w a n n u r s y a r i f a h

SYIAH ADALAH KAFIR

http://m.youtube.com/watch?v=oMPwWGaaNVY&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3DoMPwWGaaNVY&sa=X&ei=7vJeUufGLeGfjALSiYDYCA&ved=0CBIQqwQhttp://m.youtube.com/watch?v=oMPwWGaaNVY&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3DoMPwWGaaNVY&sa=X&ei=7vJeUufGLeGfj

SIRI 4
SAIDINA HUSAIN KE KUFAH


Apabila Muawiyyah r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Muawiyyah r.a telah diangkat
menjadi penggantinya sebagai Khalifah.
Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya yang menyokong ahlul bait telah menolak
kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Husain sebagai khalifah yang baru.
Syits bin Rab'ie dari Kufah menulis surat kepada Saidina Husain menjemput beliau ke Kufah
untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan
Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta
menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.
Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah, maka beliau (Saidina Husain)
mengutuskan Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Husain
memaklumkan niat pemergiannay ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga untuk
mendapatkan pandangan mereka.
Namun demikian para sahabat serta ahli keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad
bin al-Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib,
Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan
lain-lain menasihat dan cuba menghalang niat Saidina Husain tersebut.
Ini adalah kerana mereka tidak percayakan kejujuran penduduk Kufah. Menurut mereka,
penduduk Kufah inilah kelompok yang pernah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’ yang terlibat
dalam pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta Saidina Hassan r.a.
Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah
hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana
kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.
Bagaimanapun nasihat mereka gagal untuk menghentikan hasrat Husain untuk ke Kufah.
Saidina Hussain pernah berkata, "saya bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya
telah melakukan sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan
keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan kepada saya.
Lalu ‘Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?
Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak
boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Allah (kematiannya)
– Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. Penulis nukil dari buku Kesalahan-
Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 270.
Malah Saidina Husain sudah tekad mengatakan, "Saya sudah melakukan istikharah dan akan
berangkat kesana".
Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain bersama 72 pengikutnya ke Kufah
maka Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta
tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta
kebangkitan orang-orang Kufah.
Pesanan Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad: "Saya mendapat tahu bahawa Husain telah
menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang
diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi
kecuali orang yang memerangi mu dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku". –
Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms. 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Saidina Husain
di Karbala yang ditulis oleh Mawlana Muhammad Asri Yuso.

SAMBUNG KE SIRI 5

P/s- bule tahan jgok sejarahnye nim..huuu

Tag : SYIAH KAFIR
0 Komentar untuk "SYIAH ADALAH KAFIR"

Popular Posts

Back To Top