w a n n u r s y a r i f a h

SYIAH ADALAH KAFIR


SIRI 3
Kesan Peristiwa Tahkim
Peristiwa Tahkim ini berakhir dengan tiada keputusan muktamad dan tidak sah kerana tidak
ditandatangani oleh Khalifah Ali. Saidina Ali r.a terus kekal sebagai Khalifah dan Saidina
Muawiyah r.a terus kekal sebagai Gabenor Syam.
Perundingan dalam Peristiwa Tahkim ini dibuat beberapa bulan selepas perang dan jika
perundingan dibuat serta merta, Ali mungkin akan meneruskan kembali pertempuran.
Sementara itu pengikut Ali berpecah. Sekumpulan tentera berjumlah 12,000 orang berpecah
daripada tentera utama yang tidak bersetuju hasil perbincangan ini. Tentera ini akhirnya
menjadi teras kepada golongan Khawarij. Khawarij berpakat untuk membunuh Ali r.a,
Mu’awiyah r.a, Amr al-As r.a dan Abu Musa al-Asy’ari r.a. Bagaimanapun rancangan mereka
hanya berjaya membunuh Khalifah Ali.
Akhir sekali, Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah telah menegaskan:
“Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk memulakan perang,
bahkan beliau daripada kalangan yang paling menghendaki agar tidak berlaku perang ….. yang
benar adalah (dengan) tidak (sepatutnya) berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan
adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang Siffin,
wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati kebenaran berbanding
Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana fitnah, tidak ada yang wajib dan tidak ada
yang sunat dan meninggalkan perang adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Hanya sahaja
Ali adalah lebih benar. Dan ini merupakan pendapat (al-Imam) Ahmad dan kebanyakan ahli
hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan pendapat para tokoh sahabat
dan tabi’in yang selalu mendapat kebaikan.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 447-448]
Perlantikan Khalifah Muawiyah
Semasa Saidina Ali memegang tampuk pemerintahan, beliau tidak pernah mewasiatkan sesiapa
untuk menjadi calon penggantinya. Menurut Al-Imam al-Baihaqi rahimahullah (458H)
meriwayatkan bahawa orang ramai meminta Ali melantik bakal pengganti beliau. Lalu Ali
menjawab:
“Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melantik seorang pengganti (maka aku tidak
akan menyelisihi sunnah sedemikian). Akan tetapi jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada
manusia, Allah akan mengumpul mereka sesudah aku di atas kebaikan mereka (sendiri)
sebagaimana Allah telah mengumpul mereka (para sahabat) sesudah Nabi mereka shallallahu
'alaihi wasallam di atas kebaikan mereka (sendiri).” [al-Sunan al-Kubra (diteliti oleh
Muhammad ‘Abd al-Qadir ‘Atha’; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), riwayat no: 16573]
Pengikutnya juga pernah meminta kepada beliau agar mengangkat Saidina Hasan ra sebagai
Khalifah ketika menghampiri saat kematiannya. Beliau tetap menegaskan;
"Saya tidak memerintahkan kalian dan saya juga tidak melarang kalian, saya tinggalkan kalian
sebagaimana Rasulullah meninggalkan kalian." ( H.R. Ahmad )
Selepas kemangkatan Khalifah Ali, masyarakat Islam telah bermuswarah mengangkat Hasan
sebagai khalifah untuk menggantikan ayahnya. Orang pertama yang mencadangkan beliau ialah
Qays ibn Sa’d ibn Ubadah. Qays juga mencadangkan kepada Hasan untuk menghantar bala
tentera bagi memerangi Syam (Muawiyah). Hasan menghantar ribuan tentera ke Syam dan
bertembung dengan tentera Muawiyah yang sedang menunggu di al-Madain. Seterusnya,
berlakulah pertempuran yang dikuasai sepenuhnya oleh tentera Muawiyah.
Penduduk/Tentera Kufah sendiri tidak bersatu padu menyokong sepenuhnya kepada Hasan.
Terdapat sebilangan yang mengkhianati, belot dan meragui Hasan sebagai pemimpin. Apabila
Hasan melihat keadaan masyarakat Islam telah berpecah belah, lalu beliau menulis sepucuk
surat kepada Muawiyah yang telah kembali ke Syam untuk mengadakan perdamaian antara dua
pihak. Hasan lebih mengingini kemaslahatan dan perpaduan umat Islam. Pada saat itu umat
Islam juga masih berselisih kerana para pembunuh Uthman r.a yang masih belum dikesan.
Hasan ingin menutup perselisihan ini dengan perdamaian tersebut yang menjadi asas kepada
penyerahan jawatan khalifah kepada Muawiyah.
Muawiyah menerima cadangan tersebut lalu menghantar Abdullah ibn Amir dan Abd. Rahman
ibn Samurrah kepada Hasan di Kufah. Dalam perbincangan tersebut, Hasan menyampaikan
hasratnya untuk menyerahkan jawatan khalifah. Muawiyah juga diminta tidak melantik
pengganti jawatan khalifah seterusnya. Urusan perlantikan khalifah hendaklah diserahkan
kepada ahli syura. Muawiyah juga hendaklah mengekalkan keamanan dengan tidak memerangi
penyokong-penyokong Ali dan Hasan sendiri, selain itu hendaklah menjaga kebajikan ahlul
bait. Muawiyah juga tidak dibenarkan menghukum orang yang tidak disukainya sebelum itu,
membalas dendam atau sebagainya.
Perdamaian ini mengingatkan ramai para sahabat dan Muawiyah sendiri akan sabda Rasulullah
s.a.w; “Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid, semoga Allah mendamaikan dengannya dua
kumpulan umat Islam yang sedang berselisih.” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3629]
Tahun perdamaian ini dikenali A’mul Jamaah kerana kaum muslimin bersatu dibawah satu
pemimpin. Penyerahan kuasa ini berlaku di Kufah pada hari Khamis bulan Rabiul Awwal 41H.
Sesetengah pendapat mengatakan pada awal bulan Jamadil Awwal. Hasan dan diikuti oleh
Muawiyah telah menyampaikan pengistiharan itu dihadapan penduduk Kufah dan para
muslimin selepas proses bai’ah selesai dijalankan. Begitulah akhirnya kekhalifahan Hasan
melepaskan jawatannya yang disandang selama 6 bulan sahaja.
Salah seorang penduduk Kufah, Abu Amir Said ibn al-Natl menemui Hasan lalu berkata
“Sejahtera ke atasmu wahai penghina kaum muslimin!” Hasan menjawab “Janganlah berkata
begitu wahai Amir. Aku bukan berniat menjadi penghina kaum muslimin akan tetapi yang
sebenarnya aku enggan (tidak suka) memerangi mereka lantaran berebutkan kekuasaan”.
Kemudiannya, Hasan dan seluruh keluarganya termasuk Husain pun meninggalkan Kufah dan
menuju ke Madinah al-Munawwarah. Disepanjang perjalanannya, pelbagai rungutan dan
kemarahan dilemparkan oleh penyokongnya kerana Hasan melepaskan jawatan khalifah kepada
Muawiyah.
Hampir sepuluh tahun Hasan ra. tinggal di Madinah, dan waktunya banyak dihabiskan untuk
beribadah dan mengajar agama, malah menuntut ilmu dari kalangan sahabat yang masih ada.
Pada 28 Safar 50H, Saidina Hasan meninggal dunia dalam usia 47 tahun dan dimakamkan
dipemakaman umum Baqi’. Menurut versi syiah, beliau wafat kerana diracun oleh isterinya
sendiri yang diarahkan oleh Muawiyah.

SAMBUNG KE SIRI 4 ..insyaalah

Tag : SYIAH KAFIR
0 Komentar untuk "SYIAH ADALAH KAFIR"

Popular Posts

Back To Top