w a n n u r s y a r i f a h

URAT KAKI BERSIMPUL


URAT KAKI BERSIMPUL

Assalamualaikum.masalah urat kaki bersimpul kerap berlaku pada kaum ibu.hmm,saya pun tidak terkecuali.sekarang dah mula ketara di belakang betis kaki.patut la selama ini saya rasa kurang selesa je.rupa-rupaya urat kaki bersimpul pula.ujian Allah subhana wa taala.kita harus redha dan cuba merawatnya.apa yang di maksudkan dengan URAT KAKI BERSIMPUL ni?

FAKTA MENGENAI URAT KAKI YANG BERSIMPUL

Urat simpul atau urat pintal atau vena varikos adalah urat atau vena yang bersimpul atau
berpintal dan gelembung yang terdapat di bahagian kaki. Ia disebabkan oleh tekanan darah
dalam vena yang bertambah tinggi sehingga menyebabkan darah mendak di kaki dan
menjadikan aliran darah perlahan. Darah yang mendak ini mengandungi aras karbodiksida
dan hasil metabolisme badan yang tinggi dan aras oksigen yang rendah. Ini menyebabkan
pesakit kerap berasa kekejangan otot dan gatal pada bahagian tersebut.
Urat simpul in terjadi pada sistem vena luaran dan ia kelihatan seperti sekumpulan urat
yang membonjol pada paha, kaki atau buku lali. Ia biasa terdapat pada orang yang gemuk
berlebihan, perempuan yang mengandungi atau pekerja yang kerap berdiri terlalu lama.

begitulah penerangn nya.walaupun saya belajar medic,tapi saya bukan pakar urat saraf..hihihi(mesti kena ada pakar khusus untuk di rujuk).

KESAN URAT KAKI BERSIMPUL

Kesan bila dah kena urat bersimpul ni saya memang rasa tekanan juga la.sebab memang menganggu waktu tidur saya.bila terasa lenguh-lenguh kaki(dekat urat bersimpul tu),akan membuatkan saya ketidak selesaan.terpaksa rendah/tinggikan kaki yang mengalami masalah urat bersimpul ni.kalau dah hari-hari begini memang stress tau.

Bukan tu je yang saya alami,kaki merasa lemah,alahai..nak berjalan pun tak larat.berdiri lama sikit tak boleh,memang kaki tak tahan.tu belum bab sakit lagi tu..ujian Allah.URAT KAKI BERSIMPUL ni biasa menyerang/dialami kaum ibu(selepas bersalin).tapi masalah urat kaki bersimpul ni hanya bersifat sementara dan akan pulih selepas itu.

STRESS URAT KAKI BERSIMPUL

Pendek kata,urat kaki bersimpul membuatkan saya mengalami 1001 stress.hehe dasyat betul.mana tak nye,orang lain tidur lena,kita asyik terganggu dengan urat kaki bersimpul ni.nanti kalau saya cerita pasal tu tak jumpa pula penamat kisahnya.

Jadi kalau nak baca mengenai urat kaki bersimpul ni,cuba baca dalam blog yang saya sediakan link tu.nanti boleh la cubaa tanya orang kat rep.checz tu.nah ni blog doktor hemsem tu huhu www.blog.kesihatanonline.com . Sekian jumpa lagi.

0 Komentar untuk "URAT KAKI BERSIMPUL"

Popular Posts

Back To Top