w a n n u r s y a r i f a h

ROKOK TIDAK SAH

DI BAWAKAN OLEH CHURPCHURP KLIK SINI


Penggunaan rokok seludup dari pasaran gelap di
negara ini amat membimbangkan. Jenama Canyon,
John, Luffman, dan lain-lain menjadi pilihan
perokok tegar di negara ini. Sebagaimana yang
kita tahu, rokok membahayakan kesihatan tetapi
rokok yang diseludupkan itu lebih bahaya
daripada rokok-rokok biasa yang dijual secara
terbuka di pasaran.
Pindaan akta kastam 1967 mungkin akan
dipertimbangkan bagi mengenakan hukuman
penjara mandatori atas kesalahan menyeludup dan
penjualan rokok seludup. Tahukah anda bahawa
undang-undang menyatakan bahawa membeli
rokok seludup boleh menyebabkan anda
mempunyai rekod jenayah kerana ia menyalahi
undang undang dan anda boleh di penjara selama
2 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya
sekali???
Rokok tidak sah ini adalah sebahagian daripada
sindiket terancang di Malaysia. Mereka mengaut
keuntungan yang besar atas penyeludupan rokok
ini. Dengan keuntungan ini pula, mereka dapat
melakukan jenayah lain yang lebih serius. Rokok
tidak sah memang murah, tapi memang
mengundang parah.
Rokok murah tidak sah seperti John, Canyon,
Luffman, dan lain-lain adalah diseludup oleh
sindiket jenayah. Berhentilah menyokong
penjenayah. Hubungi Jabatan Kastam di 1800
888855 untuk melaporkan penyeludupan rokok.


Tag : CHURPCHURP
2 Komentar untuk "ROKOK TIDAK SAH"

jauhi rokok..sayangi nyawa anda..he..he tagline for the day...

Popular Posts

Back To Top