w a n n u r s y a r i f a h

UJIAN KEHAMILAN


assalamualaikum..
PERLUKAH PEMERIKSAAN ULTRASOUND UNTUK MENDIAGNOSA KEHAMILAN


“Doktor, saya telah melakukan ujian UPT dan saya disahkan hamil. Doktor di klinik telah memeriksa
dan mengesahkan umur kehamilan saya 14 minggu. Perlukah saya melakukan pemeriksaan
ultrasound untuk mengesahkan kehamilan saya?”
Wa alaikum mus salam.
Saya mengucapkan tahniah pada puan kerana puan telah disahkan hamil dengan ujian UPT.
Selalunya pemeriksaan UPT hampier pasti puan telah pun hamil. Ada beberapa kes di mana ujian
UPT positif tetapi wanita itu tidak hamil. Ini disebabkan oleh kesilapan teknikal, tetapi ia jarang
berlaku.
Ujian Urine pregnancy Test atau UPT dilakukan untuk menguji kehadiran kadar hormon HCG
(Human Chorionic Gonadotropin) yang dikeluarkan dari uri dalam rahem wanita yang hamil di
dalam air kencing.
Hormon HCG ini meningkat secara perlahan-lahan sejak lebih kurang sebulan setelah proses
persenyawaan berlaku. Semakin bertambah usia kehamilan seseorang, semakin tinggi paras
hormone ini yang dapat dikesan.
Peningkatan hormon HCG ini tidaklah sama bagi setiap wanita. Ada wanita yang meningkat dengan
cepat atau yang agak perlahan.
Namun pada umumnya, hormon ini dapat dikesan melalui air kencing selepas 2 minggu seorang
wanita tidak kedatangan haid pada hari sepatutnya.
Hormon HCG juga dapat diperiksa melalui ujian darah dan ujian ini dapat dilakukan dengan lebih
awal. Pada hari seorang wanita itu sepatutnya datang haid tetapi tidak dating, pemeriksaan darah
untuk hormone HCG bagi pengesahan kehamilan dapat dilakukan.
Walau bagaimana pun pemeriksaan ultrasound adalah antara ujian yang terbaik untuk mendiagnosa
kehamilan puan. Lebih-lebih lagi jika digabungkan bersama dengan pemeriksaan airkencing atau
darah untuk hormone HCG.
Pemeriksaan ultrasound akan dapat mengesan degupan jantung janin pada minggu ke 12.
Selain itu pemeriksaan ultrasound juga membantu doctor menentukan usia kehamilan dan posisi
janin. Jika bernasib baik, doctor dapat menentukan jantina bayi dan apakah bayi kembar.
Pemeriksaan mengesan posisi uri dapat dikesan dengan baik apabila telah mencapai usia
kehamilan 20 minggu.
Jadi saya amat menggalakkan puan melakukan ujian ultrasound bagi mengesahkan kehamilan puan
di samping mendapat maklumat mengenai kehamilan puan, seperti yang saya sebutkan tadi.
Wallahu a’lam.

Tag : PERUBATAN
0 Komentar untuk "UJIAN KEHAMILAN"

Popular Posts

Back To Top