w a n n u r s y a r i f a h

SALEHUDDIN AL AYUBI





Assalamualaikum.alhamdulilah..nim adala entry yg ke 101 hihi..cptnye mencecah angka ratus... :-p
Slepas saie wt entry psal para muhajid n mujahida islam laen..kini tiba la masenye giliran SALEHUDDIN AL AYUBI memasuki ruang entry saie..bnyk lagi yg menunggu giliran nim huhuhu..sperti para sahabat nabi Muhammad s.a.w .selawat dan salam keatas Muhammad serta sahabat baginda.

Mari mulakan kisah yg smakin lame dipupuskn oleh dunia nim..kisah nim mungkin sbgai permulaan bg pengenalan salehuddin al ayubi..salehuddin nim mang cukup dikenali di barat disebabkn peristiwa perang salib.nt saie akan wt juge kisah perang salib ye.so..salehuddin mang name ckup beSar dlm dunia nim.kisahnye pernah di filemkn dlm kingdom of heaven ( saie da tgok filem tu kt pawagam.mang syok habis.lawannye adala olando bloom.)dlm filem tu salehuddin menang n berjaya menawan kota baqtulmaqdis.mari kenali salehuddin..

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu
bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak
gabenor.
Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi,
berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau
adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa
Arab.
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana
bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.
Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh
perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau
bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak
manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik.
Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan
sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di
kawasan Mesir, Palestin dan Syria.
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama
Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya
mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas
Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur
al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu
pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin
Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.
Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan
Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam
wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai
Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka
jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan
kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis
daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh
kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-
Ayubi.
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis
yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-
Ayubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada
kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.
Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada
membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya
ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan
di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang
Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan
Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan
Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam
yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan
menara rumah ibadat.
Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-
ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang.
Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik,
Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum
menghembuskan nafas terakhir.
Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan
hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan
jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Insyallah..nt saie wt lg entry lagi tersohor..  ^_^
0 Komentar untuk "SALEHUDDIN AL AYUBI"

Popular Posts

Back To Top