w a n n u r s y a r i f a h

SUMAYYAH

SUMAYYAH

Selamat ptg sumer...da mkn ke blom nim? Saie? Ouh mesti la ...blom hee..lapar la..xpe..berkorban tuk kongsi cerita pda jam 14:40 ptg ( wktu malaysia ) ..tpi x elok tahap2 lapa kn..xpela..kejup jew nim..hee..ape la sangat jika nk di banding dgn berkorban jiwa raga nyawa mcm para mujahidin kn..

Demi entry kali nim..saie tangguh dlu waktu mkn..so saie set kat di minda saie skg maseh kul 12:00..huhu klu saie go time mcm nim pown xpe..sbb saie go time nk kongsi ilmu..wiey ^_^ ehh jom cite..

Sumayyah binti Khayyath , syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi
mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya . Teladan istimewa yang
wajar dikenang sepanjang zaman .
Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al - Mughirah.
Oleh tuannya , ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir
yang merupakan perantau di kota Makkah . Kerana banyak mendapat halangan , Yasir meminta
perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.
Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi
nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah , pasangan Yasir dan Sumayyah
mengenali agama Islam .
Suatu hari , Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan
nabi baru yang membawa ajaran Tuhan . la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar
tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s. a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan
langsung mengucapkan ikrar syahadatnya .
Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya . Berbeza
dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah
justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak
Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah .
Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga . Mendengar cerita bahawa
keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa
supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka
yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan
mereka .
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam , Yasir, Sumayyah , dan Ammar
mengalami banyak sekali halangan dan cubaan . Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga
mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy . Akibatnya penderitaan yang
mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan .
Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang- orang yang selama ini
melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah.
Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus
dengan pasir yang sangat panas .
Seakan belum puas hati , dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia
tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala- berhala nenek
moyang mereka . Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat
janji Allah SWT bagi hamba- Nya yang bertakwa , iaitu syurga .
Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka
didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas , dibakar
dengan besi panas , bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan
mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka .
Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian
mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya . Rasul yang setiap hari datang
memberikan sokongan lantas berseru , " Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan
bagi kalian adalah syurga."
Sekalipun berat seksaan yang diterima , namun ketiganya tetap mempertahankan
keislamannya .
Ketika berada dalam keadaan sedar , tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut
ketiganya kecuali kalimat "Ahad. .Ahad.. " seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini
semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka .
Hingga suatu ketika , orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya ,
mereka memutuskan membunuh Sumayyah . Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan
keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing , Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah
pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah .
Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya . Sumayyah binti
Khayyath simbol ketabahan hati , kekuatan iman , dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah . la
rela mengorbankan segala - galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam .
Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan
ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya . " Apakah manusia
itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( sahaja ) mengatakan : "Kami telah beriman " sedang
mereka tidak diuji lagi ?" ( Surah Al Ankabut, ayat 2) .

Skg mase tuk mkn..yeaaaAaa jomm makan... jumpe lagi ( ma'as salama yaa akhie n ukhtie )
0 Komentar untuk "SUMAYYAH"

Popular Posts

Back To Top