w a n n u r s y a r i f a h

SYIAH ADALAH KAFIR ( SIRI1 )




Dengan bermaharajalela syiah nim malaysia,maka kite harus ( wajib ) membanteras bersame.syiah nim x laen n x bkn nk merosakn agama islam nim.ore islam wlu sejahat mane pown x kn merosakn agame nye kcuali la iman nye rosak.tpi semua umat islam ttp bersaudara ( tidak mensyirikn Allah dgn ape jua pown ).tpi nim syiah mensyirikn Allah.malah menidakkan RasulullahMuhammad s.a.w sbgai Rasul Allah.( nim mencabar namenye).

Hmmm..geramkn klu ade ore yg wt gini kt agama islam..so saie kongsi kn cerita dri sahabat muslimin yg laen.

SIRI 1
Mengenali asal usul fahaman syiah LAKNATTULLAH
Fahaman atau kumpulan syiah ini bukannya wujud semasa, atau sebelum zaman Rasulullah,
malah zaman Khalifah Ali pun, kumpulan syiah ini belum wujud lagi. Golongan Ansar,
Muhajirin, Aus, Khazraj dan Khawarij adalah sebahagian nama-nama golongan yang pernah
tercatat dalam sejarah Rasulullah. Tiada bukti yang tertulis menunjukkan wujudnya satu
fahaman atau kumpulan yang dinamakan syiah ketika itu. Istilah "syiah" ini mula digunakan
selepas kesyahidan cucu Rasulullah s.a.w, Saidina Husain bin Ali.
Syiah dari pandangan golongan syiah itu sendiri bererti pengikut, penyokong dan pencinta
yang merujuk kepada Saidina Ali r.a dan ahlul baitnya.
Menerusi ulama syiah, Fairuz Abadi di dalam Qamus al-Lughat pada kalimat “ ﺷَﺎﻉَ ”
menyatakan: Syiah umumnya bererti setiap orang yang mengakui kepimpinan Ali dan Ahlul
Baitnya.
Dari mana penggunaan perkataan "Syiah" ini di ambil?
Syiah dari sudut bahasa bererti pengikut. Perkataan ini ada disebutkan di dalam ayat al-Quran
menerusi surah as-Safat: 83
ﻭﺍِﻥَّ ﻣِﻦ ﺷِﻴﻌَﺘِﻪَِ ﻻِﺑﺮَﺍﻫِﻴﻢ
“Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiah-nya (pengikut Nuh)”
Sementara di dalam ayat lain:
ﻫﺬﺍ ﻣِﻦ ﺷِﻴﻌَﺘِﻪِ ﻭﻫﺬﺍ ﻣﻦ ﻋَﺪُﻭِّﻩِ ﻓﺎﺳْﺘَﻐَﺎﺛَﻪُ ﺍﻟﺬِﻱ ﻣِﻨﺸِﻴﻌَﺘِﻬِﻌَﻠﻰ ﺍﻟﺬِﻱ ﻣِﻦ ﻋَﺪُﻭِّﻩِ
“(Orang) ini adalah dari Syiah-nya (pengikutnya) dan (orang) ini adalah dari musuhnya. Lalu
Syiah-nya meminta bantuan darinya terhadap lawan musuhnya” [al-Qasas: 15]
Ayat-ayat al Quran ini tidak merujuk kepada golongan syiah (al-Ithna ‘Asyariyyah, Ismailiyyah,
Zaidiyyah dsb) yang kita kenali pada hari ini, malah tidak wujud pun pada zaman Nabi
Ibrahim. Maksud syiah di dalam al Quran itu merujuk kepada pengikut sesuatu kaum/umat
pada masa itu. Istilah itu adalah sekadar kata umum yang bererti pengikut, bukannya nama
khas yang dikhususkan kepada pengikut Ali dan Ahlul Baitnya.
Kumpulan yang bersimpati kepada kesyahidan dan amat menyanjungi Saidina Husain telah
mengguna pakai perkataan "syiah" di dalam al Quran, untuk menamakan kumpulan mereka.
Dan seterusnya istilah syiah ini sudah menjadi hak eksklusif khusus bagi golongan ini.
Permulaan Kemunculan Syiah
Yang biasa menjadi pendapat umum, Syiah dikatakan puak yang menyokong Saidina Ali bin
Abi Talib r.a. dalam pertelingkahannya dengan Muawiah bin Abi Sufyan r.a. Namun tidak
bermakna pengikut Ali itu syiah dan pengikut Muawiah itu Sunni. Malah, ramai tokoh ahli
sunni berkeyakinan bahawa dalam perselisihan yang berlaku di antara dua sahabat Rasulullah
s.a.w ini, kebenaran lebih berpihak kepada pihak Ali berbanding dengan Muawiyah.
Sebenarnya, puak Syiah ini muncul selepas pertelingkahan Saidina Husain yang tidak
mengiktiraf kekhalifahan Yazid bin Muawiah.
Kisahnya bermula apabila Saidina Husain berangkat dari Madinah menuju ke Kufah, Iraq
setelah penduduknya berjanji untuk menyokong, melindungi serta membantunya sekiranya
diserang mana-mana pihak. Namun janji-janji tersebut tidak dilaksanakan dan seterusnya
menjadi punca syahidnya Husain di pertempuran Karbala.
Setelah Saidina Husain syahid, sebahagian mereka telah menyesali dosa mereka dan
memberontak kepada pemerintahan Bani Umayyah. Mereka inilah dikenali sebagai syiah. Ketika
itu tidak ada perbezaan akidah melainkan perbezaan gerakan politik yang menentang
pemerintahan Bani Umayyah. Ini bermakna Syiah adalah satu gerakan politik semata-mata di
awal kemunculannya.
Permulaan Gerakan Anti-Sahabat
Gerakan anti-sahabat Rasulullah dimulai oleh Abdullah ibn Saba’ (Ibn Saba') yang berasal dari
kota Sana’a, Yaman. Dia adalah seorang bangsa yahudi yg menganut islam pada zaman
Uthman tetapi tidak memperbaiki keislamannya.
Saidina Uthman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Khalifah Umar bin Khatab dibunuh
oleh Abu Lu’lu Al-Majusi . Ketika itu, berlaku pergolakan dan keresahan di kalangan umat
Islam. Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Uthman, suasana pemerintahan dapat
dikendalikan dengan aman dan ramai yang memeluk islam termasuk seorang pemuda Yahudi
dari Yaman bernama Abdullah bin Saba'.
Bagaimanapun, Abdullah bin Saba' mempunyai tujuan lain untuk memeluk Islam. Dia berharap
Khalifah selaku pemerintah negara Islam akan memberi penghormatan kepadanya dengan
diberikan jawatan kedudukan tinggi dalam kerajaan. Bagaimanapun Khalifah Uthman menolak
dan berkata;
"Aku hanyalah pelayan umat, aku diangkat menjadi Khalifah bukan atas keinginan aku, tetapi
kesepakatan umat Islam".
Khalifah Uthman berkata lagi,
"Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukan satu kehormatan, tetapi satu amanah. Apakah tuan
sanggup memikul amanah itu, sedangkan tuan baru memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak
layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati kerana Allah yang memberi atau mencabut
kedudukan seseorang".
Oleh itu Abdullah bin Saba' kecewa dan menyimpan dendam kepada Khalifah Uthman, umat
Islam dan Agama Islam. Maka, antara dakyahnya ialah menabur fitnah dan menimbulkan
keraguan kepada orang Islam. Beliau mengatakan bahawa pewaris Nabi dan Khalifah yang sah
adalah Saidina Ali bin Abi Talib, bukannya Abu Bakar, Umar, Uthman atau sahabat-sahabat
lain. Dia menjelajah ke seluruh tempat untuk menyebar fitnah dan pengaruhnya tersebar luas
ke Mesir, Kufah dan Basrah. Untuk menyakinkan orang ramai akan kata-katanya dan bukannya
atas kepentingan diri sendiri, beliau mengguna dan menjaja nama Saidina Ali dan keluarga
Rasulullah s.a.w (ahlul bait). Kononnya hujah-hujah beliau adalah datangnya dari mulut
Saidina Ali dan Rasulullah sendiri.
Beliaulah juga orang yang terawal meletakkan Saidina Ali ke tahap yang lebih tinggi dari
Rasullullah s.a.w. Beliau pernah berkata," Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah
adalah Ali bin Abi Talib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail mengantuk sehingga
wahyu Allah diberikan kepada Muhammad, iaitu orang yang tidak berhak".
Mendengar berita itu, Ali bin Abi Talib sangat marah, dan ketika beliau diangkat menjadi
khalifah keempat mengganti Uthman, beliau memerintahkan Abdullah bin Saba' diusir dari
Madinah. Tidak berhenti setakat itu, Abdullah bin Saba' tetap meneruskan untuk memporak
peranda sesama kaum muslimin serta hubungan Saidina Ali dan para sahabat yang lain secara
halus.
Hakikatnya Abdullah bin Saba' serta pengikut-pengikutnya bukanlah penyokong tulen atau
syiah Saidina Ali tetapi berpura-pura menjadi pengikut kuat Saidina Ali dan Ahlul Bait. Beliau
juga mempunyai ramai pengikut yang dikenali sebagai Sabaiyyah juga tergolong sebagai
orang-orang munafik yang lagaknya seperti orang Islam yang taat dan menyelinap dalam
tentera Ali. Golongan Sabaiyyah ini lah yang menjadi punca berlakunya Perang Jamal.
Bagi golongan sunni, Ibn Saba' atau Sabaiyyah adalah perintis kepada perpecahan umat Islam
dan seterusnya mendorong kepada beberapa pecahan ummah termasuk kemunculan fahaman
syiah. Beliau lah sebagai tokoh berperanan utama yang menyelipkan pemikiran-pemikiran
sesat dalam ajaran syiah.
Kitab-kitab Syiah seperti Syarh Nahjul Balaghah Li Ibn Abil Hadid ada menceritakan berkenaan
Ibn Saba' walaupun terdapat golongan syiah yang menafikan kewujudan seseorang yang
bernama Ibn Saba' atau Abdullah bin Saba'.
Pemilihan Khalifah Selepas Umar Al-Khattab
Pada tahun 644M, Khalifah Umar Al-Khattab mati dibunuh oleh seorang Majusi bernama Abu
Lu'lu'ah al-Farisi. Pembunuhan ini berpunca dendam Abu Lu'Lu'ah kepada Umar yang tidak
memihaknya dalam isu kharaj (seperti cukai) dengan majikannya. Di kala ini, Pembunuh Umar
r.a. ini disanjung dan dipuja oleh penganut Syiah Imamiyyah. Mereka mengunjungi dan
menghormati kuburnya di Kashan, Iran kerana telah berjaya membunuh Umar r.a. Malah beliau
digelar Baba Syuja'uddin (Sang pembela agama yang gagah berani).
Abu Lu'lu'ah menikam Khalifah Umar sebanyak enam kali dengan pisau bermata dua sewaktu
Umar mengimami solat subuh di Masjid al-Nabawi, Madinah. Tikaman di bahagian perut
menyebabkan punca kematian Sayyidina Umar. Sebaik saja menikam Khalifah Umar, Abu
Lu'luah cuba lari tetapi ditahan oleh para sahabat yang lain. Apabila ditahan menyebabkan dia
terus menggunakan pisaunya untuk menikam mereka yang cuba menangkapnya. Ini
menyebabkan berbelas orang sahabat gugur syahid dan cedera. Akhirnya Abdullah bin 'Auf az-
Zuhri berjaya memegang bajunya dan terus menariknya sehingga dia rebah di atas lantai.
Melihat dirinya telah terkepung, maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan
menggunakan pisau ditangannya.
Berbeza ketika Khalifah Abu Bakar meninggal dunia, beliau hanya menamakan Umar sebagai
penggantinya yang layak sebagai khalifah. Tetapi Umar Al-Khattab telah menamakan 6 orang
pengganti. Antaranya Abu Ubaidah Al Jarrah, Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf dan
Usman bin Affan. Sebenarnya pilihan pertama Umar adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah tetapi beliau
telah meninggal dunia di Syam akibat wabak taun.
Ketika Umar merasakan dirinya tidak mampu bertahan lama, beliau mengusulkan
(penggantinya), " Aku tidak akan membuatnya maka sesungguhnya orang yang lebih mulia
daripadaku telah meninggalkan urusan ini(pemilihan) kepada muslimin maka Rasulullah S.A.W
sendiri meninggalkan urusan ini. Sekiranya aku membuat pemilihan maka aku akan memilih
orang yang lebih baik daripadaku iaitu Saidina Abu Bakar. Jika Abu Ubaidah bin Jarrah masih
hidup, nescaya aku akan melantiknya. Jika Salim Abu Huzaifah masih hidup nescaya aku akan
melantiknya". Kemudian beliau memanggil Abdul Rahman bin 'Auf lalu berkata :"Aku mahu
memberi sumpah setia kepadamu". Mendengar kata-kata Saidina Umar itu lalu Abdullah bin
'Auf bertanya :" Adakah engkau telah bermesyuarat dalam perkara ini?. Jawab beliau :"Demi
Allah aku belum lagi berbuat demikian". Kata Abdul Rahman bin 'Auf :"Demi Allah aku tidak
masuk campur dalam masalah ini selama-lamanya". Perintah beliau :" Carilah kata putus
sehingga aku boleh melantik daripada kalangan mereka yang telah dipilih oleh Rasulullah
S.A.W yang mana baginda redha dengan mereka". Abdul Rahman bin 'Auf terus memanggil
Saidina Ali, Saidina Uthman, Zubair bin al-Awwam dan Sa'ad bin al-Waqas. Dia berkata :"
Tunggulah kehadiran saudaramu Talhah yang mana dia sekarang berada di luar Madinah dan
jika tidak maka laksanakan urusan kamu".
Dua hari selepas peristiwa serangan itu, iaitu pada subuh hari pertama bulan Muharram tahun
22 hijrah Khalifah Umar menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 63 tahun iaitu
sama dengan umur Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar ketika wafat. Suhaib ar-Rumi
telah mengimamkan solat jenazah. Beliau dikebumikan dalam bilik Sayyidatina 'Aisyah selepas
mendapat keizinannya, iaitu disebelah makam Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar.
Pada hari itu juga para ahli majlis Syura telah bermesyuarat. Daripada keenam-enam sahabat,
kesemuanya menolak dan hanya tinggal Ali, Abdul Rahman dan Uthman sahaja.
Abdul Rahman bin Auf juga menarik diri tetapi beliau menawarkan diri untuk menjadi orang
tengah. Beliau akan membuat bancian di kalangan penduduk Madinah sama ada mahu Ali bin
Abi Talib ataupun Uthman bin Affan sebagai khalifah. Setelah membuat bancian beliau telah
berjumpa dengan keduanya dan mereka redha dengan apa juga keputusan Abdul Rahman.
Lalu Abdul Rahman mengangkat tangan Uthman dan menyatakan orang Madinah lebih ramai
memilih beliau. Perkara ini menjadi titik tolak perpecahan umat Islam ketika itu kerana pihak
yang menyokong Ali mendakwa Abdul Rahman tidak berlaku adil kerana beliau mempunyai
hubungan persaudaraan sepupu dengan Uthman. Bagaimanapun Ali menyakini amanah yang
dilakukan oleh Abdur Rahman dan membaiat Uthman sebagai khalifah Islam.
Pembunuhan Khalifah Uthman
Khalifah Uthman merupakan seorang pemimpin yang lemah lembut, zuhud dan sangat sabar.
Beliau memegang jawatan khalifah ketika umurnya hampir 80 tahun. Kerajaan Islam dalam
keadaan aman semasa 6 tahun awal pemerintahannya, sehinggalah berlakunya fitnah yang
dicetuskan oleh Abdullah Ibn Saba’ (Ibn Saba) yang amat memusuhi Khalifah Uthman.
Ibn Saba memfitnah Uthman menyalah guna kuasa dengan memberi kekayaan kepada keluarga
dan saudara maranya, merampas tanah orang miskin, gabenor2 Uthman yang zalim dan
sebagainya. Walaupun Uthman telah menghantar surat menjelaskan perkara sebenar kepada
jajahan pemerintahan Islam tetapi tidak berjaya meredakan fitnah tersebut.
Mereka yang terpengaruh dengan fitnah Ibn Saba termasuk dari Kufah, Basra dan Mesir telah
berjumpa dengan Uthman supaya meletak jawatan. Mereka inilah digelar sebagai kumpulan
Sabaiyyah oleh sejarawan Islam. Para sahabat di Madinah ketika itu mencadangkan supaya
Uthman menahan kumpulan ini tetapi Uthman berlembut dan memaafkan mereka.
Golongan Sabaiyyah makin berani membuat surat palsu dari Saidina Ali (kepada penduduk
Mesir), Zubir Awwam (kepada penduduk Kufah) dan Abi Talhah (kepada penduduk Basra)
untuk memujuk mereka menyerang Madinah. Mereka menggunakan nama ketiga-tiga mereka
ini kerana mereka sahabat nabi yg dijamin syurga dan dihormati. Penduduk Syam tidak
dipengaruhi oleh pemberontak ini kerana penduduk di situ tidak akan mempercayai surat
tersebut memandangkan Gabenor Syam, Muawiyah adalah saudara kepada Uthman.
Akhirnya golongan Sabaiyyah berjaya mempengaruhi ramai orang Islam untuk mengepung
rumah Uthman di Madinah ketika musim haji. Mereka memilih musim haji kerana ramai sahabat
nabi akan pergi menunaikan haji ke Mekah. Terdapat beberapa sahabat yang cuba menolong
Uthman termasuk Abu Hurairah, Hisam iaitu wakil yang dihantar oleh Saidina Ali dan beberapa
orang lain. Tetapi Uthman menyuruh mereka pulang dan tidak memerlukan perlindungan.
Sebenarnya Uthman sudah merasakan beliau akan dibunuh pada hari pengepungan tersebut.
Beliau juga bermimpi bertemu Rasulullah dan berbuka dengan baginda pada malam itu. Beliau
memakai seluar kerana khuatir auratnya akan terlihat jika beliau dibunuh nanti.
Pada 656 masihi, ketika tu Uthman telah berusia 90 tahun. Pemberontak menyerbu masuk ke
rumahnya ketika beliau sedang berpuasa dan membaca masyhaf Al-Quran. Pemberontak
tersebut menghentak kepala Uthman dengan besi hingga darahnya terkena masyhaf Al-Quran
tersebut. Masyhaf tersebut masih boleh dilihat pada masa ini. Pemberontak kemudiannya
memotong jari tangan isteri Uthman, Nailah.
Maka terjadilah fitnah terbesar dalam dunia Islam ketika itu iaitu pembunuhan seorang khalifah
Islam yang menyebabkan perpecahan yang lebih besar dari sebelum itu. Selama 5 hari selepas
itu umat Islam tidak ada pemimpin, sedangkan pemberontak masih berada di dalam Madinah
iaitu kira-kira 2000-3000 orang.
Ahli Syura dan penduduk Madinah mendesak Saidina Ali supaya menjadi pengganti khalifah
walaupun pada awalnya Saidina Ali menolak cadangan tersebut. Perkara pertama yang beliau
ingin lakukan ialah mencari pembunuh Uthman dan menghapuskan golongan Sabaiyyah yang
menghasut para sahabat dan orang Islam. Tetapi beliau tidak bertindak dengan segera dan
perlu lebih berhati-hati kerana pemberontak-pemberontak masih ramai di Madinah dan orang
Islam masih berpecah belah yang memihak kepada Uthman dan sebahagian lagi mereka yang
termakan hasutan golongan Sabaiyyah. Walaupun begitu, kedua-dua pihak di Madinah ini
tidak memusuhi dan memerangi Khalifah Ali, melainkan penduduk luar Madinah yang tidak
berpuas hati dengan kelewatan Khalifah Ali untuk bertindak menangkap pembunuh Uthman.
Pergolakan Pemerintahan Khalifah Ali
Selepas kematian Uthman, lebih ramai pemberontak masuk ke dalam kota Madinah hingga
jumlahnya mencecah 5,000-6,000 orang. Pemberontak tersebut juga merupakan dari kalangan
orang-orang Islam terutamanya dari Kufah, Basra dan Mesir yang berjaya diperdaya oleh
golongan Sabaiyyah.
Kota Madinah kian tidak tenteram dengan ketiadaan pemimpin dan ini mendedahkan umat
Islam kepada bahaya, maka segeralah para sahabat ridwanullahi ‘alaihim mencari calon yang
paling layak. 3 nama untuk menggantikan Uthman iaitu Ali bin Abi Talib, Abi Talhah dan Zubair
bin Awwam, namun mereka menolaknya. Menurut Muhammad al-Hanafiah (Muhammad bin ‘Ali
bin Abi Talib r.a), ayahnya pernah berkata kepada orang ramai, “Janganlah kamu memilih aku,
sesungguhnya aku lebih baik menjadi Wazir (pembantu Khalifah) berbanding menjadi Amir
(Khalifah)”.
Menurut riwayat lain, daripada Abu Basyir al-’Abidi “Selepas terbunuhnya Uthman r.a,
berhimpunlah golongan Muhajirun dan Ansar termasuk Talhah dan Al-Zubair berjumpa dengan
Ali r.a untuk di bai’at sebagai khalifah, Namun Ali berkata: “Aku tidak berhajat akan urusan
kamu, aku bersama kamu, sesiapa sahaja yang kamu pilih, aku akan meredhainya, maka
pilihlah (selain aku) demi Allah”. Lalu mereka (para sahabat) berkata: “Kami tidak akan memilih
selain kamu”. Kata Abu Basyir lagi“Mereka datang kepada Ali berkali-kali sehingga yang kali
terakhirnya mereka berkata kepadanya: “Sesungguhnya tidak boleh bagi manusia tanpa adanya
pemimpin sedangkan telah berlanjutan masa (tanpa pemimpin)”. Lalu kata Ali kepada mereka:
“Sesungguhnya kamu telah berulang kali datang kepada aku dan kamu enggan (memilih selain
aku) dan sesungguhnya aku hendak berkata suatu perkara jika kamu menerimanya, maka aku
menerima permintaan kamu, jika tidak maka aku tidak berhajat akannya (tidak berhajat menjadi
Khalifah)”. Mereka berkata: “Apa sahaja yang kamu katakan, akan kami akan terima Insya-
Allah”.
Akhirnya Ali ketika itu berumur 58 tahun, menerima jawatan tersebut dan orang pertama yang
membai’at beliau adalah Talhah dengan lisan, diikuti dengan Sa’ad (ibn Abi Waqqas r.a)
dengan tangannya. Turut membai’at beliau, ialah Al-Zubair bin al-’Awwam r.a. Namun
sesetengah riwayat mengatakan Talhah dan Az-Zubair membai'at dalam keadaan paksa-rela
oleh situasi yang ditimbulkan oleh pemberontak. Pemberontak juga pernah mengugut bunuh
Ibn Umar sekiranya (Ibn Umar) tidak bersetuju menjadi khalifah. Malah Ali juga sendiri tidak
mahu dilantik sebagai khalifah sekiranya tiada bai'at dari para sahabat. Oleh itu, pemberontak
mendesak para sahabat supaya Ali dilantik sebagai khalifah. Jika tidak kota Madinah berubah
menjadi lebih parah.
Untuk mengelak masalah yang lebih besar sebelum para pemberontak itu bertindak di luar
jangkauan melantik orang yang menjadi boneka mereka sebagai khalifah dan menyebabkan
urusan pemilihan khalifah terkeluar dari tangan sahabat ridwanullahi ‘alaihim dan jatuh ke
tangan pemberontak, maka Talhah dan Az-Zubair bergegas membai’at Ali r.a. Talhah dan Az-
Zubair mengakui Ali adalah orang yang paling layak dilantik sebagai khalifah tetapi bukan
dalam keadaan situasi yang mendesak itu.
Perlantikan Saidina Ali sebagai Khalifah menyebabkan ramai dikalangan penduduk Mekah,
Mesir dan beberapa kawasan jajahan Islam lain mempersoalkan perlantikan tersebut. Ini adalah
kerana mereka pernah mendapat surat daripada Saidina Ali , kononnya meminta penduduk
disitu menyerang kota Madinah sewaktu pemerintahan Khalifah Uthman. Sedangkan mereka
tidak menyedari bahawa surat itu adalah palsu yang diedarkan oleh golongan Sabaiyyah yang
dipimpin oleh Abdulah bin Saba'.
Dengan kenaikan Ali sebagai khalifah seolah-olah mengesahkan surat itu benar-benar ditulis
oleh Ali sendiri. Ini juga merupakan satu perancangan licik golongan Sabaiyyah memecahkan
perpaduan umat Islam. Malah Khalifah Ali sendiri tidak tahu siapa penulis sebenar surat
tersebut. Hakikatnya Khalifah Ali juga tidak menyedari ada dalang sebenar (Sabaiyyah) kerana
mereka juga hidup seperti orang Islam (munafik).
Khalifah Ali berpendapat bahawa pemberontakan yang berlaku terhadap Khalifah Uthman
adalah berpunca daripada gabenor-gabenor di tanah jajahan tidak disenangi rakyat atau gagal
mententeramkan rakyatnya daripada memberontak terhadap pemerintahan Uthman. Oleh itu
beliau telah menggantikan semua gabenor-gabenor yang dilantik oleh Uthman termasuk
Muawiyah di Syam. Di Basrah, Abdullah bin Amir digantikan dengan Uthman bin Hanif, Saad
bin al-as menggantikan Amran bin Syahab di Kufah dan di Syam, Muawiyah digantikan dengan
Syahab Bin Hanif.
Khalifah Ali juga berpendapat tindakan ini juga dapat meredakan kemarahan orang yang tidak
suka kepada gabenor pemerintahan Uthman sebelum ini. Tetapi hal ini semakin menimbulkan
prasangka di kalangan sahabat yang lain. Malah seorang sahabat iaitu Al-Mughirah menasihati
Ali supaya jangan memecat gabenor Uthman ketika itu. Uthman tidak pernah terus memecat
gabenor yang dilantik oleh Umar sebelumnya. Ia akan menimbulkan fitnah. Tetapi Ali bertegas
meneruskan hasratnya.
Pada mulanya Khalifah Ali memang berazam mencari pembunuh Uthman yang sebenar, namun
pergolakan umat Islam ketika itu menyebabkan Khalifah Ali lebih menumpukan untuk
perkukuhkan dahulu negara Islam dan menenangkan umat Islam. Malah tiada seorang saksi
pun yang berani tampil melihat pembunuhan Uthman. Khalifah Ali tidak mampu menghukum
semua pemberontak kerana jumlahnya yang ramai, mereka terdiri kaum muslimin dan tidak
semua terlibat dalam pembunuhan Uthman.
Sebelum Perang Jamal tercetus, Khalifah Ali pernah berkata “Bagaimana aku hendak bertindak
dengan kaum yang kita tidak kuasai? Tiada cara hendak cari pembunuh Uthman kerana mereka
ramai dan tiada saksi ketika pembunuhan di rumah Uthman. Siapa yang tahu cara untuk
mencari pembunuh Uthman sila bagitau aku!“. Sahabat semua diam termasuk termasuk Zubair
dan Talhah. Dan akhirnya mereka taat kepada Khalifah Ali. Namun akibat fitnah dan
perancangan licik golongan pemberontak dan Sabaiyyah, berlakulah peperangan Jamal.
Khalifah Ali kemudiannya telah mengubah ibukota Islam dari Madinah Ke Kufah atas alasan
Madinah tidak selamat untuk diduduki lagi untuk mentadbir negara Islam. Beliau wafat selepas
sembahyang Subuh di Masjid Kufah pada 17 Ramadan 41 Hijrah / 661 Masihi kerana dibunuh
oleh seorang puak Khawarij, Abdul Rahman bin Muljam. Puak Khawarij merupakan bekas
pengikut Khalifah Ali yang tidak berpuashati perjanjian damai dengan Muawiyah sewaktu
Perang Siffin. Khawarij berpakat untuk membunuh Ali r.a, Mu’awiyah r.a, Amr bin Ash r.a dan
Abu Musa al-Asy’ari r.a. Bagaimanapun rancangan pembunuhan itu hanya berjaya ke atas
Khalifah Ali.
Jenazah Khalifah Ali kemudiannya dikebumikan di Dar al-Imarah (Kufah). Namun bagi golongan
syiah beranggapan beliau dikebumikan di Mashhad al-Najf.
Perang Jamal
Pengenalan
Perang Jamal atau Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H atau Disember 657M yang
mengambil masa tidak sampai sehari. Peperangan ini berpunca daripada salah faham di antara
pihak Khalifah Ali dan pihak Saiditina Aishah yang menyebabkan 10-13 ribu tentera terkorban
termasuk dua sahabat besar Rasulullah s.a.w, Talhah & Zubair al Awwam. Salah faham ini
ditimbulkan oleh pihak munafik pimpinan Abdullah bin Saba’ (Sabaiyyah) yang membuat huru-
hara selepas perbincangan perdamaian tercapai di anatara kedua-dua pihak. Peperangan ini
merupakan perang saudara pertama kaum muslimin yang berakhir dengan kemenangan dipihak
Khalifah Ali. Peperangan ini dinamakan peperangan Jamal (unta) kerana Aisyah menunggang
unta ketika berperang.
Rombongan Aisyah, Talhah dan Az-Zubair
Ketika pemberontakan ke atas Khalifah Uthman tercetus, Saiditina Aisyah pada masa itu
berumur 40 tahun berada di Mekah menunaikan haji. Aisyah telah mengumpul orang Islam dan
penduduk di Mekah untuk membantu Uthman menghadapi pemberontakan di Madinah. Ketika
dalam perjalanan menuju ke Madinah, diberitakan Uthman telah dibunuh. Ketika itu para
sahabat mempunyai beberapa cadangan kepada Aisyah, sama ada meneruskan perjalanan ke
Madinah atau, menuju ke Syam untuk meminta bantuan Muawiyah, namun akhirnya mereka
memilih jalan menuju ke Basrah.
Mereka berasakan Kota Madinah dalam keadaaan tidak tenteram setelah jatuh ke tangan
pemberontak yang masih ramai disitu. Sekiranya tetap meneruskan perjalanan ke Madinah,
Aisyah dan rombongannya akan berada pada situasi yang membahayakan kerana mereka
adalah dari kalangan orang yang menyokong Uthman. Mereka menuju ke Basrah untuk
merancang strategi dan mengumpul kekuatan menangani pemberontak yang memecah belah
umat Islam, dan berazam memulih kembali perpaduan umat Islam. Walaupun Ali kemudiannya
telah dilantik sebagai Khalifah, mereka tidak berpuas hati kerana Ali dilihat gagal menghukum
pembunuh Uthman, seolah-olah Ali dalam keadaan terikat dan tertekan dikelilingi golongan
pemberontak.
Selepas Talhah dan Zubair membai'ah Saidina Ali sebagai Khalifah, mereka meminta izin untuk
melakukan umrah. Ketika dalam perjalanan, mereka bertemu dengan Aisyah, di dalam
pertemuan itu mereka bersepakat untuk meminta Khalifah Ali mempercepatkan qisas
(hukuman) keatas pembunuh Uthman.
Apabila melihat Aisyah dan pasukannya pergi ke Basrah, golongan munafik Sabaiyyah
menyalakan api fitnah dengan menyebar berita kononnya pemergian Aisyah tersebut adalah
mengumpul kekuatan dan menuju ke Madinah untuk memberontak kekhalifahan Ali.
Semangat Perdamaian
Apabila Ali mendengar khabar angin itu, beliau mengutuskan al-Qa’ qa’ untuk berjumpa
Aisyah, Talhah dan Zubair di Basrah.
Menurut Ibn Kathir menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagai utusan
menemui Talhah dan Zubair untuk mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan
menyatakan kepada mereka berdua betapa bahayanya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-
Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah Aishah."
Beliau berkata: “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di
bumi ini?”.
Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.”
Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya Aishah memanggil Talhah dan al-Zubair, lalu mereka
berdua pun datang.
Al-Qa`qa` berkata kepada mereka “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab
mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara
manusia.”
Lalu mereka berdua menyatakan: “Kami pun dengan tujuan yang sama.” Talhah dan al-Zubair
juga mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia.
Mereka juga menjawab: “Kamu memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah,
jika Ali datang dan dia berpandangan seperti kamu, keadaan akan menjadi baik.”
Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan Ali amat gembira.
Aishah telah menulis surat kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan
perdamaian. Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua
masih kekal seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga
kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya
kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.
Khalifah Ali menghebah berita perdamaian ini kepada kaum muslimin, namun terdapat
golongan yang membenci situasi perdamaian ini terutamanya dari golongan Sabaiyyah.
Pertemuan Ali dan Aisyah
Khalifah Ali bersama tentera-tenteranya (sebagai langkah berjaga-jaga) menuju ke Basrah
untuk tujuan perdamaian dengan Saiditina Aisyah. Malangnya kebanyakan tentera yang
mengikut Ali adalah dikalangan pemberontak (dari golongan munafik Sabaiyyah) yang
menyelinap di dalam tentera muslimin. Ramai sahabat tidak mahu serta dalam rombongan
tersebut. Abu Musa dan anaknya, Hassan bin Ali telah menasihati Ali supaya jangan keluar
kerana tindakan itu lebih membawa keburukan. Tetapi ijtihad Ali adalah untuk membawa
keamanan.
Apabila kedua-dua pasukan saling berhadapan, Khalifah Ali berjumpa dengan Thalhah dan
Zubair. Beliau mengimbas kembali akan saat manis ketika bersama Rasulullah s.a.w dan
berperang melawan orang musyrikin. Aisyah, Zubair dan Talhah meminta Ali mencari
pembunuh Uthman. Tetapi Ali dengan tegas menjelaskan dalam keadaan sekarang, permintaan
itu adalah mustahil tanpa sokongan dan perpaduan umat Islam khususnya dari kalangan para
sahabat. Malah bilangan pemberontak yang juga dari kalangan umat Islam sangat ramai di
Madinah dan amat sukar mengenapasti siapakah pembunuh Uthman yang sebenar. Aisyah
menyedari kesilapan mereka tidak berbai'ah kepada Ali dan memberitahu kepada
rombongannya, mereka tersilap dalam hal ini dan mereka akan bersatu bersama Khalifah Ali
untuk menguatkan kembali perpaduan umat Islam dan mencari pembunuh Uthman yang
sebenar.
Menurut al-Imam Ibn Hazm rahimahullah (456H): “Dan adapun (pemergian) Ummul Mukminin
(Aisyah), al-Zubair dan Thalhah radhiallahu 'anhum berserta orang-orang yang bersama
mereka (ke Basrah), tidaklah mereka sedikit jua bertujuan membatalkan kekhalifahan Ali,
mereka tidak mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang
merendahkan beliau daripada jawatan tersebut, mereka tidak bertujuan mengangkat khalifah
baru yang lain dan mereka tidak memperbaharui bai‘ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah
sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa jua dengan apa cara jua.”
Golongan Sabaiyyah berasa terancam dengan perdamaian tersebut. Pada malamnya, mereka
merancang untuk melagakan kedua-dua pihak Ali dan Saiditina Aisyah. Jika umat Islam
bersatu, pasti akan memudahkan tindakan diambil ke atas para pembunuh Uthman. Sekiranya
umat Islam kekal berpecah, selagi itulah para pembunuh Uthman akan terselamat daripada
apa-apa tindakan. Jika mereka tidak bertindak cepat, lambat laun tembelang mereka akan
pecah, dan mereka pasti di qisaskan atau di hukum. Dianggarkan jumlah mereka menyelinap
dalam tentera Ali ketika itu dikatakan mencecah 1,000-2,000 orang.
Mereka segera mengatur rancangan dan membuat keputusan bahawa satu kumpulan dari
mereka akan berada di pihak Aishah manakala satu lagi kumpulan kekal di dalam pasukan Ali.
Mereka akan bertindak secara senyap untuk mencetuskan kekacauan dengan saling menyerang
di antara satu sama lain menyebabkan berlaku kekeliruan kepada kedua-dua belah pihak.
Berlakunya Perang
Sebelum subuh, golongan Sabaiyah menyerang pasukan Aisyah secara mengejut. Dalam
suasana terperanjat daripada tidur, pasukan Aisyah menyangka bahawa tentera Ali telah
berlaku khianat dan menyerang mereka.
Golongan Sabaiyyah disebelah pasukan Aisyah berteriak bahawa tentera Ali telah menyerang
curi dan menipu mereka. Sebagai tindakan mempertahankan diri sendiri, mereka menyerang
balas ke atas tentera Ali.
Golongan Sabaiyyah disebelah pasukan Ali pula berteriak bahawa rombongan Aisyah telah
menyerang. Lalu Pasukan Ali menyangka pasukan Aisyah telah berlaku khianat dan menyerang
mereka. Dengan itu mereka menyerang balas untuk mempertahankan diri. Tidak sesiapapun di
kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Disitulah bermulalah Perang
Jamal sekali pun kedua-dua pihak pada asalnya tidak berniat untuk berperang.
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) meringkaskan detik-detik ini dalam satu
perenggan: “Mereka (para pembunuh Uthman) menyerang khemah Thalhah dan al-Zubair. Lalu
Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka
menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Seterusnya Ali pula menyangka bahawa
mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk
mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka
(kedua-dua pihak). Manakala Aisyah radhiallahu 'anha hanya berada di atas pelana untanya,
beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh
tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-
Akhbar).” [Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi‘ah wa al-Qadariyyah (diteliti
oleh M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986), jld. 4, ms. 317]
Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (774H) memperincikan detik-detik tercetusnya Perang Jamal:
“Orang-orangpun merasa tenang lagi lega …… pada waktu malamnya kedua-dua pihak
bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi para pembunuh Uthman melalui
malam tersebut dalam keadaan yang seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat
untuk mengobarkan peperangan pada awal pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbit fajar,
jumlah mereka menghampiri seribu orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan
pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan Aisyah) dengan pedang."
Tentera Ali berjaya menguasai peperangan tersebut kerana pada masa itu, pasukan Aishah
tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Ini adalah kerana tujuan kedatangan mereka
adalah bukan untuk berperang tetapi untuk mencari jalan perdamaian.
Dalam peperangan ini, Aisyah tidak melibatkan diri dalam medan pertempuran tetapi unta yang
dinaiki Aisyah telah terbunuh tertusuk tombak. Lalu Aisyah terjatuh dari unta tersebut.
Pembunuhan Talhah dan Az-Zubair
Sewaktu pertempuran berlaku, Khalifah Ali sempat bertemu Zubair dan Talhah, katanya;
“Wahai Zubair, aku minta kau jawab kerana Allah!”
“Tidakkah engkau ingat, sewaktu Rasulullah menghampiri kita yang sedang berkumpul
bersama, lalu beliau (Rasulullah) bersabda;
“Wahai Zubair, tidakkah engkau mengasihi Ali..”
Kemudian engkau menjawab “Kenapa pula aku tidak mengasihi saudara sepupuku, anak
kepada ibu dan bapa saudaraku, serta se akidah denganku…”
Rasulullah bersabda lagi “Hai Zubair demi Allah, bila engkau memeranginya (Ali), jelas engkau
telah berlaku zalim kepadanya…”
Sewaktu itu Zubair tersedar akan kesilapannya “Ya, sekarang aku ingat, hampir aku terlupa
(sabda Rasulullah), demi Allah aku tidak akan memerangimu."
Talhah dan Zubair menarik diri dari perang saudara itu. Mereka mengundur diri setelah tahu
kedudukan sebenar peperangan itu, tambahan pula apabila mereka terlihat Ammar bin Yasir
berperang di pihak Ali. Mereka teringat sabda Rasulullah kepada Ammar “Yang akan
membunuhmu ialah golongan yang derhaka…”
Bagaimanapun, Zubair diekori oleh Amru bin Jurmuz, lalu dibunuh sewaktu Zubair sedang
solat, manakala Talhah dipanah/lembing oleh rakan sepasukan iaitu, Marwan bin Hakam,
setelah mendapati Talhah mengundur diri dari berperang. Ketika itu Talhah berusia 63 tahun.
Ketika Ali nampak jasad Talhah yang terkorban, beliau turun dari kuda mengangkat mayat
Talhah dan menangis sambil berkata “Semoga Allah merahmatimu Aba Muhammad,
sesungguhnya aku berasa amat sedih melihat engkau dibunuh di bawah bintang di langit.
Kalaulah aku mati dahulu tentu aku tak melihat peristiwa ini“.
Manakala Zubair menuju ke Wadi Suba’, tetapi di bunuh oleh Amir bin Jurmuz ketika solat. Si
pembunuh juga membawa pedang Zubair bin Awwam yang dibunuh dengan gembira dan
menyatakan mereka berjaya membunuh Zubair. Lalu Ali berteriak si pembunuh itu akan dibalas
dengan api neraka. Ini adalah kerana Ali mendengar Rasulullah berkata dalam hadisnya yang
menyatakan, berikan neraka kepada pembunuh Zubair. Zubair ini adalah penolong nabi.
Rasulullah pernah berkata “Setiap nabi mempunyai seorang penolong, Zubair ini adalah
penolongku“. Ali telah menyembahyangkan semua mayat dari kedua-dua tentera.
Ketika Ali menatap pedang Zubair beliau berkata“Demi Allah pedang ini sudah banyak berjasa,
digunakan oleh pemiliknya (Zubair) untuk melindungi Rasulullah dari ancaman bahaya…”
Kesan Peperangan
Peperangan ini membawa kepada kesedihan dan penyesalan di antara kedua-dua pihak.
Mereka menyedari ditipu oleh golongan yang tidak menyokong perdamaian (golongan
Sabaiyyah).
Saidina Hassan Bin Ali r.a pernah berkata kepada ayahnya,“ Wahai Ayah, telah aku nasihati mu,
supaya engkau jangan menghantar tentera keluar.”
Aisyah juga dihantar pulang ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata
lengkap. Khalifah Ali berpesan kepada tenteranya supaya tidak menjadikan peperangan ini
seperti peperangan lain (dengan tentera musyrikin) kerana perang ini berlaku sesama kaum
muslimin. Harta peperangan pihak Aishah tidak boleh dijadikan sebagai ghanimah. Mereka
yang lari tidak boleh dikejar dan yang terbunuh hendaklah disemadikan sebagai seorang Islam.
Akibat daripada peperangan itu, penentangan terhadap Khalifah Ali semakin memuncak
terutamanya dari Muawiyah bin Abu Sufiyan. Muawiyah berpendapat Ali sepatutnya mencari
dan menghukum pembunuh Uthman apabila mula memerintah. Walaupun telah dipecat oleh Ali
sebagai gabenor tetapi seluruh negara Syam masih lagi taat kepada Muawiyah. Beliau tidak
akan berbai’ah kepada Ali sehingga pembunuh Uthman dibunuh. Inilah yang menyebabkan
berlakunya peperangan Siffin.

koleksi kisah syiah kafir
KLIK SAIE CEPAT ^_^

Tag : SYIAH KAFIR
0 Komentar untuk "SYIAH ADALAH KAFIR ( SIRI1 )"

Popular Posts

Back To Top