w a n n u r s y a r i f a h

MENYUSURI ZAMAN FIRAUN


ī

Assalamualaikum..pada entri kali nim saie ingin membawa para pelawat menyingkap zaman firaun.
Antara kisah2 yg jarang kite ketahui adala sperti kisah pebantu bg puteri firaun.

Meneliti kisah Firaun yang memerintah Mesir pada zaman Nabi Musa AS diutus menjadi Rasul
tidak akan melepaskan diri kita daripada membicarakan mengenai seorang wanita yang
mempunyai keimanan, kesabaran dan kerelaan terhadap segala ketentuan Allah yang tidak ada
tolok bandingnya di dunia ini. Wanita itu dikenali sebagai Mashitah.
Mashitah bekerja sebagai pelayan raja dan tugasnya yang khusus ialah sebagai tukang sikat
keluarga Firaun. Beliau menyahut seruan Islam yang dibawa Nabi Musa AS tetapi keislamannya
disembunyikan agar hidupnya tidak diganggu.
Umum mengetahui Firaun - raja Mesir ketika itu mengaku dirinya tuhan dan memaksa rakyat
menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Sesiapa yang ingkar suruhan dan
perintahnya akan disiksa atau dibunuh.
Dengan takdir Allah SWT, rahsia Mashitah yang selama ini menyembunyikan keislamannya
terbongkar. Hal ini terjadi pada suatu hari ketika Mashitah menyikat rambut salah seorang
daripada puteri Firaun. Tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dengan tidak sengaja beliau menyebut
nama Allah.
Perkataan Allah yang terkeluar dari mulut Mashitah itu didengar puteri Firaun. Lantas ia
bertanya apakah maksud perkataan tersebut. Pada mulanya Mashitah teragak-agak dan enggan
menjawab pertanyaan itu. Tetapi selepas berkali-kali didesak puteri Firaun itu, beliau
menyatakan dengan tenang: “ Allah adalah Tuhanku dan Tuhan sekalian alam. ”
Alangkah terkejutnya puteri Firaun dengan penjelasan Mashitah itu. Tidak disangkanya ada
lagi Tuhan selain daripada Firaun. Ini mendorongnya untuk menceritakan apa yang terjadi
kepada Firaun.
Mashitah dipanggil dan penyiasatan dijalankan. Selepas jelas kepada Firaun bahawa Mashitah
memeluk agama Islam yang dibawa Nabi Musa dan tidak mengaku Firaun sebagai Tuhan, maka
dengan kekuasaan yang ada padanya, Firaun menghukum Mashitah dan keluarganya yang
memeluk Islam.
Sesungguhnya sumbangan dan jasa Mashitah kepada Firaun amat besar. Selain menjadi tukang
sikat kepada puteri-puteri Firaun, Mashitah juga mengasuh dan mengurus istananya (Firaun).
Tetapi jasa Mashitah tidak dikenang Firaun.
Hukuman bunuh yang dikenakan ke atas Mashitah dan keluarganya itu dianggap sebagai satu
ujian dan dugaan daripada Allah. Tuhan hendak menguji sejauh mana ketabahan iman
Mashitah. Kesediaannya menghadapi dugaan jelas terbukti kerana Mashitah, walaupun memiliki
fizikal yang lemah, beliau mempunyai kekuatan jiwa yang tidak dapat ditandingi wanita lain.
Mashitah dengan lapang dada menerima apa saja yang dilakukan manusia kufur, sombong,
bongkak dan tiada berhati perut. Sudah menjadi lumrah alam, manusia yang lemah akan terus
ditindas dan diseksa jiwa dan hatinya.
Hukuman yang akan dikenakan ke atas Mashitah dan keluarganya ialah mereka akan direbus
hidup-hidup . Hamman, menteri yang dipertanggungjawabkan oleh Firaun untuk melaksanakan
tugas itu mengarahkan pegawainya menyediakan sebuah kawah besar. Air dimasak sehingga
mendidih.
Selepas persiapan disediakan, Mashitah dan keluarganya dipanggil untuk mengetahui sikap
dan pendiriannya. Mashitah dan keluarganya diberi kata dua oleh Hamman - menyembah
Firaun kembali atau dihumban ke dalam kawah jika terus beriman kepada Allah.
Secara tegas dan tenang Mashitah menyatakan pendirian dan keimanannya. Mereka akan terus
beriman kepada Allah.
Mendengar jawapan tegas darpada Mashitah itu, Hamman memaksa Mashitah dan keluarganya
terjun ke kawah yang airnya menggelegak panas itu.
Orang pertama yang dicampak ke dalam kawah ialah suami Mashitah, diikuti tiga anaknya.
Anaknya yang keempat yang masih bayi itu dibiarkan berada dalam kendongan Mashitah.
Alangkah sedih, hiba dan sayunya hati Mashitah melihat suami dan anak-anak terkapai-kapai
di dalam air yang menggelegak itu.
Melihat keadaan Mashitah dan anaknya yang masih merah itu, syaitan mengambil kesempatan
menggodanya. Dibisiknya ke telinga Mashitah rasa kasihan dan simpati terhadap anak-
anaknya yang tidak tahu apa-apa itu. Ini menyebabkan hati Mashitah serba salah - sama ada
hendak terjun atau tidak ke dalam kawah bersama-sama anaknya itu.
Tetapi kudrat Allah mengatasi segala-galanya. Dengan spontan Allah menjadikan anak
Mashitah yang kecil itu kebolehan untuk berkata-kata. Didorongnya ibunya, Mashitah supaya
segera terjun ke kawah. Antara lain kata-kata anaknya: “ Wahai ibu! Marilah kita menyusul
ayah. Sesungguhnya syurga menanti kita .”
Mendengar kata-kata anaknya itu, Mashitah dengan penuh rasa kehambaan lantas terjun ke
dalam kawah yang sedang menggelegak airnya. Pengawal mengacau kawah dengan sudip besi
seperti mereka merebus ikan. Matilah Mashitah bersama-sama suami dan anak-anaknya demi
untuk mempertahankan keimanan dan akidah mereka yang suci.
Tetapi Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Sebarang kezaliman dan kekejaman tidak dibiarkan
berlaku begitu sahaja. Allah telah meruntuhkan kerajaan dan istana Firaun di mana Hamman
dan pegawai-pegawai yang membunuh Mashitah dan keluarganya mati terperangkap dalam
runtuhan istana tersebut. Takhta dan harta benda semuanya tenggelam dan hilang.
Hamman dan pegawainya diberi balasan setimpal dengan apa yang mereka kerjakan. Manusia
yang ingkar memang wajar dimatikan dalam keadaan hina. Dan di akhirat kelak kehinaan yang
lebih hebat akan mereka terima dan rasai.
sekian buat masa ini.

Tag : FIRAUN
0 Komentar untuk "MENYUSURI ZAMAN FIRAUN"

Popular Posts

Back To Top