w a n n u r s y a r i f a h

KISAH PENDERHAKAAN IBLIS:Ingkar perintah Allah

image

BISMILLAH.
Membuka tirai bagi saya untuk mewujudkan kisah² mengenai iblis secara langsung yang pada mulanya entry blog ini di dominasi oleh kisah dajjal dan khalifah.(kafir+dajjal vs Khalifah+Nabi Isa a.s).

Jadi sinonim dengan lawan bagi iblis adalah malaikat termasuk juga semasa iblis dan malaikat bertarung suara semasa saat² kemunculan imam Al Mahdi,juga semasa iblis di kejar oleh malaikat maut semasa proses ingin memcabut nyawa iblis.Insyallah semua itu akan saya siapkan entrynya tidak lama lagi.

untuk permulaan ini,marilah kita mengetahu asal usul permusuhan dan penderhakaan,serta demdam iblis terhadap Allah s.w.t,Nabi Adam dan juga anak² adam serta orang islam.

dan ingatlah ketika Tuhan-mu berfirman kepada para malaikat.
“sesungguhnya aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.....”
lalu para malaikat menjawab,
“adakah engkau ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan
bumi dan menumpahkan darah?”
“....sedangkan kami pula senantiasa bertasbih dengan memuji engkau dan mensucikan
engkau...”
Tetapi Allah berfirman,
“sesungguhnya aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu......”(Surah.Al-Baqarah:30)

Dan juga

"Dan sungguh telah Kami ciptakan kalian (manusia) kemudian Kami sempurnakan bentuk kalian,
Kemudian (saat itu) Kami berfirman kepada para malaikat,"sujudlah kalian semua kepada Adam!"
Maka mereka semua bersujud kecuali Iblis. Tidaklah dia termasuk orang yang tunduk bersujud."(Surah Al-a.araf ayat 11).

Sebab iblis enggan

"Dan Allah berfirman,"Apa yang menyebabkan kamu tidak mahu bersujud kepada Adam, ketika
Aku perintahkan?" Iblis menjawab,"Aku lebih baik daripada dia (Adam); engkau ciptakan aku
dari api sedangkan dia (Adam) Engkau ciptakan dari tanah"(Surah Al-a.raf ayat 12)

" Ya Iblis atas engkau laknat dariKu sampai ke hari Qiamat " balas Allah S.W.T.

Dengan penuh sombong dan bongkak Iblis menjawab, " Demi kemulian dan kebesaran Mu Ya
Allah akan ku hiaskan dunia ini dengan hiburan dan kelalaian dan akan akan ku sesatkan
seluruh hamba Mu kecuali hamba-hamba Mu yang ikhlas ".

Dengan keAgungan dan kebesaranNya Allah menafikan dengan sekeras- keras nya sumpah Iblis tadi.

"Bukan semua hambaKu kamu dapat menguasainya dan menyesatkannya, kamu tidak mempunyai kuasa keatas mereka kecuali orang yang telah Aku tetapkan sebagai orang yang sesat " jawab Allah
menafikan cita-cita dan sumpah jahat Iblis yang telah dikaburi oleh dendam dan
kesombongannya

Adapun peristiwa menayat hati

jelas menunjukkan bahawa Iblis tidak mampu nak menukarkan ahli syurga
menjadi ahli neraka. Iblis hanya boleh menggoda dan memimpin mereka-mereka yang telah
ditetapkan oleh Allah sebagai ahli neraka dan berhimpun menjadi ahli neraka bersamanya
Waliazubillah.

Mari kita melihat pula peristiwa yanng berlaku terhadap nabi S.A.W. bilamana Baginda berusaha
dan berdoa supaya bapa saudaranya Abu Talib memeluk Islam dan terlepas dari azab api neraka.

"Ya Muhammad Engkau tidak boleh memberi Hidayah kepada orang yang Engkau kasihi akan
tetapi Akulah (ALLAH) yang memberi Hidayah kepada sesiapa yang Aku kehendaki " kata Allah.
Ini berlaku bila mana Rasulullah meludah dan menyapu seluruh badan Abu Talib agar dapat
menghindar dari azab api neraka.

Nabi Adam setelah dikeluarkan dari syurga akibat terpedaya dari hasutan iblis.

"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama
300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada
Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah
tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum
air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja
mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam
semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai
Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air
mata taubatmu."
Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis
selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan
menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

"Kemudian aku datangi mereka, dari
hadapan mereka serta dari belakang
mereka, dan dari kanan mereka serta
dari kiri mereka dan Engkau tidak
akan dapati kebanyakan mereka
bersyukur".(Surah Al-a.araf ayat 17)

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam
Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa
sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini,
(jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari
orang-orang yang zalim".
( Surah Al-A'raaf ayat 19 )

Begitulah kisah² awal bagaimana iblis menjadi derhaka kepada Allah s.w.t sehingga di usir dari syurga.anda boleh merujuk surah Al-Araf menerusi pautan yang saya berikan tu ye SURAH AL-A.RAF

Apa yang saya tulis ini hanyalah cebisan kisah² tersebut.Kesemua kisah penuh anda haruslah merujuk di dalam Al-quran.insyallah saya akan buat lagi entry berkaitan iblis ni.jumpa lagi.

Tag : IBLIS
0 Komentar untuk "KISAH PENDERHAKAAN IBLIS:Ingkar perintah Allah"

Popular Posts

Back To Top