w a n n u r s y a r i f a h

MENTARI YANG MERAJUK:Terbit sebelah barat


Bismillah...
BAHAGIAN 1
Kisah sang mentari  yang merajuk adalah membawa erti terbitnya mentari dari arah barat.
Matahari umpama penutup yang mana andainya terbit dari barat maka tutup sudahlah peluang yang ada selama ini untuk membersihkan diri.tidak ada ruang peluang mahupun kesempatan lagi selepas itu.


Kita sendiri telah memilih jalan masing masing.maka bergembiralah orang orang bertaqwa kerana sentiasa di jalanNya serta tidak sedikit pun cuai lalai dengan dunia hingga mampu bertahan sehingga itu.


Pada waktu itu,Telah datang janji Allah kepada hambaNya namun hanya sedikit mengambil pengajaran.Dalam surah Al-Waqiah,Allah S.W.T juga berfirman yang membawa erti Seperti Allah telah bersumpah terhadap peredaran bintang bintang.Dan sesungguh nya sumpah itu adalah besar.(rujuk surah Al-Waqiah untuk ayat penuh).surah al-waqiah juga merujuk hari kiamat.Dan terbahagi kepada beberapa golongan.

Mari kita ketahui tanda tanda kiamat seperti berikut.adapun berikut adalah 10 tanda besar,yakni sesudah selesai atau lengkap tanda kiamat kecil:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di
kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai
orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa
manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi
menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung
pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan
segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh
Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini,
iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur
tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada
zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula
dari arah negeri Yaman.

BERSAMBUNG BAHAGIAN 2 insyallah

Tag : ISLAM
2 Komentar untuk "MENTARI YANG MERAJUK:Terbit sebelah barat"

Thanks for sharing.... Semuga kita sentiasa berusaha mencari redha Allah... Semuga Allah tak je,u memberi peringatan pada kita kalau kita terleka....

afwan ukhtie.laju dya komen kn..hihi saie blom sempat siap bhgian 2 lg : )

Popular Posts

Back To Top