w a n n u r s y a r i f a h

SEJARAH IBADAH QURBAN DAN KETAATAN KEPADA ALLAH S.W.T




Subhanallah..alhamdulilah..satu lg hari besar dalam kalendar umat islam dari Allah untuk hambaNYA..kite harus bersyukur pda Allah pemilik alam ini kerana memberikn kite nikmat rasekaseh sayang yg tidak terhingga sbgai contoh ibadah qurban.berbanding dgn hari2 kekaseh sperti valentine acuan barat misalnye..hari raya aidildha adala kurnian Allah sbgai rase balasan ketaatan hambaNYA pdaNYA.
Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh
umat Islam.
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya
memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa
jahiliah. Lali baginda bersabda:
ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻗَﺪْ ﺃَﺑْﺪَﻟَﻜُﻢْ ﺑِﻬِﻤَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨْﻬُﻤَﺎ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻷَﺿْﺤَﻰ ﻭَﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari
yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di
dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.
Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam
mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima,
iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya qurban (bukan
korban yer..qurban makna lain, korban lain jadi qurban lebih sesuai iaitu mendekatkan
diri kepada Allah) kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan
seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah qurban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang
sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah
ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH
telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia
menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman
ALLAH S.W.T:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha
bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya
aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu?
Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya
ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim
merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI
sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi
yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha
mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan
seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di
kalangan orang-orang yang datang terkemudian.” – Surah al-Soffaat: 101-108
Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat
Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan
yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang
ditimpa musibah dan lain-lain lagi.
0 Komentar untuk "SEJARAH IBADAH QURBAN DAN KETAATAN KEPADA ALLAH S.W.T"

Popular Posts

Back To Top