w a n n u r s y a r i f a h

NAMA-NAMA PERIWAYAT HADIST RASULULLAH S.A.W:Tenangkan Minda




Assalamualaikum
Sebelum ke artikel seterusnya,anda merasa tenangkan tak melihat foto² di atas ? Harap merasa tenang dan dalam keadaan minda yang cerdas.minda yang cerdas mampu menjadikan kita menelaah ilmu yang di pelajari.Seperti Sahabat² Nabi yang mampu menghafal hadist² Rasulullah s.a.w dengan banyaknya.

Sahabat Periwayat Hadits Terbanyak
Tahukah anda nama-nama sahabat Nabi saw
yang paling banyak meriwayatkan hadis? Dan tahukah anda berapa
jumlah hadis yang telah mereka riwayatkan?
Asy-Syaikh Muhammad bin Saleh Al-Utsaimin rahimahullah berkata
dalam Al-Muntaqa min Fara `id Al-Fawa` id hal. 157-158:
Para sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis:
1. Abu Hurairah ra, beliau meriwayatkan 5374 hadis.
2. Aisyah ra, beliau meriwayatkan 2210 hadis.
3. Anas bin Malik radhiallahu anhu, beliau meriwayatkan 2286 hadis.
4. Abdullah bin Abbas radhiallahu anhuma, beliau meriwayatkan 6160
hadis [1].
5. Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma, beliau meriwayatkan 2630
hadis.
6. Jabir bin Abdillah radhiallahu anhuma, beliau meriwayatkan 1540
hadis.
7. Abu Said Al-Khudri radhiallahu anhu, beliau meriwayatkan 1170
hadis.
8. Abdullah bin Mas'ud, beliau meriwayatkan 848
hadis.
9. Abdullah bin Amr bin Al-Ash radhiallahu anhuma, beliau meriwayatkan
700 hadis.
Dengan ini nampak perbezaan yang ketara antara jumlah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah dengan Abdullah bin Amr radhiallahu
anhum.
Adapun ucapan Abu Hurairah:
ما كان أحد من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم أكثر حديثا مني. إلا ما كان
من عبد الله بن عمرو, فإنه كان يكتب ولا أكتب
"Tidak ada seorang pun dari sahabat Rasulullah shallallahu alaihi
wasallam yang lebih banyak haditsnya daripada saya. Kecuali Abdullah
bin Amr, karena dia menulis haditsnya sementara saya tidak
menulisnya. "
Maka jawapannya adalah bahawa pengecualian dalam kalimat di atas
sifatnya munqathi '(tidak berkaitan dengan kalimat sebelumnya,
pent.). Maksudnya: Pengecualiannya kembali kepada kalimat setelahnya,
iaitu bahawa Abdullah bin Amr menulis sementara Abu Hurairah tidak
menulis.
Atau dikatakan: Kerana Abu Hurairah menetap di Madinah dan banyak
orang yang mendatangi Madinah untuk mencari hadis, sehingga hadis
yang diambil dari Abu Hurairah lebih banyak daripada hadis yang
diambil dari Abdullah bin Amr. Kerana Abdullah bin Amr lama menetap di
Mesir dan daerah Tha `if, sementara perjalanan mencari hadis ke daerah
tersebut lebih sedikit berbanding perjalanan mencari hadis menuju
Madinah.Oleh kerana periwayatan dari Abdullah bin Amr sedikit, wallahu
A'lam.
[1] Demikian yang tertulis, dan mungkin yang benarnya adalah 1.660
hadis, wallahu a'lam (pent.)

Tag : ISLAM
0 Komentar untuk "NAMA-NAMA PERIWAYAT HADIST RASULULLAH S.A.W:Tenangkan Minda"

Popular Posts

Back To Top