w a n n u r s y a r i f a h

PERANG ENAM HARI


PERANG ENAM HARI
SIRI
6

Sikap British dalam merangka draf resolusi damai ini dilihat condong menyokong Israel. Setiausaha Luar Britain, George Brown sebelum ini menentang tindakan “territorial aggrandizement” oleh Israel. Namun pendirian ini amat mencurigakan berdasarkan temubual Brown dengan Radifussion Television pada 27 Jun 1967. Melalui transkrip perbualan itu, beliau antara lain menyatakan; Alastair Burner : The PM’s Israel, Mr. Eshkol is on the record as saying that Israel does not want territorial aggrandizement. By ordering Israel to pull back, whichis interpretation of your speech, are you not encouraging those people in Israel, like General Dayan, who wish to hang onto some of those gains?

George Brown : I didn’t either order Israel to pull back or even say that she should. What I said was the ones we already had; and I asked her to be careful about the Old City of Jerusalem. I didn’t mention withdrawal. Now in my own view and I said to everybody I saw in New York, I said that withdrawal require some balancing things that Israel need to know, this time she can lives.” 54 Ironinya ialah apakah Brown bermaksud bahawa Israel berhak untuk kekal di wilayah-wilayah Arab yang ditakluki secara tidak sah dalam perang ini hanya kerana Israel beralasan bahawa keselamatannya masih tidak terjamin? Jika tanggapan ini benar, maka apakah pengunduran hanya boleh dilakukan oleh Israel sekiranya pada pandangan Tel Aviv negara tersebut terjamin keselamatannya biarpun tindakan menakluki wilayah asing melalui peperangan adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa dan piagam PBB? Apakah Brown mempunyai tafsiran sendiri bahawa ‘territorial aggrandizement” tidak boleh dilakukan kecuali atas dasar untuk mendapatkan jaminan keselamatan? Apakah kenyataan ini adalah satu isyarat kepada negara-negara Arab bahawa soal pengunduran penuh atau pengunduran bersyarat bergantung sepenuhnya kepada jaminan keselamatan untuk Israel oleh negaranegara Arab? Hakikatnya walaupun British mewar-warkan ke seluruh dunia khususnya kepada negara-negara Arab penentangan London terhadap ‘territorial aggrandizement” seperti dalam kenyataan Brown sebelum ini, namun justifikasi penentangan itu sebenarnya bersifat retorik politik dan diplomasi semata-semata. Selain daripada kenyataan mencurigakan Brown dalam wawancara di atas, sikap pihak British ini boleh dipertikaikan apabila dalam masa yang sama London tidak menolak kaedah “frontier adjustment.” Kaedah ini bermaksud bahawa Israel boleh mengubah sempadanwilayahnya seperti menduduki wilayah-wilayah Arab secara haram melalui peperangan. Hakikat ini diterangkan sendiri oleh Menteri Luar Britain, George Thomson ketika menjelaskan kenyataan Brown tentang konsep “territorial aggrandizement” iaitu; “…the reference to territorial aggrandizement did not mean that frontier adjustment  were precluded as a part of eventual settlement.”55 Selain daripada itu, British juga mengakui bahawa untuk mencapai keamanan jangka panjang maka sedikit ‘pembetulan’ (rectification) perlu dilakukan terhadap garis sempadan yang diwujudkan oleh PBB dari tahun 1949 sehingga 5 Jun 1967. Sebenarnya jika diperhalusi, frasa ‘rectification’ di sini bermaksud, pihak British bersetuju agar wilayahIsrael diperluaskan lagi secara haram selepas 11 Jun 1967. Hal ini juga bermakna, British secara langsung menyokong ‘territorial aggrandizement’ oleh Israel. Justeru kerana itulah, apabila British dikritik berhubung frasa ‘the’ dalam draf mereka, British seboleh-bolehnya cuba mengelakkan daripada menjelaskan secara terperinci maksud frasa tersebut. Dasar British ini amat ketara dalam kenyataan Brown tentang dasar Britain terhadap penaklukan wilayah Arab dalam perang ini; “It is our view that in the long term the security of the area requires some rectification of the 1949-67 frontiers; a position which make it difficult for us to please the Arabs. We should therefore remain so far as possible, silent on questions concerning frontier rectification.”56 Malahan apa  yang lebih ‘melucukan’, British memberikan alasan pula bahawa mereka enggan memasukkan frasa ‘the” dalam draf mereka sebagai bukti bahawa mereka mengamalkan dasar ‘neutrality’, ‘impartiality’ dan ‘equilibrium’ dalam konflik Arab-Israel.

Maksudnya, draf British mestilah bukan sahaja ‘menggembirakan’ Arab tetapi juga perlu ‘menggembirakan’ Israel. Bagaimanakah British boleh ‘menggembirakan’ Israel? Caranya ialah dengan tidak memasukkan frasa ‘the’ dalam teks tersebut seterusnya terpulanglah kepada budi bicara Israel sebanyak mana wilayah yang ingin dipulangkan atau bilakah wilayah-wilayah yang ditakluki itu hendak dipulangkan. 10 tahun? 20 tahun? 100 tahun? Bergantung kepada ‘belas ehsan’ Israel. Menurut kerajaan Britain lagi; “her (UK) role in sponsoring the Security Council Resolution of November 1967 in line with her declared policy of equilibrium with regards to the Middle East. What Britain really mean by equilibrium is shown by her recent actions and by her refused to include in the resolution stipulation for the retreat of Israelis forces from ‘all THE occupied Arab territories’.57 Selain istilah ‘rectification’, British juga menggunakan pelbagai istilah lain untuk menghalalkan sokongan mereka terhadap penaklukan Israel termasuklah istilah ‘modification’. “…and subject to agreement between parties that small modifications  for the purpose of the suppression of anomalies (or for any other purpose which may be agreed between them are not excluded).”  Kenyataan British ini kelihatannya hampir sama dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sekutu-sekutu Israel yang lain walaupun mungkin istilah yang digunakan agak berbeza. Peranchis misalnya menggunakan istilah ‘minor rectification’. “The accord should establish the frontier between Israel and Jordan and the basis of the armistice lines and in accordance with the principle of the inadmissibility of the acquisition of territory by war. Nevertheless, minor rectification might be made to the armistice lines by agreement between parties.” Tidak ketinggalan pastinya Amerika Syarikat yang menggunakan istilah “insubstantial alteration.” “The Security council resolution neither endorses nor precludes these armistice lines (the lines in 1949) as the definitive political boundaries … We believe that while recognized political boundaries must be established and agreed upon by the parties, any changes in the pre-existing lines should not reflect the weight of conquest and should be confine insubstantial alteration  required for mutual security.” Kenyataan pihak British dan sekutunya sememangnya selari dengan hasrat Israel yang turut menolak kemasukan ‘the’ dalam draf tersebut. Pendirian Israel ini amat jelas iaitu: “The fact was that Israel wanted to retain at least some of the occupied territories. Israel had used her insistence on the need for direct negotiations with the Arab states as a pretext to consolidating her hold on the occupied territories.


0 Komentar untuk "PERANG ENAM HARI"

Popular Posts

Back To Top