w a n n u r s y a r i f a h

UNIVERSITI AL-AZHAR DI MALAYSIA



Assalamualaikum.

Sebuah universiti dari mesir akan membuka cawangannya di nilai negeri sembilan malaysia.
Universiti Al-Azhar bersetuju membuka kampus cawangan sementara di Nilai,
Negeri Sembilan dengan pengambilan 300 pelajar September tahun depan, kata Menteri
Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Kampus sebenar bagi cawangan pertama Universiti Al-Azhar di luar Mesir ialah di Rembau,
Negeri Sembilan yang akan mempunyai kapasiti pengambilan seramai 10,000 pelajar untuk
jurusan Usuluddin, Shariah dan Bahasa Arab.


INILAH UNIVERSITI AL AZHAR DI MESIR

Pembukaan kampus itu akan memberi ruang kepada pelajar Muslim di Asia Tenggara dan
Asia keseluruhannya untuk mengikuti pengajian Universiti Al-Azhar di cawangan di
Malaysia, katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Kaherah bersama 277 pelajar Malaysia
di sini hari ini.
"Kampus ini (dan kampus cawangan Tuanku Muhriz di Rembau) merupakan alternatif
kepada pelajar tanpa perlu pergi ke Mesir dan ia mencerminkan bahawa pihak Universiti
Al-Azhar percaya kepada Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam dan mampu
melaksanakan tugas tersebut dengan baik dan sempurna," katanya.
Idris berkata pembukaan kampus cawangan Al-Azhar ini bukan kerana susulan pergolakan
yang berlaku di Mesir kini tetapi seperti yang telah dirancang sebelum ini.
"Banyak negara sebenarnya yang ingin membuka kampus Universiti Al-Azhar di negara
mereka namun kepercayaan tersebut diberi kepada negara ini bersandarkan kemajuan
Islam di Malaysia serta kepimpinan kita yang sederhana dan mengamalkan konsep
wasatiyyah," katanya.
Idris turut memaklumkan peperiksaan ulangan, penangguhan pengajian dan program
pemindahan kredit akan dilaksanakan bagi pelajar Malaysia yang dibawa pulang ekoran
konflik di Mesir.
"Peperiksaan ulangan bagi 1,200 pelajar dalam pelbagai bidang akan diadakan di Universiti
Putra Malaysia, Serdang pada awal September," katanya.
"Usaha juga sedang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk memastikan
sesetengah kursus boleh dijalankan di Malaysia dalam masa sebulan dua ini untuk
memastikan mereka tidak ketinggalan.
"...perincian akan ditetapkan selepas perbincangan dengan Ketua Setiausaha II Kementerian
Pendidikan Datuk Seri Dr Zaini Ujang minggu ini," katanya.
Ditanya mengenai status dua orang pelajar yang melanggar perintah berkurung di Mesir
dan kini dalam tahanan, Idris berkata pegawai kementerian telah mengenal pasti pelajar
terbabit dan mereka akan dibebaskan tidak lama lagi.


PERMANDANGAN AL AZHAR WAKTU MALAM

syukran.alhamdulilah.tak lama lagi akan ada universiti al azhar di malaysia.sape eh agaknye yg dapat intake pertame?klu nk aply sila blajar rajin2.kena hafal 30 juz ayat al quran tw klu nk masuk al azhar..

Sekian berita. ^_^

Tag : BERITA BLOG
0 Komentar untuk "UNIVERSITI AL-AZHAR DI MALAYSIA"

Popular Posts

Back To Top