w a n n u r s y a r i f a h

MASALAH HUTANG



Assalamualaikum.masalah hutang kerap menjadi beban kepada individu dan masyarakat serta menjadi bebanan besar dalam keluarga.saya melihat ianya semakin menjadi trend terkini masyarakat untuk berhutang.

Mulai hari ini eloklah kita mengehadkan semua hutang-hutang kita dan menjana semula lebihan pendapatan seperti awal kita bebas hutang dulu.salah satunya adalah mengelak hutang baru.seharusnya kita perlu berjimat cermat dan mempunyai kadar simpanan yang mencukupi.

Kejadian bencana alam di filipina mengingatkan kita untuk bersedia sebarang kemungkinan bahawa perlunya simpanan untuk menghadapi situasi kecemasan.adakah simpanan makanan,kewangan,dan lain-lain lagi mengcukupi?

Sebab itulah kita harus secepat mungkin keluar dari masalah hutang ini supaya kita mempunyai lebihan untuk simpanan kita sendiri atau membantu orang lain.saya cadangkan kita menyimpan dalam bentuk dinar emas sedikit demi sedikit.caranya adalah anda mengumpul wang untuk beli 1 dinar emas.sebab hanya emas sahaja yang akan kekal bernilai di masa akan datang.penggunaan emas juga bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w .

Hidup kita tidak bermakna memiliki rumah banglo dan kereta besar andai mati dalam keadaan berhutang.(hutang kalau rm1 boleh lagi ada orang bayarkan.kalau hutang ribu-ribu atau juta-juta tu?)

Hidup bersederhana adalah lebih baik.keseimbagan dunia-akhirat juga penting.lebihkan dunia akan menyebabkan anda harus berkerja keras di akhirat.(apa yang anda hutang di dunia wajib lah anda bayar di akhirat termasuklah hutang dosa mengumpat/bergosip/fitnah dan segala macam jenis hutang maksiat anda tu.kalau anda hutang satu dinar,maka bayarlah anda satu dinar juga.kalau anda hutang hudud,qisas atau lain-lain yang anda lakukan di dunia tetapi terlepas pelaksaan jatuh hukumnya,maka tempat sesuai untuk anda adalah akhirat.jangan risau,kalau manusia tidak melaksanakannya,Allah s.w.t mempunyai pelaksana yang setia dan amanah di akhirat kelak.walaubagaimanapun,Allah s.w.t Maha penyantun.kita harus berdoa kepadaNYA supaya bebas hutang di dunia dan akhirat).

Bila sebut hutang,ramai yang fikir pasal duit kan.baiklah,sekian entry saya semperna hari jumaat minggu ini.jumla lagi nanti.

P/s-pemenang blog review november akan dipaparkan bermula bulan disember 2013.siapa eah?hihihi rahsia ...tunggu keputusan keluar ye ^_^
src="http://busuk.org/banner.jpg">


0 Komentar untuk "MASALAH HUTANG"

Popular Posts

Back To Top