w a n n u r s y a r i f a h

PERANG ENAM HARI

PERANG ENAM HARI
SIRI 6

Semua elemen di atas perlu ditunjukkan dalam sebarang reaksi oleh British terhadap isu perang Arab-Israel 1967 ini.  Tujuan British ialah dalam sebarang usaha mereka menaja proses damai Asia Barat, kepentingan London terutama sekali kepentingan minyak dan ekonomi tidak terjejas. “We need to do all we can to improve Anglo-Arab relations to avoid further damage to British interests and in order to get the Canal (Suez) open and the oil flow.”42  Pihak Pejabat Luar Britain juga telah menyusun strategi licik bagi menunjukkan keikhlasan British dalam menaja pelan damai ini. Justeru itu, beberapa strategi politik dirancang yang antara lain: a. We should inject into our public statements and our attribute publicity elements giving some satisfaction to the Arabs; for instance: i. We condem both at the United Nations and outside it Israel aggression on 5 June on the lines that we have now examined the evidence, have come to the conclusion that the Israel fired first shot. ii. We should at least condemn the Israel breach on the ceasefire in Southern Syria if confirmed. iii. We should make a financial offer to Jordan. iv. We should make public play with our differences with the Israelis over the status of Jerusalem and HMG Consul General. v. We should express admiration for the fight put up by the Jordanians and sympathy for the sufferings of the civilian population. b. We should explore what practical measures we can take to help the refugees in Jordan by sending men and materials as well as money; we should, if possible, increase our contributions for this purpose, c. On the question of Israel withdrawal, our lines should be that the war should not lead to the territorial aggrandizement of Israel; d. On the matter of Suez Canal, we should persuade the Belgians to get other canal users, especially the Indians to bring pressure on the Egyptians to reopen the canal as soon as possible. e. We must maintain pressure on the Kuwait, the Saudis, the Libyans and the smaller oil producers to resume supplies by stressing that their pretext for cutting supplies was not a valid one. At the same time we should not show undue anxiety in the public, we must not confirm the Arabs in their belief that the Arab oil can be used to blackmail us.43 Justeru itu, sebelum Lord Caradon membentangkan draf Britain tadi di PBB, maka segala elemen-elemen di atas telah diambil kira dan dieksploitasi agar proses damai yang akan diusulkan nanti akan menjamin kepentingan ekonomi dan strategik London di negara-negara Arab terus terpelihara. Walaupun British mengambil sikap yang berhati-hati dalam merangka pelan damai PBB, draf yang dibentangkan oleh Lord Caradon pada bulan November 1967 telah menimbulkan beberapa isu kontroversi sekaligus menelanjangkan dasar sebenar British dalam menaja proses damai Asia Barat. Beberapa frasa yang digunakan dalam draf ini telah menimbulkan perdebatan hangat kerana kesamarannya dalam memberikan justifikasi yang adil dan seimbang terhadap proses damai ini. Sekiranya dibandingkan dengan empat draf yang lain, terdapat beberapa kelemahan dalam draf yang dikemukakan oleh Britain ini. Malahan tidak keterlaluan jika disifatkan draf ini condong kepada kehendak Israel. Misalnya dalam soal pelarian Palestin, ia hanya menyebutkan bahawa “affirm further the necessity for achieving a just settlement of the refugee problem.”44  Berdasarkan kepada frasa ini, ia hanya menyentuh tentang menyelesaikan masalah perlarian yang timbul dari tragedi perang 1967 ini. Namun hakikatnya tidak dinyatakan pula betapa perlunya perlarian Palestin ini diberikan hak untuk memperolehi semula tanahair mereka yang ditakluki oleh Israel ketika perang, atau hak untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka. Frasa ini juga tidak menjanjikan sebarang jaminan bayaran gantirugi kepada perlarian yang dirampas tanahnya oleh Israel. (Pampasan sekiranya mereka enggan pulang semula ke wilayah yang ditakluki). Menurut duta Syria ke PBB, draf British ini sukar diterima kerana ia mengabaikan hak rakyat Palestin dan menyifatkannya sebagai “the uprooted, disposed people in exile, crying for justice for over twenty years.” Menurut Syria lagi, sekiranya draf British ini diterima maka berlanjutanlah masalah pelarian Palestin yang disifatkan, “another unjust and tragic chapter in the history of the the Arab world.”45 Maka tidak hairanlah draf British ini ditolak oleh Syria dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).46 Selain daripada isu ini, isu lain yang tidak jelas dalam draf British ini ialah berhubung dengan status Baitul Maqdis Timur yang ditawan oleh Israel. Biarpun Israel telah menawan wilayah Baitul Maqdis Timur ini dan berusaha menjadikannya sebagai sebahagian wilayah Israel, namun draf British tidak langsung menyentuh soal Baitul Maqdis ini. Sebagai perbandingan, draf yang dibentangkan oleh negara Amerika Latin dan Carribean menyatakan dengan jelas tuntutan agar isu Baitul Maqdis diputuskan segera sebagai sebahagian pelan damai. Menurut mereka proses damai mestilah, “reaffirm as in earlier recommendations the desirability of establishing an international regime for the Jerusalem.”47  Kegagalan pihak British untuk memasukkan isu Baitul Maqdis Timur dalam draf pelan damai tersebut agak menghairankan kerana isu Baitul Maqdis yang di dalamnya terletak Masjid Al-Aqsa ini merupakan isu paling penting dalam proses pelan damai Asia Barat. Pakar undang-undang antarabangsa, Profesor Elihu Lauterpacht dan R.H Pfafff misalnya menyifatkan bahawa dalam sebarang rundingan damai, Jerusalem adalah kunci utama perdamaian Arab-Israel.48   Selain daripada dua isu di atas, isu yang yang paling menimbulkan kontroversi dalam draf British ini ialah soal pengunduran tentera Israel dari wilayah-wilayah Arab yang ditakluki oleh Israel ketika perang 1967 ini. Persoalan yang timbul ialah sama ada draf resolusi British ini menuntut pengunduran ‘menyeluruh’ Israel dari seluruh wilayah Arab yang ditakluki pada 1967 atau pengunduran ‘sebahagian’ sahaja. Hal ini kerana berbanding dengan draf-draf yang lain, draf British hanya menyebut, “withdrawal from territories” dan bukannya “withdrawal from the territories .” Draf ini menimbulkan persoalan, apakah pengunduran yang dituntut daripada Israel adalah secara menyeluruh atau hanya wilayah-wilayah tertentu sahaja berdasarkan ‘budi bicara’ Israel? Hal ini kerana tanpa memasukkan frasa ‘the’, maka ayat dalam draf tersebut bersifat umum dan tidak tegas serta bergantung kepada tafsiran yang berbeza daripada mereka yang terlibat. Berbanding dengan draf yang dikemukakan oleh Amerika Latin dan Carribean yang secara jelas menuntut pengunduran Israel tanpa syarat dan menyeluruh dari seluruh wilayah Arab yang ditakluki pada perang 1967 ini. Draf Amerika Latin misalnya memasukkan frasa, “Urgently requests Israel to withdraw all its forces from ALL the territories  occupied by it as a result of the recent conflict.”49 Menjelang tujuh hari sebelum pengundian di PBB, Lord Caradon sebagai wakil Britain di PBB berusaha untuk meyakinkan negara-negara Arab bahawa draf resolusi tersebut bersifat adil dan seimbang. Malah beliau cuba meyakinkan pemimpin Arab bahawa draf tersebut tidak akan merugikan negara-negara Arab dalam jangka masa panjang. Hal ini berikutan dengan penentangan negara-negara Arab yang bertegas mahukan agar frasa ‘the’ dimasukan ke dalam versi teks yang berbahasa Inggeris itu, sekaligus membawa konotasi pengunduran Israel secara menyeluruh dari wilayah-wilayah Arab yang diduduki tanpa syarat. Malahan mereka bersependapat bahawa tanpa frasa ‘the’ sebelum “territories” membawa maksud pengunduran yang terhad (partial withdrawal) oleh regim Zionis.50 Justeru dalam usaha meyakinkan pemimpin Arab bahawa British bersikap adil dalam merangka draf tersebut, maka pada 15 November 1967, Caradon telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil negara Arab khususnya Menteri Luar Mesir, Mahmoud Riad. Riad yang telah ditunjukan draf tersebut kemudiannya telah bertanya kepada Caradon, apakah teks tersebut menunjukkan bahawa Israel hanya akan berundur untuk wilayah-wilayah tertentu sahaja dan bukannya secara menyeluruh. Caradon dengan tegas menyatakan bahawa, “of course not! The text means ALL and not some of the territories!”51 Walau bagaimanapun desakan pemimpin Arab, Soviet Union dan dunia Islam untuk memasukkan frasa ‘the’ ini telah mendapat bantahan daripada Amerika Syarikat dan Israel. Keengganan pihak British untuk memasukkan frasa ‘the’ ini sememangnya tidak sukar difahami memandangkan sejak awal perbincangan proses damai ini, London berpegang kepada pendirian bahawa mereka akan hanya menyokong resolusi yang tidak menghentam Israel, “to vote any moderate worded resolution at the United Nations condemning Israel aggression and abstain on any immoderately worded resolution.”52 Justeru tidak hairanlah selepas perang 1967, British tidak menyokong sebarang usaha untuk mengkritik keganasan Israel secara tegas. Contohnya ialah cadangan yang dibawa oleh Albania pada 4 Julai 1967 di PBB yang mengkritik keganasan Israel telah ditolak oleh Britain.

image

0 Komentar untuk "PERANG ENAM HARI"

Popular Posts

Back To Top