w a n n u r s y a r i f a h

PERANG ENAM HARI



PERANG ENAM HARI
SIRI 4

(Kalau nk baca siri sebelumnye klik jew kt tag or label PERANG ENAM HARI kt bwh tu ye)
Tujuan peryiaran artikel x laen x bkn tuk memberi teladan kepada kite dari segi moral n nilai2 ukhuwah sesame umat islam)

Nim adala artikel yg lengkap dgn resolusi pbb n draf kerajaan british sebenar berkaitan perang enam hari..selalu kite dok bace pasal fakta jew kn..skg kite bace cite di balik tiraimeja separuh bulat pbb n great britainzionis plok ye..sakit pewot saie dok wt artikely nim..hadoiii..
( kecuali la klu pihak british or pbb menafikn nye hihi)


British juga berpendapat bahawa sekiranya draf pelan damai yang akan dikemukakan oleh Yugoslavia diterima, maka terdapat kemungkinan Soviet akan mengusulkan pula sekatan ekonomi keatas Israel yang masih berdegil.  Usul sekatan ekonomi ke atas Israel pula sudah pasti akan diveto oleh Amerika.22 Setelah pelbagai kemungkinan dikaji berhubung draf ini, British memutuskan untuk menggunakan pendekatan diplomatik paling licik bagi menjaga kepentingan London di negara-negara Arab. British berpendapat bahawa menolak keseluruhan draf tersebut bukanlah satu pendekatan diplomatik yang bijak. Sebaliknya London memutuskan untuk memberikan sokongan bersyarat dan terhad kepada perenggan-perenggan tertentu sahaja dan bukannya keseluruhan draf. Perenggan yang sudah pasti ditolak oleh British ialah “we should state clearly our objection to the word ‘immediately’ [Israel withdrawal].” 23   Pada 12 Julai 1967, perbahasan berhubung draf Yugoslavia telah diadakan di Majlis Keselamatan PBB. Wakil Britain di PBB, Lord Caradon dalam ucapannya menjelaskan pandangan Britain terhadap proses damai; There must be disengagement and withdrawal, there must equally be final security against renewed hostility; there must be relief and rehabilitation on a new and imaginative scale never before contemplated…there must be demilitarized frontiers, there must be an end of the arm race, there must be restoration of international authority.24 Walau bagaimanapun, draf yang dikemukakan oleh Yugoslavia ini kemudiannya gagal untuk mendapat undi majoriti di Majlis Keselamatan PBB.  British dan Amerika pula secara jelas menentang sebarang desakan yang menuntut pengunduran serta merta tentera Israel dari wilayah-wilayah Arab yang ditakluki tanpa sebarang syarat. Kegagalan draf Yugoslavia ini amat melegakan Britain dan Amerika. Lantas kedua-dua sekutu ini telah merangka strategi bagi mengusulkan pelan damai tajaan mereka sendiri. Bermula pada 9 hingga 10 Ogos 1967, perbincangan untuk merangka pelan damai ini telah dijalankan di Washington. Rundingan kemudiannya diteruskan di London pada 15 Ogos. Menurut wakil Britain di PBB, Lord Caradon bahawa dalam pelan damai yang dirangka ini maka kepentingan British di Asia Barat mesti diberikan perhatian penting. British juga merasakan bahawa satu pelan damai yang komprehensif adalah perlu memandangkan Israel tidak mungkin mengundurkan tenteranya dari wilayah Arab yang ditakluki kecuali keselamatan berkekalan bagi Israel dijamin sepenuhnya oleh negara-negara Arab. Prinsip penting yang akan mendasari draf itu nanti perlulah, “… we should concentrate on the comprehensive resolution and not work simultaneously for a partial solution.” 25 Pada 14 hingga 15 September 1967, satu lagi mesyuarat antara Jabatan Negara Amerika dan Pejabat Luar British berhubung pelan damai Asia Barat diteruskan di London. Kedua-dua pihak bersependapat bahawa proses damai Asia Barat mesti disegerakan dan diterajui oleh Amerika dan Britain bagi mengekang pengaruh Soviet di negara-negara Arab. Menurut Setiausaha Rendah Amerika Syarikat bagi Hal Ehwal Politik, Eugene Rostow dalam mesyuarat tersebut bahawa; “It was important that matters should not be allowed to drift in the UN with the danger that unacceptable resolution might be put forward in the Security Council. It was therefore essential to work for early meeting in the Security Council (by Britain and America).”

Bersambung ke siri 5

0 Komentar untuk "PERANG ENAM HARI"

Popular Posts

Back To Top