w a n n u r s y a r i f a h

SURAH AL-WAQIAH

Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya"
Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan
pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap
hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan,
bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakkannya adalah sahih.
Khasiat surah Al-Waqiah :
1. Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan
pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan
Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.
Uthman berkata : " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau
menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya
perintah kepada mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya
dengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan jadi
miskin selama-lamanya."
2. Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan
dan kemudahan selama-lamanya.
3. Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap malam satu
kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.
4. Surah al-Waqiah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak. Insyaallah
dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.Jika dibaca disisi orang sakit, Insyaallah
diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga dibaca kepada orang yang hendak bersalin
sebagai selusuh.
Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan
dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang
melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban
golongan yang kurang bernasib baik.
Buat peringatan,amalan membaca surah ini janganlah hanya berpaksikan kekayaan dan
kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah ini dengan hati dan niat yang
ikhlas demi mengejar keredhaan. Bacalah surah ini dengan besertakan niat apabila kita
dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan jariah. Insyaallah dengan
niat yang suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah. sumber youtube surah Al-Waqiah
0 Komentar untuk "SURAH AL-WAQIAH"

Popular Posts

Back To Top