w a n n u r s y a r i f a h

KAJIAN URINE


Assalamualaikum semua.dah lama saya tak buat entrykan,bukan apa,saya sibuk sikit berkerja.kerja apa?sibuk sangat ke sampai blog tak di kemaskini?

Hihi,tak mo mara,saya sibuk sebab membuat kajian mengenai penyakit-penyakit yang popular di dunia kini.pada mulanya saya ingin membuat entry mengenai parasitologi(ada kena mengena dengan kes denggi yang meningkat mengikut laporan kkm)so kes itu biarlah pakar yang menguruskannya.saya sekarang ni fokus kepada bidang kegemaran saya iaitu hematologi.tapi,saya masih belum ada apa-apa untuk di kongsikan mengenai haematologi buat masa ini,sebab saya belum selesai mengkaji sel stem.

Merujuk pada foto di atas,maka saya meminjam ilmu dari seorang yang arif mengenai buah pingang.mari membaca apa yang saya kongsikan ini.

Setiap hari, apabila anda bangun dari tidur pasti anda akan membuang air kencing. Apakah
anda perhatikan urine anda tersebut? Tahukah anda bahawa urine yang anda buang setiap
hari itu boleh dijadikan pengesan untuk mengetahui apakah anda mempunyai atau berisiko
untuk mempunyai penyakit buah pinggang.

Bagaimana urine anda dihasilkan?
Pundi kencing manusia selalunya menyimpan lebih kurang 350ml urine. Sungguhpun
begitu, pundi kencing lelaki biasanya dapat menyimpan air kencing melebihi perempuan.
Air kencing dihasilkan melalui urea, yang mana merupakan sisa kumuhan badan yang
terbentuk semasa pemecahan protein di dalam badan.

Buah pinggang akan menapisnya keluar dan dilepaskan bersama dengan air yang
berlebihan di dalam badan ke pundi kencing untuk disingkirkan. Sisa kumuhan yang lain
yang dihasilkan atau digunakan oleh badan yang melalui buah pinggang juga akan
dikeluarkan daripada badan melalui laluan yang sama.

Kebiasaannya urine dihasilkan daripada 95% air dan 5% bahan pejal yang terlarut atau
tersekat, termasuklah urea, sodium, klorida dan ion potassium.
Berapakah pengeluaran urine yang normal?

Pengeluaran air kencing anda setiap hari merupakan petunjuk tahap kesihatan terkini anda.
Pengeluaran air kencing yang terlalu banyak atau terlalu kurang boleh menjadi petanda
samada minum terlalu banyak atau terlalu sedikit air, atau boleh jadi merupakan simtom
permulaan sesuatu penyakit.
Menurut laman web Med Line Plus, pengeluaran air kencing normal bagi tubuh yang sihat
adalah 2 liter sehari.

Kurang pengeluaran urine.
Kurang pengeluaran urine iaitu kurang dari 500ml dalam masa 24 jam. Kurang pengeluaran
urine boleh jadi disebabkan oleh dehidrasi akibat demam, cirit-birit, muntah atau
pengambilan air yang tidak mencukupi.

Penyebab yang lain termasuk jangkitan yang teruk, penggunaan ubatan seperti diuretik
atau keadaan yang disebabkan oleh penyumbatan sepenuhnya salur kencing seperti
pembengkakan prostat.

Terlalu banyak pengeluaran urine.
Pengeluaran urine dalam sehari ialah melebihi 2.5 liter. Pengeluaran urine yang terlalu
banyak juga dikenali sebagai poliuria. Simtom poliuria adalah kekerapan membuang air
kencing pada waktu malam.

Minum air dengan banyak, pengambilan ubatan seperti diuretik dan permulaan kencing
manis boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran urine . Ujian perubatan seperti ujian
imaging yang menggunakan suntikan dye khas ke dalam vena, boleh meningkatkan
pengeluaran air kencing selepas tempoh 24 jam.

Urinalisis dan penyakit buah pinggang.
Urinalisis : Ianya adalah ujian yang menyemak contoh urine anda untuk mengenalpasti
amaun protein, darah (sel darah merah dan sel darah putih), dan juga bahan yang lain.
Protein, sel darah merah dan sel darah putih secara normalnya tidak akan ditemui di dalam
urine .

Oleh itu, kehadiran bahan-bahan ini di dalam urine dalam amaun yang banyak
menunjukkan anda mengidap penyakit buah pinggang.

Kehadiran protein di dalam air kencing merupakan tanda terawal penyakit buah pinggang,
terutamanya bagi mereka yang mengidap penyakit kencing manis. Beberapa ujian boleh
dilakukan untuk menentukan kehadiran protein di dalam air kencing.
Salah satu ujian tersebut dikenali sebagai kadar protein ke kreatinin. Ini merupakan kaedah
yang paling tepat untuk mengukur kandungan protein di dalam urine . Bacaan yang melebihi
200mg/gm adalah terlampau tinggi.

Satu lagi ujian yang dikenali sebagai kadar albumin ke kreatinin. Ujian ini adalah baik bagi
mereka yang berisiko tinggi mendapat penyakit buah pinggang. Individu yang mengidap
penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi atau sejarah keluarga yang menghidapi
kencing manis, tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang.

Bacaan kurang dari 30mg/gm dalam sehari adalah normal bagi kadar albumin ke kreatinin,
bacaan 30mg/gm atau lebih dalam sehari adalah tinggi dan mungkin menunjukkan petanda
awal penyakit buah pinggang.

Dengan melakukan salah satu dari ujian di atas anda tidak perlu lagi melakukan ujian
simpanan urine dalam masa 24 jam yang mana sukar untuk dikumpulkan.


Anda yang ingin mengetahui penyakit buah pingang bolehla ke laman ini LAMAN ENTRY PENYAKIT BUAH PINGANG

Seterusnya saya mmenyarankan anda mendapatkan nasihat doktor untuk status kesihatan anda.

Tag : KAJIAN URINE
2 Komentar untuk "KAJIAN URINE"

Popular Posts

Back To Top