w a n n u r s y a r i f a h

PERANAN SETIAP UNIT DI MAKMAL HOSPITAL


KEMUDAHAN DAN PERANAN SETIAP UNIT
1. Unit Patologi Kimia
Unit Patologi Kimia adalah salah sebuah unit di JPMD yang menjalankan ujian diagnostik biokimia
ke atas
spesimen darah, urin dan lain-lain cecair badan. Perkhidmatan diagnostik yang ditawarkan
meliputi ujian Biokimia,
ujian Pemantauan Terapi Ubatan, Biokimia Khusus, Hormon, Penanda Tumor, Penanda Kardiak dan
ujian Saringan
Metabolik.
2. Unit Tabung Darah
Unit ini berperanan memastikan bekalan darah dan komponennya memenuhi keperluan hospital.
Ujian keserasian
darah adalah ujian yang utama di unit ini sebelum darah atau komponennya dibekalkan kepada
wad. Pembekalan
darah dan komponen merangkumi pembekalan Apheresis, Cryoprecipitate, Fresh Frozen Plasma,
Random Platelet
serta sel darah merah. Ujian keserasian merangkumi Acid Elution, Anti D Titer, Antibody
Investivigation, Blood group,
Cold Aggutinin, Crossmatch (blood), Rh Phenotyping dan Transfusion Reaction.
3. Unit Hematologi
Unit Hematologi berperanan menawarkan perkhidmatan perubatan yang berkaitan etiologi,
diagnosis, rawatan,
prognosis dan pencegahan penyakit darah. Penyakit darah memberi kesan kepada penghasilan
darah dan
komponennya seperti sel darah merah, sel darah putih, platelet, hemoglobin, protein darah dan
mekanisma
pembekuan darah. Perkhidmatan makmal hematologi turut mengeluarkan laporan filem darah dan
sumsum tulang
secara mikroskopik dan yang lain-lain termasuk bleeding disorders seperti hemophilia, idiopathic
thrombocytopenic
purpura; haematological malignacies seperti lymphoma dan kes leukemia (onco haematology)
dan haemoglobinopathies.
4. Unit Bakteriologi
Unit Bakteriologi, menawarkan perkhidmatan ujian kultur dan sensitiviti ke atas spesimen pesakit.
Ujian kultur
dilakukan bagi memencilkan patogen yang menyebabkan penyakit. Ujian sensitiviti pula dilakukan
ke atas patogen
yang dipencil untuk mengetahui suseptibiliti patogen terhadap agen antimikrob.
5. Unit Virologi Serologi
Unit ini menawarkan perkhidmatan pengesanan paras antibodi dan antigen di dalam sampel darah
menggunakan
beberapa kaedah seperti Enzyme Immunoassay (EIA), Particle Agglutination ,Immunochromato
graphy Test (ICT) dan
Immunoblot assay. Perkhidmatan unit ini merangkumi pengujian bagi pengesanan HIV, virus
Hepatitis A, B dan C,
Chikungunya, Denggi,JE,panel TORCH,Saringan Antenatal,Measles,Mumps,VZV,EBV,Parvovirus B19
dan beberapa
mikroorganisma lain seperti Leptospira, Legionella,Chlamydia serta Mycoplasma.
6. Unit Histopatologi
Unit Histopatologi berperanan dalam memberikan perkhidmatan kepakaran diagnostik berkaitan
patogenesis sesuatu
penyakit. Perkhidmatan yang diberikan di makmal Unit Histopatologi adalah menjalankan
pemprosesan spesimen
tisu dan pemeriksaan mikroskopik ke atas slaid-slaid spesimen yang diterima. Antara spesimen
yang diterima untuk
tujuan diagnosis histopatologi adalah seperti spesimen tisu di dalam formalin, tisu segar dan
biopsi.
Ujian-ujian pewarnaan yang dilakukan di makmal untuk tujuan diagnosis pemeriksaan
histopatologi seperti ujian
pewarnaan rutin hematoxylin & eosin (H&E), Diagnosis; intraoperatif (‘frozen section’),
immunofluorescent,
immunohistokimia, enzim acethylcholinesterase pewarnaan khusus dan pewarnaan untuk kes-kes
rujukan.
7. Unit Sitopatologi
Unit Sitopatologi menawarkan perkhidmatan saringan apusan pap- gynae, saringan sampel cairan
badan bukan-
gynae dan aspirasi jarum halus FNAC. Analisa saringan HPV-DNA juga merupakan perkhidmatan
tambahan yang
disediakan bagi memenuhi permintaan ujian dari dalam dan luar PPUKM.
8. Unit Forensik
Unit ini memberikan perkhidmatan patologi forensik dan odontologi forensik yang berkait dengan
mediko-legal
merangkumi bidang-bidang berikut:
1. Pemeriksaan Forensik Patologi
i. Kes penyakit biasa
ii. Kes disyaki homisid
iii. Kes kemalangan
iv. Kes bunuh diri
v. Kes penyakit berjangkit
vi. Kes Pediatrik dan Neuropatologi
vii. Forensik Odontologi dan Antropologi
viii. Pendapat kedua pemeriksaan postmortem
2. Pemeriksaan Kes Klinikal Forensik :
i. Diagnosis dan pengurusan perubatan
ii. Pemeriksaan am
iii. Kecederaan yang menyebabkan kematian.
iv. Pengambilan spesimen
3. Rujukan pendapat pakar dari segi mediko-legal :
i. Rujukan sebagai saksi pakar
ii. Rujukan dari segi perundanagan
iii. Rujukan bagi jurnal perubatan
Perkhidmatan mortuari merupakan sebahagian daripada perkhidmatan forensik patologi.
9. Unit Imunologi Serologi
Menawarkan perkhidmatan diagnosis reaksi imun pada pesakit. Antara perkhidmatan makmal
dianostik adalah
pengesanan paras immunoglobulin, komplemen, autoimun dan alergi.
10. Unit Mikologi
Terdapat 3 jenis ujian yang dijalankan di Makmal Mikologi iaitu ujian kultur untuk pengenalpastian
fungus dan
ujian serologi. Pengkulturan dilakukan terhadap spesimen kuku dan kulit. Ujian serologi digunakan
bagi pengesanan
antigen seperti Candida , Aspergillus dan Cryptococcus dan pengesanan antibodi seperti Candida,
Aspergillus dan
Histoplasma.
11. Unit Sitogenetik
Unit Sitogenetik menyediakan perkhidmatan analisa kromosom secara konvensional dan molekular.
Sitogenetik
konvensional menawarkan perkhidmatan analisa kromosom ke atas sampel darah dan sum-sum
tulang bagi
mengesan keabnormalan numerikal dan keabnormalan struktur kromosom pesakit. Sitogenetik
molekular merupakan
perkhidmatan tambahan kepada sitogenetik konvensional (pengkariotipan) untuk mengesan
keabnormalan krip
(cryptic abnormality). Sitogenetik molekular melibatkan teknik-teknik seperti penghibridan in situ
berpendaflur
(FISH ), Comparative Genomic Hybridisation (CGH ) dan Spectralkaryotyping ( SKY).
12. Unit Hemotasis Khusus
Unit ini menawarkan perkhidmatan pengujian khusus bagi membantu penentuan dan perawatan
terhadap penyakit
pesakit yang mengalami masalah pendarahan dan trombosis (pembekuan darah). Antara ujian yang
ditawarkan
adalah penentuan aras “Factor VIII”, “Factor IX”, “Factor Von Willebrand”, “Lupus Anticoagulant”,
“Thrombophilia
Assays” dan “Platelet Function Test”. Ujian terbaru yang telah diperkenalkan adalah “DRVV
Screen”, “DRVV Confirm”
dan “Anti-Xa Assay”. Perancangan bagi pengembangan perkhidmatan adalah tambahan ujian bagi
panel
“Thrombophilia Assays”, “Factor Assays” dan pengujian fungsi platelet dengan menggunakan
mesin sitometri aliran.
13. Unit Transplantasi Sel Stem
Unit Transplantasi Sel Stem menyediakan perkhidmatan penuaian, pengukuran, kriopreservasi,
penulenan,
penyimpanan dan pembekalan sel stem darah periferi untuk tujuan transplantasi kepada pesakit.
Unit ini turut
menjalankan prosedur leukoferesis bagi pesakit yang mengalami hiperviskositi dan juga
pendermaan darah
autologous sebelum pembedahan dijalankan terutamanya untuk pembedahan spinal. Platelet
aferesis dijalankan
bagi menampung kekurangan platelet. Unit ini turut menawarkan ujian immunoasai erythropoietin
dan beta-2-
microglobulin bagi membantu perawatan pesakit.
14. Unit Molekular Genetik
Unit Molekular Genetik menawarkan perkhidmatan pendiagnosan penyakit genetik metabolik dan
kanser genetik
untuk diagnosis, prognostikasi dan pemonitoran rawatan. Perkhidmatan diagnosa penyakit
metabolisma genetik
yang ditawarkan ialah ‘Alpha Thalassemia Gene Mutation’ dan ‘Hb Constant Spring Mutation’. Ujian
ini juga
dijalankan untuk diagnosis perinatal dengan menggunakan sampel vilus korion atau fluid amniotik.
Untuk diagnosa
penyakit genetik kanser iaitu leukemia khususnya, ujian untuk pengekspressan gen BCR ABL
dijalankan melalui dua
cara iaitu Real Time PCR dan ‘Reverse Transcriptase PCR’. Ujian BCR ABL ini sangat penting untuk
membolehkan
Pegawai Perubatan monitor rawatan yang diberikan kepada pesakit. Kelebihan mempunyai mesin
DNA Sequencer
membolehkan ujian kimerisme bagi pengesanan “Engraftment Transplant” bagi pesakit yang
menjalani transplantasi
di HUKM. Teknik-teknik molekular terkini seperti penjujukan DNA, ‘DNA Profiling’, Real Time PCR
dan PCR diguna
untuk mendapatkan hasil ujian yang lebih tepat dan cepat.
15. Unit Kultur Tisu
Unit Kultur tisu bertanggungjawab untuk membekalkan perkhidmatan isolasi virus di makmal untuk
pengesanan,
pengenalpastian antigen dan replikasi virus yang tidak boleh dikesan secara langsung. Jenis
sampel yang dihantar
ke makmal bergantung kepada jenis virus yang hendak dipencilkan. Pengesahan virus yang telah
dipencilkan
dikenalpasti menerusi Ujian Imunofluoresen. Ujian-ujian yang dijalankan termasuklah virus
Respiratori, Chlamydia
trachomitis, Cytomegalovirus , Herpes Simplex Virus, Varicella Zoster Virus dan Enterovirus.
16. Unit Imunologi Selular
Unit ini menawarkan perkhidmatan diagnosis reaksi keimunan sel pada pesakit dan khidmat
rundingan pakar.
Antara perkhidmatan makmal dianostik adalah ujian fungsi fagosit meliputi ujian saringan dan
keberkesanan
tindakan keimunan sel. Ujian saringan yang dilakukan adalah menggunakan ujian ’Chemiluminesen
ce’ dan ’Nitro-
Blue Tetrazolium’ (NBT), manakala ujian keberkesanan tindakan keimunan sel diuji dengan
menggunakan kaedah
ujian penelanan dan pembunuhan menggunakan fungus atau bacteria.
17. Unit Biologi Molekul
Unit ini bertanggungjawab memberi perkhidmatan menjalankan ujian berdasarkan teknik-teknik
molekular. Ujian-
ujian yang dilakukan di unit ini adalah ujian PCR terhadap Mycobacterium tuberculosis, Dengue,
Hepatitis B Virus,
Hepatitis C Virus, Cytomegalovirus , Herpes Simplex Virus, Human Immunodeficiency Virus (HIV).
18. Unit Penyediaan Media
Unit Penyediaan Media bertanggungjawab untuk membekalkan perkhidmatan penyediaan media,
reagen pengujian
dan bahan & radas steril kepada makmal untuk pengesanan, pengenalpastian mikrob patogen.
Jenis penyediaan di
Unit Penyediaan Media termasuklah penyediaan media padat, media cecair, pewarnaan, reagen
biokimia dan bahan
& radas steril. Selain penyediaan media Unit turut memberi perkhidmatan dalam pencucian dan
pengumpulan sisa.
19. Unit Perinatal
Unit ini menjalankan perkihdmatan penyaisat sebab-sebab kematian bayi dan fetus, dengan
menjalankan ujian
autopsi serta ujian mikroskopik histopatologi (HPE). Pemeriksaan plasenta (HPE) juga dilakukan
untuk menyiasat
tentang masalah pada ibu mengandung dan bayi.
20. Bahagian Pengambilan Darah
Bahagian Pengambilan Darah JPMD ditempatkan di 5 buah Klinik Pakar Perubatan PPUKM seperti
Klinik Pakar
Perubatan 2, Klinik Pediatrik 1 dan 2, Klinik Obstetrik dan Ginekologi , Klinik Nefrologi dan SLE
serta Klinik Bandar
Tasik Selatan. Kakitangan yang bertugas terdiri daripada Pembantu Makmal dan Atendan Kesihtan.
Bahagian ini berperanan sebagai tempat yang mengendalikan proses pengurusan spesimen pesakit
luar PPUKM
bermula daripada proses pengumpulan, pengenalpastian, pengendalian dan penghantaran
spesimen ke makmal-
makmal di JPMD. Keseluruhan aktiviti dilakukan oleh tenaga mahir, cekap dan terlatih supaya
integriti spesimen dan
kualiti mutu yang diperolehi berada dalam keadaan baik serta memenuhi piawai sebelum dihantar
ke makmal-
makmal pengujian JPMD. Hasil keputusan makmal dianggap bererti sekiranya spesimen yang
diperolehi itu
berpunca daripada pesakit yang betul, kaedah pengambilan darah betul, perlabelan spesimen
tepat, pengurusan
spesimen dan penghantaran spesimen mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh makmal.
Bahagian ini turut
bertindak sebagai perantara di antara pihak makmal dengan perkhidmatan hospital lain.sumber

Tag : PERUBATAN
2 Komentar untuk "PERANAN SETIAP UNIT DI MAKMAL HOSPITAL"

Saya mengambil jurusan kimia.saya ingin bertanya antara unit makmal dinatas mana yang sesuai untuk latihan industri bagi prospek kursus saya

Untuk makmal di atas,adalah sesuai untuk bidang perubatan,walaubagaimanapun,Nadrag boleh merujuk kepada penyedia kursus berkenaan tentang latihan industri yang sesuai dengan lebih terperinci.

Popular Posts

Back To Top