w a n n u r s y a r i f a h

PERANG ENAM HARI



PERANG ENAM HARI
SIRI 5

Dalam mesyuarat sulit tersebut, Setiausaha Rendah Tetap Britain bagi Hubungan Luar, Sir P. Gore Booth pula menegaskan bahawa Amerika perlu memberikan tekanan kepada Israel supaya lebih bersikap fleksibel dalam isu Baitul Maqdis yang merupakan kunci perdamaian di Asia Barat. Selain itu, Amerika dan Britain pada dasarnya bersetuju bahawa tekanan juga perlu diberikan kepada Soviet.27 Amerika pada asasnya bersetuju dengan saranan pihak British tetapi menegaskan bahawa agak sukar untuk terlalu menekan Israel memandangkan Amerika akan menghadapi pilihanraya presiden tidak lam a lagi. 28 Selanjutnya pada 14 September, Rostow telah mengadakan mesyuarat berasingan dengan Setiausaha Luar Britain, George Brown. Dalam mesyuarat tersebut, Rostow menjelaskan bahawa Amerika akan cuba untuk mengawal Israel walaupun Israel menuntut penyatuan Baitul Maqdis Timur sebagai wilayah Israel yang pada pandangan Amerika sebagai ‘very negotiable.”29 Brown pula menyatakan bahawa penyelesaian damai Asia Barat perlu di bawah tajaan Amerika dan Britain bagi mengekang sebarang dominasi blok komunis untuk menaja perjanjian damai yang akan merugikan mereka dan Israel.30 Sementara itu, sepanjang bulan September dan Oktober 1967, beberapa siri perbahasan telah diadakan di PBB. Hal ini berpunca daripada aduan yang dibuat oleh Mesir, Syria dan Israel terhadap seteru masing-masing berhubung pencabulan terhadap gencatan senjata. Misalnya pada 12, 21 dan 27September, akibat daripada pencabulan gencatan senjata ini, Mesir dan Israel telah berbalas tembakan di wilayah sempadan.31 Sementara itu di PBB, suara-suara kritikan terhadap kelembapan PBB menaja pelan damai yang komprehensif mula kedengaran. Antara yang paling lantang ialah wakil Britain ke PBB, Lord Caradon yang menyelar kelemahan PBB; “for months we have been urging the appointment of a United Nations special representative…working with urgency, particularly in the past few days to establish and declare the principles which should govern a settlement.” 32 Jelasnya di sini, antara tempoh selepas perang iaitu mulai akhir Jun hingga Oktober 1967, beberapa siri rundingan dan perbahasan telah diadakan di PBB bagi mencari penyelesaian bagi krisis Arab-Israel melalui pelan damai yang seimbang dan komprenhensif. Walaupun keduadua belah pihak iaitu Arab dan Israel telah menandatangani perjanjian gencatan senjata pada akhir Jun 1967, namun pelan damai yang lebih yang bersifat kekal perlu disegerakan. Untuk itu, blok komunis telah berusaha untuk mengutarakan pelan mereka sendiri namun gagal berikutan strategi diplomatik Britain dan Amerika. Pada waktu yang sama, Amerika dan Britain mula menyusun langkah untuk menaja pelan damai mereka sendiri dalam mewujudkan pelan damai yang berkekalan di Asia Barat pasca perang 1967. Yang kelihatan dalam tempoh tersebut bukan sahaja persengketaan antara negara-negara Arab dan Israel tetapi juga persaingan pengaruh antara Soviet dan Amerika dalam konflik Arab Israel 1967. Britain dan Resolusi 242 PBB: Antara damai dan diplomatik  Majlis Keselamatan PBB telah mengadakan tujuh mesyuarat bagi membahaskan draf resolusi bagi pelan damai di Asia Barat mulai 9 hingga 22 November 1967. Terdapat lima draf yang telah diusulkan daripada pelbagai blok dan negara untuk diperdebatkan dalam sesi ini, dengan draf Britain telah dibentangkan oleh Lord Caradon pada 16 November 1967. Draf pertama telah dikemukakan oleh Mali dan Nigeria (dikenali juga dengan draf tiga kuasa). Asas kepada draf ini adalah berdasarkan kepada draf awal yang pernah dibentangkan oleh 16 negara AmerikaLatin dan 4 buah negara Kepulauan Carribean pada bulan Julai 1967.33 Draf yang kedua datangnya daripada negara-negara Amerika Latin sendiri.34 Draf yang ketiga pula datangnya dariAmerika Syarikat.35 Draf yang keempat ialah dari Soviet.36 Manakala draf yang kelima telah dibentangkan oleh Lord Caradon yang dirangka oleh British.37 Draf yang dibentangkan olehLord Caradon ini telah dibahaskan bersama-sama dengan drafdraf yang lain. Antara butir-butir penting draf Britain ialah seperti berikut: 1. The Security Council : expressing its continuing concern with the grave situation in the Middle East. 2. Emphasizing  the inadmissibility of the accusation of territory by war and the need to work for a just and lasting peace in which every state in the area can live in security. 3. Emphasizing  further that all member states in their acceptance of the charter of the United Nations have undertaken a commitment to act in accordance with article 2 of the charter: Affirms  that the fulfillment of charter principles requires the establishment of a just and lasting peace in the Middle East which includes the application of both the following principles: i. ii. Withdrawal of Israel armed forces from territories recent conflict.  occupied in the Termination of all claims or states of belligerency and respect for and acknowledgement of the sovereignty, territorial integrity and political independence of every state in the area and their rights to live in peace with secure and recognized boundaries free from threats or acts of force. Affirms  further the necessity: i. ii. For guaranteeing freedom of navigation through international waterways in the area. For achieving a just settlement of the refugees problem. iii. For guaranteeing the territorial inviobility and political independence of every state in the area, through measures including the establishment of demilitarized zones,  iv. Request  the Secretary General to designate a special representative to the Middle East to establish and maintain contact with the states concerned in order to promote agreement and assist efforts to achieve a peaceful and accepted settlement in accordance with the provisions and principles of this resolution, v. Request  the Secretary General to report to Security Council on the progress of the efforts of the Special representative as soon as possible.38 Sebenarnya dalam menyediakan draf tersebut, British telah mempertimbangkan pelbagai kemungkinan bagi memastikan bahawa resolusi yang akan diputuskan nanti mampu menjamin kepentingan pihak British sama ada di dunia Arab mahupun di Israel. Malahan sejak awal lagi tumpuan diberikan agar dalam merangka pelan damai ini, kepentingan ekonomi British di negara-negara Arab tidak terjejas, “it will be contrary to British interest to take a lead in moves which the Arab will not like.” 39 Dalam merangka draf ini, British mengakui hakikat bahawa 1) Israel mesti kekal di wilayah yang ditaklukinya 2) UAR tidak mempunyai peluang langsung untuk menang dalam peperangan tersebut.40 Berdasarkan kepada dua prinsip ini, British berusaha untuk memulihkan kepentingan ekonominya di negara-negara Arab yang terjejas teruk selepas perang 1967. Pihak  Pejabat Luar Britain telah menggariskan beberapa panduan dalam melobi kerangka draf ini iaitu: To make public statement on lines which will be comparatively pleasing to the Arabsand on which we can rest at the United Nations and in meeting the inevitable demands for answer to Press and Parliamentary questions. Such statement might contain the following element: 1. Welcome for the cease fire, condemnation for anyone who breaks it; 2. reaffirmation of our neutrality 3. Suggestion that the four powers should promote a just and lastingsettlement in consultation with the countries of the area, preferably through the United Nations; 4. Invitation to world leader 9e.g Pope) to give their views on the possibility of making the Jerusalem and its immediate environs an ‘open city’ under the United Nations control; 5. Offer practical help e.g medicines, tents etc. to refugees.

0 Komentar untuk "PERANG ENAM HARI"

Popular Posts

Back To Top