w a n n u r s y a r i f a h

RAHSIA AL-AQSA








Assalamualaikum..mesti ramai da thu kn tu mesjid ape? Salu tgok berita pasal palestin kn..bese lewtew..org yg lemah di tindas..

Klu bule, teka yg mane satukah mesjid al-aqsa ? Mesjid al-aqsa nim ade sejarah tersendiri..ramai blom thu akan kebenaran hakikakt tersembunyi sejak nabi sulaiman dulu..n kenape yahudi zionis nk sgt mesjid al-aqsa..mari bace entry saie tanpa jemu..saie suke kongsi cite pasal sejarah islam nim..sbb best..lagi best dri cite holywood yg merapu mapu tu.. :-p

Bismillah dulu.
Ratusan tahun umat Islam dan dunia ditipu dan diperdaya untuk mempercayai Kubah As-
Sakhrah adalah Masjid Al Aqsa. Jutaan poster dicetak dan dihadiahkan kepada umat Islam,
kebanyakkannya diberi percuma untuk digantung dan dipamerkan. Ramai yang sanggup
berbelanja membuat frame yang cantik untuk gambar Masjid Al-Marwan ini. Simbol kubah
berwarna emas terpahat didalam fikiran umat Islam khususnya, dan dunia 'amnya sebagai
menggambarkan Al Aqsa. Dunia ditipu sekian lama!
Sebenarnya Yahudi Zionis sudah lama mengidam untuk merampas Al Aqsa, dan Baitul
Muqaddis. Bagi Yahudi Zionis, ini bukan isu penempatan, atau geografi, atau isu ekonomi. Ini
adalah isu agama. Mereka mempercayai dan berkeyakinan bahawa ada "utusan", "penyelamat",
"messiah", "saviour' yang akan turun untuk menyelamatkan mereka.
Sebenarnya "utusan" yang mereka tunggu itu sudah pun diturunkan, iaitu Nabi Muhammad
saw. Walaupun para ulama', ahli kitab dan 'ilmuan mereka mengakui Rasullah saw menepati
semua ciri kerasulan dan kenabian yang disebut didalam kitab mereka. Namun hanya kerana
Nabi Muhammad saw bukan dari kalangan Yahudi, mereka menolak Rasulullah saw (As-Shaff:
6).
Jadi siapa "messiah" yang ditunggu oleh Yahudi Zionis ini? Apa kena mengena dengan Al
Aqsa (termasuk Baitul Maqdis)?
Yahudi Zionis mempercayai bahawa dibawah tapak asal Masjidil Aqsa ujud Haykal Sulaiman ,
atau "kuil Sulaiman"; atau "Istana Nabi Sulaiman". Nabi Sulaiman, dan ayahnya Nabi Daud,
adalah Nabi yang menjadi pemerintah dan membentuk sebuah Kerajaan. Sebab itu bendera
Yahudi Zionis ada bintang berbucu 6, itu adalah lambang Kerajaan Nabi Daud (mengikut
kepercayaan Yahudi Zionis). Mereka percaya bahawa Kerajaan rejim pemerintah "Messiah" yang
ditunggu mereka ini akan memerintah daripada "haykal Sulaiman' ini bila dia diturunkan nanti.
Dan mereka percaya "Messiah" ini akan memimpin mereka menguasai dan memerintah dunia.
Sebab itu slogan mereka sekarang ialah "Israel 4 All", "New Order", "One World" dan lain-lain.
Sebab itu apa juga kutukan dan kritikan dunia, Yahudi Zionis tidak akan melepaskan Masjidil
Aqsa, mahupun Baitul Maqdis. Jika mereka tidak menguasai Al Aqsa, bagaimana "messiah",
"penyelamat" mereka akan turun. Kerana mereka percaya tapak pemerintahan"messiah" mereka
letaknya di Masjid Al Aqsa.
Sebab itulah mereka perlu perdayakan umat Islam, dan dunia, bahawa Masjid Al-Marwan
dimana terletaknya "Kubah As Sakhrah" adalah Masjid Al Aqsa. Gambar kubah emas sering
ditonjolkan sinonim dengan Baitul Maqdis. Maka umat Islam, dan dunia sering menumpu
kepada Kubah As Sakhrah. Malah rejim Yahudi Zionis begitu menjaga dan memastikan agar
Kubah As-Sakhrah sentiasa cantik dan terpelihara.
Kerana apa? Supaya umat Islam dan dunia tidak memberi tumpuan kepada Masjid Al Aqsa yang
sebenarnya. Dengan cara licik itu, rejim Yahudi Zionis ini menjalankan kegiatan merobohkan
Masjid Al Aqsa yang asli, sedikit demi sedikit. Ini semua sebagai persediaan mereka menerima
kedatangan "messiah", "penyelamat" mereka. Tapak pemerintahan "haykal Sulaiman" mesti
disiapkan.
Sebab itu kita umat Islam wajib sedar bahawa perjuangan membebaskan Masjid Al Aqsa adalah
satu kewajipan tiap individu umat Islam. Rejim Yahudi Zionis akan tetap bersikap rakus dan
biaDAP merampok dan merampas Masjidil Aqsa. Pembebasan Masjid Al Aqsa janganlah
dibebankan hanya kepada umat Falastin. Ia tanggungjawab semua dan tiap seorang individu
Muslim.
Hari ini 27 Rejab, hari dimana Rasulullah saw melalui peristiwa Isro' wal Mi'raj, dimana
Rasulullah saw diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang tercatat didalam Al
Quran surah Al Isra': 1. Tarikh yang sama juga mencatat peristiwa bersejarah pembebasan Al
Aqsa oleh Sultan Salahuddin. Rasional daripada peristiwa ini ialah perjuangan Islam
memerlukan keyakinan 100% kepada ALLAH swt; sebagaimana yakinnya Rasullah saw kepada
ALLAH. Lihat kejayaan Sultan Salahuddin yang berjaya menebus maruah Islam tanpa
bersekongkol dengan kafir, tetapi meletakkan keyakinan 100% kepada ketentuan ALLAH swt,
dan bergantung kepada tentera yang mempunyai hablum-minallah, hablum-minannas yang
baik. Mereka yang menjaga tahajjud, dan memelihara sunnah sekecil bersiwak.
Alhamdulillah teman berkesempatan bersama dengan umat Falastin bulan Ramadhan tahun
lepas. Teman dapat lihat, didalam segala kepayahan dan kesulitan, namun semangat juang
mereka sangat tinggi. Semasa kami menziarahi seorang pejuang yang ditemui dihospital,
dengan kedua tangan dan kaki kudung angkara rejim Zionis Israel, kami cuba menghulurkan
sedikit bantuan. Namun beliau menolak dengan baik, dan meminta kami memberikan
sumbangan itu kepada orang lain yang mungkin lebih memerlukan. Teman bertemu beberapa
kanak-kanak kecil Falastin; dan sambil bersembang teman tanya tak takutkah mereka dengan
kereta kebal rejim Yahudi Zionis yang terletak tidak jauh dari mereka. Dengan penuh keyakinan
mereka menjawab "al-jannah, al-jannah". Itu syurga kami, itu syurga kami. Bagi mereka,
melontar kereta kebal itu dengan batu, dan jika ditaqdirkan dibunuh oleh rejim Yahudi Zionis
ini adalah jalan ke syurga!!!
ALLAH hu akbar..ALLAH hu akbar..ALLAH huakbar..walillah hilhamd. La ila haillallah huwala
na'buduu illa iyya humukhlisin nalahuddeen, walau karihal musyrikuun, walau karihal kaafirun,
walau karihal munaafiquun. La ila ha illallah huwahdah, sodaka wa'dah, wanaso ra 'abdah, wa
a 'azzajundahuu wahazamal ahzabawahdah. ALLAH Maha Besar. Tidak ada Tuhan melainkan
ALLAH, kami ikhlas mengabdikan diri kepada ALLAH, walau tidak disukai kaum musyrikun,
kaafirun dan munafiqun. ALLAH adalah benar, ALLAH akan membantu kita, sebagaimana ALLAH
membantu kita mengalahkan kafir yang bersekutu!
Janganlah kita terus tertipu dengan mainan politik Yahudi Zionis ini, dan janganlah kita terus
tertipu dengan mainan politik yang berteraskan kepada pembohongan, putarbelit hanya kerana
mahukan kekuasaan dan pemerintahan, sebagaimana yang dilakukan oleh rejim Yahudi Zionis
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & wassalam.

Foto kt bwh plok ada kedudukan mesjid al-aqsa sebenar..


2 Komentar untuk "RAHSIA AL-AQSA"

terima kasih atas info... saya sudah sedia maklum akan hal tersebut.. malah ramai di antara kita tahu akan hal tersebut... persoalannya ialah apa sepatutnya kita lakukan.. erm pada pandangan saya kita harus berjuang di tanah air kita dahulu... bebaskan diri kita dari pemikiran2.. yg lebih kepada dunia.. sayang kita tahu akan hal2 yg berlaku di palistin namun kita hanya mengkritik.. sekejap.. baikot sekejap.. lpas tu hidup mcm biasa... dan berharap.. akan ada org manusia bangsa yg menuntut bela nasib2 org palistin.. erm walaupun saya juga nahya pandai bercakap.. namun saya sampai sekarang mengeraskan hati untuk tidak membeli brg2 dari usa.. erm apa2 pun... terima kasih kerana mengigatkan saya.. yg selalu alpa.. erm sudah kan saudara membaca buku tulisan IBNUYAACOB.. DARI MOONMEDIA.. di buku tersebut sudah di keluarkan 3 buah buku yg bertajuk RAHSIA SIMBOL YAHUDI... ROTHSCHILD YAHUDI KEPERCAYAAN DAJJAL... DAN RAHSIA YAHUDI DALAM FILEM..saya saja nk konsi pendapatdan sedikit pengetahuaan... moga kita dapat berjuang untuk agama ISLAM....

t.kaseh di atas maklumbalas..hope dpt memberi manfaat

Popular Posts

Back To Top