w a n n u r s y a r i f a h

SYIAH ADALAH KAFIR


SIRI 5
PEMBUNUH SEBENAR SAIDINA HUSSAIN
Terdapat dua versi riwayat kisah pembunuhan Saidina Husain di Karbala yang berlaku pada 10
Muharram 61H;
Versi Pertama
Ubaidillah bin Ziyad, gabenor Kufah dikatakan amat membenci Saidina Husain telah bertindak
berlebihan dari arahan sebenar Yazid lalu menyerang Saidina Hussain dan rombongannya di
Karbala. Tindakan Ubaidillah bin Ziyad bertujuan untuk menunjukkan kehebatannya kepada
khalifah. Tindakan penduduk Kufah yang sanggup untuk berkorban jiwa dan raga untuk
mengangkat Saidina Husain telah melarikan diri apabila melihat kemaraan tentera Ubaidillah
bin Ziyad.
Maka terpaksalah Saidina Hussain dan rombongannya yang hanya berjumlah sekitar 70 orang
berhadapan dengan tentera Ubaidillah yang jauh lebih besar jumlahnya dari mereka.
Sampai akhirnya, terbunuhlah Saidina Husain r.a sebagai orang yang dizalimi dan sebagai
syahid di tangan kerakusan Ubaidillah. Kepala Saidina Ali dipenggal dan disusuk dengan
pedang. Tindakan Ubaidillah amat tidak disenangi oleh pegawai-pegawai tenteranya, Anas bin
Mâlik, Zaid bin Arqam dan Abu Barzah r.a yang berada di situ. Menurut riwayat ath-Thabrâni
rahimahullah dari hadits Zaid bin Arqam r.a :
ﻓَﺠَﻌَﻞَ ﻗَﻀِﻴْﺒًﺎ ﻓِﻲ ﻳَﺪِﻩِ ﻓِﻲ ﻋَﻴْﻨِﻪِ ﻭَﺃَﻧْﻔِﻪِ ﻓَﻘُﻠْﺖُ ﺍﺭْﻓَﻊْ ﻗَﻀِﻴْﺒَﻚَ ﻓَﻘَﺪْ ﺭَﺃَﻳْﺖُ ﻓَﻢَّ ﺭَﺳُﻮْﻝِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻓِﻲ
ﻣَﻮْﺿِﻌِﻪِ
"Lalu dia mulai menusukkan pedang yang di tangannya ke mata dan hidung Husain r.a. Aku
(Zaid bin Arqam) mengatakan, "Angkat pedangmu, sungguh aku pernah melihat mulut
Rasulullah (mencium) tempat itu".
Demikian juga riwayat yang disampaikan lewat jalur Anas bin Malik r.a :
ﻓَﻘُﻠْﺖُ ﻟَﻪُ ﺇِﻧِّﻲ ﺭَﺃَﻳْﺖُ ﺭَﺳُﻮْﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳَﻠْﺜِﻢُ ﺣَﻴْﺚُ ﺗَﻀَﻊُ ﻗَﻀِﻴْﺒَﻚَ , ﻗَﺎﻝَ : " ﻓَﺎﻧْﻘَﺒَﺾَ
Aku (Anas bin Malik) mengatakan kepadanya, "Sungguh aku telah melihat Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam mencium tempat dimana engkau menaruh pedangmu itu." Lalu
Ubaidullah mengangkat pedangnya.
Versi Kedua
Wakil Saidina Husain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang
dirancang oleh penduduk Syiah di sana. Muslim telah dibunuh oleh penduduk Kufah sebelum
beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Husain yang
semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan penduduk Kufah. Maka Saidina
Husain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke
Syam untuk menemui Yazid.
Penduduk Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Husain
berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-
perandakan kesatuan umat Islam dan sudah pasti kedudukan mereka akan terancam.
Menurut ulamak Syiah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi, tentera Kufah lengkap bersenjata dari
Kufah mengejar rombongan Saidina Husain dan mereka bertembung di Karbala. Syits bin
Rab’ie mengetuai 4000 bala tentera untuk menentang Saidina Husain dan dialah orang yang
mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain (Jilaau Al'Uyun dan
Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37).
Baqir Majlisi turut mencatat, “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib.
Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan
oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram
itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak
terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apaapa”. (Jilaau al-’Uyun, hal. 430)
Manakala di dalam kitab A’yanus Syi’ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan
bahawa, “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai’ah kepada Husin kemudian
mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan bai’ah masih lagi
berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A’yanus Syi’ah jilid 1 hal 34).
Versi kedua ini menafikan kisah–kisah kezaliman yang dilakukan oleh tentera Yazid ke atas
rombongan Saidina Husain, versi kezaliman Yazid adalah datangnya dari sumber pengikut
Syiah iaitu Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain–lain.
KATA-KATA TERAKHIR SAIDINA HUSAIN
Terdapat riwayat bahawa ucapan Saidina Husain sebelum terbunuh di Karbala, "Ya Allah,
berilah putusan di antara kami dan di antara orang-orang yang mengajak kami untuk menolong
kami, namun ternyata mereka membunuh kami." – Rujuk buku Pengkhianatan Pengkhinatan
Syiah Dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam karya Dr. Imad Ali Abdus Sami’,
Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2006, ms. 35-36.
Mulla Baaqir Majlisi juga telah meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Husain sebelum syahid
di Karbala: "Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat niat-niat
jahat kamu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput
kami untuk membela kami di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk membela kamu
dengan menaruh kepercayaan kepada kamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu
kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh di dalam menentang kami." – Mulla Baaqir
Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di
Karbala.
Seterusnya Mulla BaaqirMajlisi juga merakamkan doa Saidina Hussain terhadap golongan
Syi’ah: "Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat… Kamu
akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuh mu dan
muka mu dan kamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat
keuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah
tersedia azab Tuhan untuk mu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh
orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya." - – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun,
ms. 409. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.

SAMBUNG KE SIRI AKHIR

Tag : SYIAH KAFIR
0 Komentar untuk "SYIAH ADALAH KAFIR"

Popular Posts

Back To Top