w a n n u r s y a r i f a h

BAHTERA NABI NUH:Iblis naik ke bahtera

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya,
(dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran
kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi
sakitnya".(Surah Nuh:Ayat 1)


dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku!
Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi
ingatan dan amaran yang nyata;(Surah Nuh:Ayat 2)

Berikut adalah sebahagian ayat ayat Al-quran mengenai Firman Allah terhadap Nabi Nuh kepada kaumnya.

Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah kisah berkaitan iblis yang turut menaiki bahtera Nabi Nuh a.s sewaktu banjir besar melanda bumi dan menengelamkan kaum nya yang derhaka kepada Allah.

Turut membantu dalam pembinaan kapal besar Nabi Nuh adalah Jibril sendiri yang memberikan arahan-arahan kepada Nabi Nuh mengenai bentuk bahtera yang akan dibuat. Pada tiap-tiap papannya dinamakan dengan nama-nama Nabi hingga ada empat ribu tiga ratus empat puluh nabi. Tinggi bahtera itu pula adalah seribu gaz, lebarnya empat ratus gaz, tujuh tingkat tingginya, dan pintunya ada seratus buah. sedangkan layarnya berjumlah lima puluh buah.

Al-Quran mengatakan bahawa dia pernah hidup di sekitar kaumnya selama sembilan ratus lima
puluh tahun. Sepanjang masa itu Nabi Nuh telah menyeru mereka pada jalan Allah S.W.T.,
namun hanya sedikit dari mereka yang kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang
sengaja mengingkari agama Allah S.W.T., bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon
kepada Allah S.W.T. agar ditimpakan bencana kepada mereka. Allah S.W.T. mengabulkan
permohonannya.

Bukanlah Nabi Nuh tidak mengingatkan kaumnya,jelas sekali tempoh tersebut cukup lama untuk seseorang beriman dan kembali kepada Allah s.w.t.maka dengan itu Nabi Nuh berdoa agar kaumnya yang derhaka di lenyapkan terus dari muka bumi ini.maka disitu turunnya perintah Allah agar Nabi Nuh membina bahtera besar yang sesuai bagi pengikutnya yang beriman,bahkan haiwan haiwan,tumbuh tumbuhan dapat di muatkan ke dalam bahtera tersebut sebelum turutnya hujan lebat hingga mengakibatkan banjir besar berlaku.


Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka
ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari
akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan
beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat
memberikan pertolongan).(Surah Nuh:Ayat 25)

Dalam banyaknya haiwan yang naik itu,Ada satu binatang yang tidak naik, iaitu Khar. Binatang
ini sebenarnya adalah Iblis. Melihat ia tidak naik,lalu nabi Nuh menyuruhnya untuk naik juga, ia pun bersedia naik ke bahtera.

Juga terdapat kisah kisah lain seperti Tiba waktunya apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Bersama semua pengikutnya dan segenap pasangan makhluk melata lain Nabi Nuh naik ke atas kapal. Hujan mulai turun membasahi bumi.Nabi Nuh memperhatikan satu persatu dari mereka yang hadir di kapal. Tiba-tiba matanya memandang seorang lelaki tua yang tidak dikenalnya.
“Siapa anda?” tanya Nabi Nuh ingin tahu.

“Aku Iblis,” jawabnya.

“Mengapa engkau mahu ikut kami?” tanya Nabi Nuh lagi.

“Aku bukan mahu ikut kapalmu dan ingin selamat bersamamu. Aku hanya ingin mengganggu
hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu asal hati mereka bersamaku,” jawab
Iblis terus terang.

“Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!” kata Nabi Nuh kepada Iblis.
Iblis walaubagaimanapun tidak menjawab apa yang dikatakan Nabi Nuh.

Sebaliknya iblis hanya berkata, “Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang dengannya aku akan boleh menyesatkan umat manusia. Aku akan sebutkan padamu yang tiga, tapi akan menyembunyikan darimu dua daripadanya.”

Dengan itu  Allah s.w.t menurunkan wahyu Nabi Nuh agar tidak usah mendengarkan
yang tiga, tapi dengar saja dua yang daripadanya.

Jawap Nabi Nuh a.s
“Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan itu, tapi sebutkan dua
strategi yang engkau sembunyikan dariku,” jawab Nuh.

Iblis berkata, “Wahai Nuh aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara:

*pertama,dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka.

*kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka.

Kerana dengki maka aku dilaknat oleh Allah dan dijadikannya sebagai syaitan yang terkutuk. Dan kerana serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di syurga sehingga dia dikeluarkan. Dengan dua sifat ini, kami semua dikeluarkan dari syurga.

Begitulah kisah iblis yang menaiki bahtera Nabi Nuh sebagaimana yang terdapat dalam Al-quran.

Jelas sekali tujuan iblis menaiki bahtera Nabi Nuh adalah menyesatkan lagi umat manusia yang tinggal setelah tengelamnya kaum yang derhaka sehingga iblis naik ke bahtera Nabi Nuh sebelum di usir oleh Nabi Allah tersebut.Maka sebelum iblis pergi,sempat juga berlaku perbualan antara iblis dan Nabi Nus.a.s seperti di atas.

Setelah bahtera Nabi Nuh mendarat muncul lagi iblis kali ini menghampirinya. Dengan suara yang amat merdu dia berkata pada Nuh,
“Aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua makhluk yang ada di bumi ini.”

“Terima kasih dari apa?” jawap Nabi Nuh.

“Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dilenyapkaan telah dikabulkan oleh Allah. Dengan cara
itu bererti engkau telah meringankan bebanku,” kata Iblis.

Dan iblis berkata lagi,

“Wahai Nuh, jangan sekali-kali engkau mendengki kerana ia telah menhantarku pada keadaan
seperti ini. Dan jangan sekali-kali engkau serakah kerana ia telah menghantar Adam seperti yang
dialaminya.”

Allah S.W.T. berfirman:

''Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk
menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang
siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu
terhadapnya. Dan Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawas tiap-tiap sesuatu."(Saba 21)

Sekian entry berkaitan iblis insyallah akan saya garapkan lagi mengenainya dalam update akan datang.
ilalillqa jumpa lagi ^_^
Rujukan Surah:SURAH NUH

Tag : IBLIS
0 Komentar untuk "BAHTERA NABI NUH:Iblis naik ke bahtera"

Popular Posts

Back To Top