w a n n u r s y a r i f a h

MENGENAI HEMOGLOBULIN

image

image

image

Haemoglobin
Apa yang anda harus tahu tentang
Panduan Khas bagi Pesakit Barah dan Penjaganya

Mengapa Tubuh Anda Memerlukan
Haemoglobin?

Seperti sebuah kereta, tubuh anda memerlukan tenaga  untuk bergerak. Haemoglobin atau Hb penting kerana ia membawa oksigen di dalam darah anda kepada seluruh badan. Bayangkanlah oksigen yang dibawa oleh haemoglobin sebagai tenaga yang diperlukan oleh tubuh anda untuk terus hidup dan berfungsi dengan lancar. Haemoglobin merupakan protin besi yang kompleks yang terdapat dalam tubuh anda. Walaupun terdapat juga air serta plasma yang membawa oksigen, haemoglobin adalah unik kerana ia dapat berkembang sebanyak 5O kali ganda daripada jumlah oksigen yang dibawanya itu.

Mengapa Darah Anda Merah?

Sel darah berwarna merah kerana ia mengandungi kimia protin haemoglobin yang berwarna merah cerah.

Bagaimana Haemoglobin Memberi Tenaga
Kepada Tubuh Anda?

Oleh kerana haemoglobin mengandungi zat besi, ia adalah "pengangkutan" yang sesuai digunakan untuk membawa oksigen dan karbon dioksida. Apabila sel darah merah memenuhi pundi angin dalam paru-paru anda, ia mengambil oksigen. Haemoglobin di dalam sel darah merah bergabung dengan oksigen untuk menghasilkan oxyhaemoglobin. Apabila sel darah merah mengalir di dalam tubuh anda, ia memberi oksigen kepada tisu-tisu. Di dalam tisu-tisu, haemoglobin mengambil karbon dioksida dan mengeluarkannya ke dalam pundi angin paru-paru. Karbon dioksida tersebut, kemudiannya dihembuskan.

KELESUAN
Apa itu Kelesuan?

Kelesuan disebabkan oleh kekurangan haemoglobin di dalam darah seseorang. Terdapat beberapa jenis kelesuan yang berlainan. Sesetengah jenis menyebabkan masalah kesihatan yang sedikit sahaja, manakala ada yang boleh memudaratkan.

Mengenal Pasti Kelesuan

Jika anda berasa bahawa anda menghidapi kelesuan, doktor anda boleh menjalankan ujian darah untuk menentukan jika anda benar-benar menghidapi kelesuan.

Jangan Pandang Ringan Haemoglobin Anda

Biasanya, tubuh anda menghasilkan sel darah merah yang mencukupi bagi darah anda untuk berfungsi dengan baik. Tetapi ada beberapa perkara yang boleh menghalang tubuh anda daripada menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Jika ini berlaku, tahap Hb anda akan jatuh dan akibatnya, tubuh anda tidak akan mendapat oksigen yang secukupnya. Kekurangan zat seperti zat besi, vitamin B12 dan asid folik juga akan mengurangkan bilangan Hb tersebut.

Mengapa Darah Anda Merah?

Sel darah berwarna merah kerana ia mengandungi kimia protin haemoglobin yang berwarna merah cerah.

Bagaimana Haemoglobin Memberi Tenaga Kepada Tubuh Anda?

Oleh kerana haemoglobin mengandungi zat besi, ia adalah "pengangkutan" yang sesuai digunakan untuk membawa oksigen dan karbon dioksida. Apabila sel darah merah memenuhi pundi angin dalam paru-paru anda, ia mengambil oksigen. Haemoglobin di dalam sel darah merah bergabung dengan oksigen untuk menghasilkan oxyhaemoglobin. Apabila sel darah merah mengalir di dalam tubuh anda, ia memberi oksigen kepada tisu-tisu. Di dalam tisu-tisu, haemoglobin mengambil karbon dioksida dan mengeluarkannya ke dalam pundi angin paru-paru. Karbon dioksida tersebut, kemudiannya dihembuskan.

Apa itu Kelesuan?

Kelesuan disebabkan oleh kekurangan haemoglobin di dalam darah seseorang. Terdapat beberapa jenis kelesuan yang berlainan. Sesetengah jenis menyebabkan masalah kesihatan yang sedikit sahaja, manakala ada yang boleh memudaratkan.

Mengenal Pasti Kelesuan

Jika anda berasa bahawa anda menghidapi kelesuan, doktor anda boleh menjalankan ujian darah untuk menentukan jika anda benar-benar menghidapi kelesuan.

Apa Yang Menyebabkan Kelesuan?

Kelesuan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah atau haemoglobin. Darah seseorang yang menghidapi kelesuan tidak dapat membawa oksigen yang secukupnya kepada tisu-tisu di dalam tubuhnya. Saban hari, beliau akan berasa letih secara fizikal dan juga mental disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa kepada tisu-tisu.

Antara Sebab Berlakunya Kelesuan Termasuklah:

• Kekurangan vitamin B12 di dalam diet anda
• Kekurangan asid folik di dalam diet anda
• Beberapa keadaan yang menyebabkan sel darah merah bercambah dengan terlalu cepat
• Rawatan untuk kanser seperti terapi kimo
• Kehilangan darah akibat luka atau pembedahan
• HIV dan beberapa ubat yang digunakan untuk merawatnya
• Penyakit ginjal
• Pendarahan usus
• Kekurangan zat besi

Tanda-tanda Kelesuan

Pernahkah anda menahan nafas lebih dari seminit? Ingatkah betapa penatnya anda selepas pengalaman itu? Dengan kelesuan, anda akan berasa penat sepanjang masa. Tidur yang berlebihan tidak akan memulihkan keadaan. Anda mungkin mengalami perkara-perkara ini jika
anda menghidapi kelesuan:
• Kepenatan
• Rasa penat
• Susah untuk tidur
• Susah untuk bernafas
• Degupan jantung pantas
• Sakit kepala
• Pening atau pengsan
• Pucat

Ketahui Jumlah Hb Anda

Amat penting bagi anda untuk mengetahui jumlah Hb anda.

Jumlah Hb yang normal ialah:
• Antara 14g/dL hingga 18 g/dL untuk lelaki
• Antara 12g/dL hingga 14 g/dL untuk wanita
Hb dikira dalam grams (g) per desiliter (dL)

Untuk memeriksa jumlah Hb anda, rujuklah kepada doktor anda. Jika jumlah Hb anda lebih rendah daripada yang normal, tanyakan kepada doktor anda tentang rawatan untuk meningkatkan jumlah Hb anda.

Jagalah Jumlah Hb Anda

Jika jumlah Hb anda rendah, pastikan bahawa anda menjaganya. Catatkan jumlah Hb anda di dalam buku nota setiap kali jumlah Hb diperiksa.

Kawal Kesihatan Anda
Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan jumlah Hb dan mengurangkan kelesuan:

• Periksa jumlah haemoglobin anda secara tetap
• Rujuk kepada nasihat pakar pemakanan dan sertakan zat besi dan makanan yang kaya dengan
vitamin di dalam diet anda
• Rancang dan kurangkan kegiatan supaya tenaga tidak terbuang dan perasaan letih dapat dielakkan
• Tidur lebih pada waktu malam dan rehat pada waktu siang jika boleh.
• Jangan malu untuk meminta pertolongan daripada keluarga dan teman untuk menjaga anak,
berbelanja, mengemas rumah atau memandu
• Tanyakan soalan tentang penyakit atau/dan rawatan kepada doktor anda.

Bagaimana Untuk Mendapat Kadar Hb Yang Sewajarnya?

Jika anda menghidapi kelesuan, terdapat beberapa cara untuk memulihkan haemoglobin yang normal dan mengekalkannya pada tahap yang normal. Salah satu cara ialah untuk mengambil ubat yang dikenali sebagai erythropoietin untuk meningkatkan sel darah merah di dalam tubuh anda. Doktor anda akan menentukan cara terbaik bagi anda dan memberikan rawatan yang sepatutnya.

0 Komentar untuk "MENGENAI HEMOGLOBULIN"

Popular Posts

Back To Top