w a n n u r s y a r i f a h

KISAH MALAIKAT:Malaikat Jibril a.s

Assalamualaikum semua.

BISMILLAH...Seharusnya kita mempercayai kewujudan malaikat Allah yang salah satunya adalah Jibril a.s.Untuk mengenali Jibril a.s haruslah kita kembali melihat dan memahami akan sejarah-sejarah yang melibatkan peristiwa besar dalam sejarah islam.

Antaranya seperti turunnya ayat suci Al-quran,penyampaian wahyu dari Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w,serta juga peristiwa israj & mikraj.

MENGENAI
Malaikat Jibril adalah malaikat yang dipercayai oleh orang-orang Islam
dan agama samawi lain yang bertugas bagi menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul.
Berdasarkan kepada Al-Quran, Malaikat Jibril juga merupakan ketua kepada keseluruhan para
Malaikat. Di dalam kitab Tanakh, Taurat dan Injil, ada juga yang menerangkan bahawa Malaikat
Jibril merupakan ketua kepada kesekalian para Malaikat.

AL-QURAN ADALAH SALAH SATU MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W YANG DITURUNKAN OLEH JIBRIL A.S


Malaikat Jibril yang rapat dengan Rasulullah s.a.w Muhammad.
Malaikat Jibril juga sering disebut dalam hadis dan kisah para nabi memandangkan Jibril sering
turun ke bumi dan berubah menyerupai manusia (lazimnya lelaki) untuk mudah bertemu dengan
para nabi. Antaranya adalah peristiwa ketika Jibril bertanyakan Nabi Muhammad s.a.w. tentang
Iman, Islam dan ihsan serta tanda hari kiamat. Jibril juga pernah mengiringi Nabi Muhammad
s.a.w. dalam Isra' dan Mikraj iaitu perjalanan malam dari Makkah ke Baitul Maqdis lalu naik ke
langit sebelum Nabi Muhammad sendiri menemui Allah di Sidratul Muntaha.

Nama Jibril dalam surah Al-Quran Menurun firman Allah s.w.t

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesiapa memusuhi Jibril maka
sebabnya ialah kerana Jibril itu
menurunkan Al-Quran ke dalam
hatimu dengan izin Allah, yang
mengesahkan kebenaran Kitab-kitab
yang ada dihadapannya (yang
diturunkan sebelumnya), serta
menjadi pertunjuk dan memberi
khabar gembira kepada orang-orang
yang beriman".(Surah Al-Baqarah:97)

Sesiapa memusuhi Allah (dengan
mengingkari segala pertunjuk dan
perintahNya) dan memusuhi Malaikat-
malaikatNya dan Rasul-rasulNya,
khasnya malaikat Jibril dan Mika`il,
(maka ia akan diseksa oleh Allah)
kerana sesungguhnya Allah adalah
musuh bagi orang-orang kafir.(Surah Al-Baqarah:98)

Jika kamu berdua bertaubat kepada
Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka
itulah yang sewajibnya), kerana
sesungguhnya hati kamu berdua telah
cenderong (kepada perkara yang
menyusahkan Nabi) dan jika kamu
berdua bertolong bantu untuk
(melakukan sesuatu yang)
menyusahkannya, (maka yang
demikian itu tidak akan berjaya)
kerana sesungguhnya Allah adalah
Pembelanya dan selain dari itu Jibril
serta orang-orang yang beriman dan
malaikat-malaikat - juga menjadi
penolongnya.
(Surah At-Tahriim:4)

Jelas sekali Jibril amatlah rapat dengan Rasulullah s.a.w di saat Baginda senang mahupun dalam peperangan.Pernah juga Rasulullah s.a.w berberapakali pengsan melihat sahabat-sahabatnya dan tentera islam dalam kesukaran di medan perang,lalu muncullah Jibril a.s. berserta buruj iaitu sebuah kenderaan yang di naiki Jibril untuk membantu tentera islam mencapai kemenangan.Seingat saya,apabila iblis melihat Jibril datang dan membantu tentera islam,maka iblis ketakutan lalu melarikkan diri dari membantu tentera kafir.lalu tentera islam memperolehi kemenangan tersebut.kalau tidak silap saya itulah perang badar.

PENCIPTAAN YANG INDAH
Allah SWT selesai menciptakan Jibril dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula
baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu jaraknya menutupi ufuk antara timur dan barat. Dari
setiap sayapnya, berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni. Dikatakan juga jika seluruh
air sungai dan lautan di bumi dicurahkan ke Jibril, maka tidak akan jatuh walau setitis pun.
Dikatakan Jibril menampakkan bentuk aslinya kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak
2 kali :
1. ketika turunnya wahyu pertama di gua Hira'
2. ketika Isra' dan Mikraj

Sungguhpun demikian,Rasulullah s.a.w Muhammad pernah bersabda bahawa Jibril juga ingin menjadi manusia diatas sebab berikut:
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Jibril a.s. sentiasa mengharap
hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara :-
1. sembahyang lima waktu secara berjemaah
2. duduk bersama para ulamak
3. menziariahi orang sakit
4. menghantar jenazah
5. memberi air minum
6. mendamaikan di antara 2 orang yang bermusuh-musuhan
7. memuliakan jiran dan anak-anak yatim
(Pada masa ini saya teringatkan mengenai dialog antara malaikat dan Allah tentang hasrat Allah ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di dunia)

Insyallah,akan saya kongsikan lagi mengenai Jibril a.s kepada semua dalam artikel akan datang.

Tag : MALAIKAT
1 Komentar untuk "KISAH MALAIKAT:Malaikat Jibril a.s"

Popular Posts

Back To Top