikum..saya ingin berkongsi cerita Anak lelaki saya berumur 8 tahun baru2 ini..beritahu kepada saya dan ayahnya bahwa dia bermimpi sedang memanjat tiang untuk mencari dan berjumpa dengan Allah ketika memanjat tiang itu dia terlihat Nabi Muhammad S.A.W menurutnya nabi memakai Jubah putih..berserban putih..ketika terlihat Nabi dia terus bertanya kepada Nabi sedang buat apa..Nabi mnjawab sedang bertemu dengan Allah..anak saya mnjawab..nak jumpa Allah juga..nabi mnunjukkan dan berkata pada dia Allah ada disitu..lalu dia berjumpa Allah dan Allah benarkan dia bermain bersama kawannya..bermain kereta dan motorsikal dan Allah menyuruh anak saya main elok2 ..Saya tanya bagaimana rupa Allah anak saya cakap Allah perempuan.. Wallahualam..adakah mimpi ini benar? Apa ye hikmah disebaliknya..

This comment has been removed by the author. - Hapus

Waalaikumsalam ya.Bagus sekali dapat bertemu Rasulullah shallallah alaihi wa salam.Namun tentang bertemu dan melihat Allah bagi ana adalah suatu perkara yang tidak harus begitu.Telah nyata dan terang sekali didalam Al-Quran bahawa,Allah menyatakan Dia tidak sesekali sama menyerupai apa jua pun makhluk yang terlintas difikiran manusia.Sedikit pun tidak sama,apa yang kita fikirkan tentang Allah tetap tidak sama.

Allah adalah tunggal dan sama sekali bukan laki-laki,mahupun perempuan,tidak beranak dan diberanakan,seperti apa yang di ungkapan oleh agama lain.Maha Suci Allah tanpa penyerupaan apapun.

Dan kita tidak akan mampu melihatnya sebelum kita mati,sungguh tidak ada sesiapa didunia ini bernama manusia pernah melihat wajah Allah swt,Walaupun Nabi Musa alaihi salam berdoa untuk melihat wajah Allah,tapi tidak dapat sanggup melakukanya.

Dan jika pun kita merujuk kepada beberapa ulama besar,maka,hasilnya tetap sama,Allah tidak akan sama dengan apapun,dengan cara apapun terbayang,terlintas,sungguh tidak akan sama.

Pendapat peribadi saya.Tidak akan ada sesiapapun manusia akan dapat melihat Allah swt sebagaimana Nabi Muhammad shallallahu alaihis wa salam bersabda dahulu bahawa,Dari Abu Dzar r.a, katanya : Aku bertanya kepada Rasulullah saw, ‘Adakah anda melihat Allah?’ Jawab beliau (Nabi saw), “Dia Maha Cahaya, bagaimana aku mungkin melihat-Nya?” [0146]

(4). Tirai-Nya ialah cahaya. (Di dalam riwayat Abu Bakar r.a , perawi lain-disebutkan api). Jikalau tirai itu dibuka, maka terbakarlah segala yang ada, di mana penglihatan Allah sampai kepada-Nya. [0146]

Mimpi melihat Allah swt adalah mustahil ketika hidup di dunia ini,kerana dunia ini tidak akan mampu menampung Kemulian dan Keagungan Allah swt.Walaubagaimanapun,boleh meminta pendapat yang lain juga.

This comment has been removed by the author. - Hapus
This comment has been removed by the author. - Hapus
This comment has been removed by the author. - Hapus

Popular Posts

Back To Top