w a n n u r s y a r i f a h

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH SIRI IV ( AKHIR )

Strategik peperangan SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH SIRI IV ( AKHIR )

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72
buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan
Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke
perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare
strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya
membedil dinding pertahanan belakang kota.

Strategik peperangan SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH SIRI IV ( AKHIR )

MERIAM

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah.
Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya
dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis
Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan
cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan
ramai yang syahid.. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam
diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa
bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda
berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan
Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil
30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera
Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian
tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil
melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya
kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya
Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud
syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana
kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi
imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,
“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau
sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara
mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah
meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah
meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk,
kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu,
Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh .. Inilah dia anak didikan Syeikh
Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw
di dalam Hadisnya itu.

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH SIRI IV ( AKHIR )

MAKAM SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
Al-fatihah...

sekian entry.t.kaseh melawat
0 Komentar untuk "SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH SIRI IV ( AKHIR )"

Popular Posts

Back To Top