w a n n u r s y a r i f a h

PERBICARAAN DR.MORSI SATU STRATEGIK UNTUK MENGHAPUSKAN GOLONGAN ISLAMIS

Tuduhan ke atas Dr. Morsi menggunakan kekerasan
hingga menyebabkan kematian penunjuk perasaan pada 4 Disember
ketika penunjuk perasaan membantah di luar istana Presiden adalah
sangat meragukan.
Sehingga kini tiada bukti yang menunjukkan mangsa yang terbunuh itu
ialah kelompok anti-Morsi, malah yang berlaku ialah penyokong Morsi
sendiri yang terkorban.
Demikian ujar Timbalan Pengerusi ISMA Mesir, Ustaz Syed Ahmad Israa’
Syed Ibrahim.
Beliau menambah, percubaan untuk membicarakan Dr Morsi 4 November
ini seperti yang dilaporkan ternyata dari awal lagi nampak direka-reka
dan tidak mempunyai maklumat yang kukuh.
“Usaha ini hanyalah satu daripada pelbagai strategi rejim sekarang untuk
memadamkan terus kewujudan Islamis dari peta politik dan sosial di
Mesir,” katanya.
Penangkapan dan pembunuhan ramai pimpinan Islamis sudahpun
banyak berlaku sebelum ini. Jangkaan selepas ini, Dr Morsi dan 14 orang
lagi yang ingin dibicara dari kalangan pimpinan Ikhwan Muslimin akan
dijatuhkan hukuman yang sangat berat samada penjara dengan tempoh
yang amat lama, atau hukuman mati.
“Sebenarnya, proses perbicaraan ini hanya satu daripada pelbagai usaha
terancang yang nekad oleh rejim sekarang yang melihat bahawa Islamis
tidak boleh lagi diberikan ruang walau seinci pun untuk wujud.
“Hal ini kerana jika mereka wujud, mereka akan mendapat dokongan
majoriti rakyat, dan jika pilihanraya diadakan pada masa akan datang,
undi akan menyebelahi mereka lagi,” ujarnya.
Jelas Ustaz Syed Israa’ rentetan setelah berlakunya penggulingan Dr.
Morsi sejak 3 Julai lalu, ramai pelajar kembali ke Malaysia untuk tujuan
keselamatan.
Dan kini dimaklumkan mulai bulan ini sehingga bulan depan, ramai
pelajar Malaysia akan kembali semula ke Mesir untuk meneruskan
pengajian. Difahamkan, universiti- universiti di Mesir telah dibuka untuk
penempatan pelajar melainkan Universiti Al-Azhar yang masih belum
dibuka
.
0 Komentar untuk "PERBICARAAN DR.MORSI SATU STRATEGIK UNTUK MENGHAPUSKAN GOLONGAN ISLAMIS"

Popular Posts

Back To Top