w a n n u r s y a r i f a h

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH SIRI II





PAHLAWAN ISLAM SEBENAR


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan
jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik
tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan
semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari
Turki untuk dikongsikan.

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan
yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua
kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan
Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan
Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi
saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota
Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di
situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik
raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.
Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al
Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya
sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria).
Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun
sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi.
Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan
Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 –
1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang
memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout.
Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan,
gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-
Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,
memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang
fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan
mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia
12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang
menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri .. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari,
Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan
menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan
rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka
tentang permasalahan negara


Bersambung ke siri III
0 Komentar untuk "SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH SIRI II"

Popular Posts

Back To Top