w a n n u r s y a r i f a h

UJIAN ANTI-HUMAN GLOBULIN ( Ujian Coomb ).

Ujian Anti-Human Globulin ( Ujian Coomb ).
OBJEKTIF :
Ujian ini dijalankan untuk mengesan anemia hemolitik imun.
TEORI :
Ujian Anti-Human Globulin ( AHG ) adalah sejenis kaedah yang biasa digunakan
untuk mengesan anemia hemolitik imun dalam makmal hematologi. Bahan uji AHG
adalah sejenis antibodi yang mempunyai aktiviti mengesan immunoglobulin manusia.
Sekiranya SDM di sensitisasikan oleh immunoglobulin atau komplemen seperti yang
berlaku dalam kes Anemia Hemolotik Autoimun ( AIHA ), antisera AHG yang
dicampurkan ke dalam ujian akan menyebabkan agglutinasi secara in-vintro.
PRINSIP :
Sera AHG disediakan dengan menyutik globulin manusia ke dalam arnab. Ia
digunakan untuk mengesan tindakbalas Ag-Ab yang tidak memberikan reaksi
( agglutinasi ) yang jelas. Ab mempunyai kemampuan untuk mensensitisasikan SDM
untuk menghasilkan agglutinasi.
REAGEN / PERALATAN
a ) Bahan Kimia
i. Bahan uji ahg ’ Broad – sectrum ’ atau monospesifik.
ii. 0.85% saline
iii. AHG ( Coomb’s ) control cell
b ) Bahan biologi / spesimen
· Darah vena dalam antibekuan EDTA
c ) Alat radas
· Pipet
· Tabung uji
d ) Peralatan
· Spektrofometer
· Pengempar
PROSEDUR :
v Satu bahagian ampaian 3% sel pesakit dimasuk ke dalam dua tabung uji berlabel
UJIAN dan KONTROL NEGATIF.
v Sel dibasuh sebanyak 4 kali dengan saline. Keseluruhan saline ( supernatan )
dibuang dari setiap basuhan,
v 2 titik antisera AHG dimasuk ke dalam tabung uji dan 2 titik bonine albulmin ke
dalam tabung uji KONTROL NEGATIF.
v Campuran disebati dan diempar pada kelajuan yang perlahan selama 15-20 saat.
v Pemeriksaan makroskopik dan mikroskopik diperhati.
KEPUTUSN :
AHG BOVINE ALBUMIN
PERBINCANGAN :
Ujian ini dijalankan bertujuan untuk mengesan anemia hemolitik imun. Bahan uji
AHG adalah sejenis antibodi yang mempunyai aktiviti mengesan immunoglobulin
manusia.
Sera AHG digunakan untuk mengesan tindakbalas antigen-antigen yang tidak
memberikan reaksi yang jelas. Ab mempunyai kemampuan untuk mensensitisasikan
SDM untuk menghasilkan agglutinasi.
Antara keputusan yang mugkin diperolehi ialah positif palsu dan negatif
palsu.Faktor-faktor yang menyebabakan keputusan positif palsu ialah AHG yang
digunakan tercemar oleh bakteria, SDM tercemar, asid salisilik dari radfes kaca,
saline tidak mempunyai kepekatan yang betul, dan spesimen darah yang mempunyai
retik tinggi kerana retik mengandungi trasferin yang bertindak dengan antitrasferin
yang berada dalam AHG.
Faktor-faktor yang menyebabkan keputusan negatif palsu ialah AHG yang tidak
sesuai, AHG yang tercemar oleh kuman bakteria, tidak masukkan AHG dalam ujian,
tidak menbasuh SDM dengan sempurna, dan masa pengeraman tidak tepat pada 37°C
yang menyebabkan proses sensitisasi tidak sempurna. Keputusan yang diperolehi pada akhir eksperimen ialah positif, dimana bentuk
yang terhasil adalah bulat dan mempunyai ruang. Selain itu, sel yang kelihatan
adalah bergabung di ant ara satu sama lain. Sel darah yang kelihatan adalah berwarna
biru dan terdapat sebahagian sel-sel darah yang hemolisis.
KESIMPULAN :
Keputusan yang diperolehi adalah tepat, dan sel-sel darah dapat dilihat dengan
jelas melalui mikroskop.
SOALAN :
1. Nyatakan perbezaan antara ujian anti-human globulin langsung dengan tidak
langsung ?
IAT DAT
· Menggunakan sampel serum
· Berfungsi untuk mengesan Ab
bebas dalam serum
· Melibatkan reagen sel darah merah di
mana SDM dapat mengesan Ab dalam
serum.
· Menggunakan sampel SDM
· Mengesan Ab yang melekat dengan Ag di
permukaan SDM.
· Tiada reagen sel darah merah yang
digunakan.
1. Nyatakan aplikasi ujian AHG ( DAT adn IAT ) ?
IAT DAT
· Ujian keserasian
· Ujian penyaringan Ab
· Ujian identifikasi Ab
( kes HDN, AIHA)
· Ujian D
· Ujian penyaringan Ab
· Digunakan untuk penyiasatan kes
( HDN, AIHA )
FACEBOOK PAGE
0 Komentar untuk "UJIAN ANTI-HUMAN GLOBULIN ( Ujian Coomb )."

Popular Posts

Back To Top