w a n n u r s y a r i f a h

DERMA DARAH

,

Assalamualaikum semua.siapa pernah mendermakan darah dya ? Baiklah.entry kali nim saie ceritakan pengalaman saie yang sudah 4 kali menderma darah di pusat pusat negara.mungkin ramai yang nak menderma darah tapi mungkin rasa takut dan sebagai nya.hmm buat apa nak takut..bagi saie kan,setiap kali saie terasa sakit( itu pun kalau sakit la.tapi selalunya tak rasa pun ) saie akan mengingati para mujahidin dan mujahadah islam yang berjuang seperti d syria.

Sakit sewaku di cucuk jarum sikit saja berbanding keperitan mereka di syria.maksudnya,sakit itu akan mengingatkan saie tentang perlunya untuk membantu mereka yang dalam serba kekurangan dan kesusahan.darah yang di dermakan akan di ganti oleh badan kita.

FAKTA DARAH;
anda harus tahu,bahawa melalui proses normal,setiap sel darah akan mati bila menjangkau 120 hari.selepas tempoh itu,sel darah akan di ganti dengan yang baru.jadi disini,anda harus faham bahawa setiap hari ada sel darah kita akan mati,dan setiap hari juga sel darah kita diganti dengan yang baru.maksudnya,sel darah kita ada berjuta juta sel,setiap satu sel usianya hanya 120 atau lebih kurang 3 bulan.sebab itu mereka yang sudah memderma( whole)darah,hanya boleh memderma semula selepas 3 bulan.saie harap awok semua faham la ye.kalau tak faham boleh dapat kan nasihat doktor atau pakar haematologi.HAEM (maksudnya darah) TOLOGI (membawa maksud kajian).


Saie tahu ramai ingin menderma darah.tapi belum tahu akan kriteria nya.
Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma
darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah.

Di antara kriteria yang
ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap
kesihatan badan.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
*Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
*Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
*Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
*Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
*Mengambil dadah secara suntikan
*Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
*Tidak mengandung.
*Tidak datang haid.
*Tidak menyusukan anak.
11.Jangan menderma darah jika anda:
*Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun
1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh membaca FAQ di laman ini PUSAT DARAH NEGARA .saie dah memderma ke? Ouh..saie harus menunggu selama 3 bulan lagi mulai hari ini hihihi..anda yang ingin memderma tu selamat memderma ye..petua saie bagi yang takut jarum adalah,INGATILAH SAUDARA KITA DI SYRIA MAHUPUN DI MANA SAJA MEREKA BERJUANG,TUGAS MEREKA LEBIH PERIT BERBANDING JARUM HALUS TU.

Sekian entry saie ma'as salama ^_^

Tag : DERMA DARAH
10 Komentar untuk "DERMA DARAH"

saya dah derma darah, taklah sakit mana.sedar2x dah siap..hehe

alhamdulilah.semoga di kurniakan kesihatan yg baek k.ye derma darah nim memang tak sakit pun.nampak mcm sakit jew kan

alhamdulilah.semoga di kurniakan kesihatan yg baek k.ye derma darah nim memang tak sakit pun.nampak mcm sakit jew kan

alhamdulilah.semoga di kurniakan kesihatan yg baek k.ye derma darah nim memang tak sakit pun.nampak mcm sakit jew kan

ye..derma darah memang baik n bagus.badan jadi segar serta ringan.berkat memderma agaknya

Alhamdulillah kalau ramai macam Alin kan bagus...nway kita pernah sekali aje..itupun boleh tahan sakitnya..kita ni memang penakut sebenarnya..

Tak pernah derma darah lagi insyallah akan ambil peluang utk menderma...

hihi..selamat menderma darah ye..nt badan makin sihat

sekali pown tetap dikira menderma cik rauzah..tahniah kerana turut membantu n menyumbang jasa :-)

Popular Posts

Back To Top