w a n n u r s y a r i f a h

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH SIRI III





PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap
malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab
kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya
tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh
menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah,
lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling
sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang
telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang
melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan
Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar
semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople,
Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat
150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir
memecah kesunyian alam.


MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin
meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19
April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah
dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding
kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan
menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.





BANTUAN DARI POPE VATICAN
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera.



RANTAI BESI



Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada
Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
rantai merentangi teluk horn.


Bersambung ke siri IV
0 Komentar untuk "SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH SIRI III"

Popular Posts

Back To Top