w a n n u r s y a r i f a h

STEM SEL


Assalamualaikum.seperti tajuk di atas,saya akan memulakan pengenalan entry mengenai stem sel dengan cerita mengenai rusa.

Tahukah anda bahawa Rusa merupakan haiwan mamalia satu-satunya yang tidak mempunyai
hempedu? (Perlu kita ketahui bahawa hempedu berfungsi untuk meneutralkan racun yamg masuk
kedalam tubuh).

Jadi rusa mempunyai cara yang unik agar tidak ada racun yang masuk kedalam
tubuhnya. Dalam hal ini ekor rusalah yang berfungsi untuk mengesan apakah makanan yang
akan dimakan mengandung racun atau tidak. Dengan demikian dapat disimpulkan
bahawa seluruh tubuh rusa bebas dari racun. Inilah sebab mengapa hampir seluruh bahagian
tubuh rusa terbukti sangat berkhasiat.

Rusa juga merupakan satu-satunya mamalia yang boleh menjana semula organ yang hilang,
Terbukti bahawa tanduk rusa yang dipotong akan tumbuh kembali, sementara tanduk kambing
yang terpotong tidak akan tumbuh kembali.wah sangat hebat bukan?

PROSES STEM SEL
Sel stem darah ialah sel induk darah yang boleh menghasilkan pelbagai jenis komponen darah seperti sel darah merah (membawa oksigen dalam darah), sel darah putih (melawan jangkitankuman) dan platelet (agen pembekuan darah).

pada entry akan datang saya akan update mengenai bagaimana proses stem sel darah berlaku.stem sel ni luas bidang dia,ada terdapat bermacam jenis stem sel seperti tisu,organ dan darah.dan menerusi stem sel juga sel baru di bentuk.tanpa sel stem,badan mungkin mengalami penyakit seperti anemia,leukemia dan lain lain lagi.kita tahu bahawa anemia faktornya kurangsel darah merah.jadi kurangnya penghasilan sel baru maka sel lama tidak dapat di ganti semula.dan ini amat memudaratkan kesihatan.

Selain darah,pemdermaan tali pusat bayi juga dapat menghasilkan sel darah merah yang baru.untuk mengetahuinya,tunggu saya buat entry baru.Semasa hamil, nutrien dan oksigen dipindahkan kepada bayi melalui perantaraan tali pusat.

Tali pusat ini amat penting untuk menjamin kesihatan bayi. Selepas bersalin, ia tidak lagi diperlukan dan seringkali dibuang. Darah yang tinggal di dalam tali pusat sebenarnya amatberharga dan dapat menyelamatkan pesakit yang memerlukan.Darah tali pusat kaya dengan sel stem darah hemopoeitik yang merupakan sel awal dalam sistem darah.

Darah tali pusat adalah istimewa kerana berpotensi untuk membentuk pelbagai komponen darah dan sistem imun badan.Pengambilan darah tali pusat dilakukan serta merta selepas proses kelahiran selesai dan tidak mengganggu proses bersalin.jadi kesimpulannya adalah setiap ciptaan Allah adalah banyak manfaatnya tanpa kita sedari.untuk derma tali pusat bayi yang baru lahir,anda boleh merujuk doktor terlebih dahulu.atau boleh merujuk ke PUSAT DARAH NEGARA

Sekian entry buat masa ini.ilalliqa(jumpa lagi) : )
0 Komentar untuk "STEM SEL"

Popular Posts

Back To Top