w a n n u r s y a r i f a h

HUKUM MEMBERI UCAPAN KRISMAS


DOODLE YANG SAYA EDIT

Assalamualaikum
Fatwa bagi hukum mengucap selamat hari krismat kepada orang bukan islam adalah seperti dibawah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam
Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah
telah memutuskan bahawa:
1) Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan
orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam
atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
2) Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar
kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka
ia dibenarkan oleh Islam.
3) Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat
telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang
bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu
tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang
simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Tag : ISLAM
3 Komentar untuk "HUKUM MEMBERI UCAPAN KRISMAS"

Popular Posts

Back To Top