w a n n u r s y a r i f a h

PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ



ISRAK & MIKRAJ


Assalamualaikum,salah satu contoh sejarah islam yg banyak memberi kan kita pengetahuan dan pengertian adalah peristiwa israk n mikraj.amat wajar bagi kita untuk mengetahui peristiwa2 penting nim dalam memperkuatkn lg ibadah kite kepada Allah.ia juga sebagai Tanda kebersaran Allah s.w.t kepada alam ciptaanNYA.
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh
Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari
segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk
memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul
Maqdis di Palestin. Peristiwa ini tertulis di dalam Al-Quran, Firman Allah yang bermaksud :
“Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam
dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati
sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Melihat.” (Surah al-Israa: ayat 1).
Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke
Sidratulmuntaha di langit ketujuh, seperti mana yang digambarkan oleh Al-Quran yang
bermaksud:
“Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal)
pada waktu yang lain. (iaitu) Sidratul Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal
(Jannatul Ma’wa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika
Sidratul Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad)
tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya.
Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling
besar.” (Surah an-Najm: ayat 13-18).
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan
kilat Nabi Muhammad SAW pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah SWT dari
Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha
bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang
sama.
Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang
diterima Nabi SAW di Sidratul Muntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah
supaya mengerjakan solat 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa AS
di langit keenam, Nabi Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada
Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk
memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan
solat 50 waktu itu. Disebabkan baginda terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima
saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu
berulang sehingga 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu
solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.
Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan baik dengan Allah, di kala ditimpa
kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Selain itu, manusia sebagai hamba
Allah harus menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Selain daripada itu, semasa Israk
Mikraj, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh
berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka
lakukan.
Sebagai kesimpulannya, Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada
nabi-nabi yang lain. Justeru, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya
hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah
dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada
Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran
globalisasi masa kini. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan
dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada
melakukan berbagai-bagai kejahatan.
Peristiwa Israk dan Mikraj ini juga merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan
kekuasaan Allah SWT. Allah telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya
kepada Baginda. Yang menjadi agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib
menunaikan solat lima waktu sehari semalam, khususnya untuk peribadi baginda
mahupun untuk umatnya dengan waktu yang telah ditetapkan. Justeru, ini dapat dilihat
bahawa betapa pentingnya ibadah solat di dalam kehidupan seseorang Muslim.
Jadikan pengajaran dan iktibar dari peristiwa Isra’ dan Mikraj sebagai langkah untuk
membersihkan serta membentuk sahsiah diri kita dengan kembali ke jalan Allah dan
meninggalkan perbuatan keji dan sia-sia. Kita sebagai hamba Allah , tugas kita bukan
sahaja memperingati peristiwa Israk Mikraj ini malah kita haruslah mempraktikkan
berdasarkan pengajaran daripada peristiwa Israk Mikraj ini untuk mendapatkan keredhaan
daripada Allah SWT.
0 Komentar untuk "PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ "

Popular Posts

Back To Top