w a n n u r s y a r i f a h

PERANG ENAM HARI


Posted via BlogPost

PERANG ENAM HARI
SIRI 3


Bagi pihak British pula, pada 21 Jun 1967 ketika berucap di PBB, Setiausaha Luar Britain, George Brown telah mencadangkan keperluan mewujudkan pemerhati khas PBB dan peranan UNTSO (United Nations Truce Organization) diperkuatkan bagi memastikan perjalanan proses damai lancar.  Beliau juga menegaskan tidak perlu wujud ‘territorial aggrandizement” yang merujuk kepada tindakan Israel ingin memasukkan Baitul Maqdis sebagai wilayah Israel.  Brown kemudiannya mengingatkan Israel bahawa tindakan Israel menjadi Baitul Maqdis sebagai sebahagian wilayahnya akan menjadikan Israel kehilangan simpati antarabangsa. Brown lantas menggariskan beberapa prinsip yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan sebarang rancangan damai. Antaranya ialah: a. Any settlement must recognize the right of all states in the area to exist in true dignity and real freedom and that must include the ability to earn their living in assured peace. b. There must be respect for the right of free and innocent passage through international waterways for the ships of all nations. c. If the countries of the Middle East are to live together in peace and develop their resources, they must befreed from the pressures which have been driven them to waste their resources in arms race.

17  Kenyataan Brown ini kemudiannya telah disokong oleh Perdana Menteri Britain, Harold Wilson. Wilson menegaskan bahawa “no territorial aggrandizement but equally no automatic annexation of occupied territories.”18 Pada 5 Julai 1967, Pejabat Luar British telah mengadakan satu mesyuarat sulit untuk menghadapi perbahasan dan pengundian di PBB berhubung proses damai Asia Barat. Adalah dijangkakan bahawa negara-negara pro-Soviet akan membentangkan pelan damai pada 12 Julai 1967. Pelan damai itu akan dibentangkan oleh Yugoslavia dan disokong oleh India, Soviet dan negara-negara Arab yang dianggap revolusioner seperti UAR dan Syria. Mesyuarat sulit bersama Washington telah memutuskan bahawa pihak British akan mengundi untuk menentang draf tersebut. Di samping itu, dengan sokongan Amerika, British juga akan melobi Austria, Thailand (duta Thai ke PBB, Thanat Khoman ketika itu berada di London) dan Malta sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB agar mengundi menolak draf damai yang akan dibentangkan oleh Yugoslavia kerana draf tersebut dijangka tidak menyebelahi Israel.

19 Alasan Amerika ialah kerana tersebut dijangka akan memasukkan frasa “call upon Israel immediately to withdraw all it forces to the position they held prior to 5 Jun 1967.”20 Tegasnya, Amerika tidak bersetuju dengan dua perkara iaitu meminta tentera Israel berundur wilayah yang ditakluki dan kembali kepada persempadanan sebelum 5 Jun 1967. Pihak British kemudiannya telah bersetuju dengan desakan Amerika kerana pihak Pejabat Luar British bersependapat bahawa draf yang akan dibentangkan oleh Yugoslavia sebagai “still completely unbalanced.

negare2 nim x laen x bkn mempunyai agenda berkepentingan dlm melibatkn diri mengenai isu perang enam hari.

bersambung ke siri 4

3 Komentar untuk "PERANG ENAM HARI"

dya pnye highlight mcm nak buat exam jek huhu

btw nur pnye entry agak detail.teruskn k..I follow hihi

huhu...remind time study dlu dok wt assingment..cell sumer ikowt suke aty nk kaler pepown..ptotnye xbule kaler2..haha..

Popular Posts

Back To Top